Thursday, 13 September 2012

Teori Sosial Sukan


Pengenalan

•     Sosialogi dalam sukan merupakan bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosial untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.
•     Untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani, jurulatih, murid, pengurus sukan dan sebagainya.
•     Elemen-elemen yang terkandung-bekerjasama, toleransi serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukkan sikap, nilai dan perlakuan individu 
•     Pengertian bagi psikososial sukan pula adalah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota

Teori Sosial Dalam Sukan
•     Teori Fungsionalis
•     Teori Konflik
•     Teori Interaksionis
•     Teori Kritikal
•     Teori Feminis

Teori fungsionalis
•     Masyarakat ialah satu sistem yang terdiri daripada kombinasi benda, bahan dan manusia yang membentuk keseluruhan masyarakat.
•     Masing-masing saling berhubung kait dan saling membantu.
•     Perubahan dalam satu bahagian akan mengubah bahagian-bahagian lain sehinggalah tercapai titik keseimbangan.
.
Teori Fungsional Dalam Sukan
•     Penyertaan dalam sukan mempengaruhi kedudukan sosial
•     Sukan menggalakkan integrasi sosial dalam kumpulan, komuniti dan pasukan.
•     Hubungan antara penglibatan olahraga dan perwatakan yang baik
•     Penglibatan olahraga dan pencapaian motivasi
•     Penglibatan dan perkembangan kemampuan yang diperlukan untuk mempertahankan suatu masyarakat daripada “ancaman luar”

Teori Konflik
•     Hubungan sosial yang memiliki sifat-sifat perbezaan kepentingan ekonomi
•     Keteraturan sosial berasal daripada beberapa kelompok orang yang mampu menggunakan sumber untuk mempengaruhi dan memanipulasi pandangan orang lain untuk menerima pandangan mereka
•     Teori konflik wujud apabila adanya andaian bahawa kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan daripada konflik yang boleh membawa keadaan yang tidak stabil
•     Perubahan masyarakat merupakan proses yang terjadi daripada ketegangan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu sendiri

Teori Konflik Dalam Sukan
•     Bagaimana atlet menjadi terasing dari dirinya sendiri
•     Bagaimana olahraga digunakan untuk mengalihkan perhatian atau menguasai masyarakat
•     Pertumbuhan komersial dalam masyarakat
•     Olahraga dan nasionalisme
•     Sukan menyumbang kepada kewujudan ketaksamaan  sosioekonomi dalam masyarakat
•     Sukan mempengaruhi pengkomersialan dan perhubungan sosial masyarakat
•     Penggunaan kuasa ekonomi dalam sukan untuk kepentingan peribadi

Teori Interaksionis

•     Pengasas bagi teori ini ialah Max Weber dan Herbert Mead
•     Dikembangkan oleh kelompok The Chicago School dengan tokoh-tokohnya seperti George H. Mead dan Herbert Blummer
•     Menyatakan bahawa susunan sosial dicipta oleh rakyat ketika mereka berinteraksi antara satu sama lain
•     Pilihan dan kelakuan individu bergantung kepada penerimaan mereka setelah melakukan perbuatan mereka
•     Interaksi sosial
•     Tujuan manusia atau individu bersama dengan manusia lain adalah untuk mencapai sesuatu gol/matlamat.
•     Homans (1950) mengatakan bahawa manusia tidak akan bersama melainkan untuk mencapai sesuatu tujuan.
•     Semakin seseorang itu menyatukan dirinya dengan orang lain semakin kuatlah ikatannya kepada norma dan nilai bersama semakin mereka menyukai antara satu sama lain.
•     Proses ini memperkukuhkan ikatan kumpulan melalui perkongsian aktiviti, persahabatan, norma dan nilai.


Teori Interaksionis Dalam Sukan
•     Fokus kepada isu yang berkaitan dengan makna, identiti, relasi sosial dan subkultur olahraga
•     Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita sebenarnya sedang menimbulkan kultur dan masyarakat
•     Identiti merupakan siapa diri kita di dalam dunia sosial.
•     Pengalaman seorang atlet dan bagaimana ia menentukan dan memberi erti terhadap penglibatannya
•     Tujuannya adalah untuk membina dan menggambarkan realiti yang sedia ada dalam benak atlet, pelatih, penonton dan penyokong
•     Kelemahan Teori Interaksionis
•     Tiasa petunjuk yang jelas untuk menentukan bila untuk menghasilkan dominasi relasi sosial
•     Selalu menjadi tempat untuk mempertahankan dan mentransformasikan relasi sosial
•     Sukar memahami persamaan dan perbezaan

Teori Kritis
•     Teori kritikal diperincikan oleh Max Horkheimer (1937)
•     Menjelaskan teori kritikal sebagai teori sosial yang menjurus terhadap mengkritik dan mengubah masyarakat secara keseluruhan
•     Berbeza daripada teori tradisional yang lebih kepada memahami atau menerangkan masyarakat

Konsep Teori Kritis
•     Fokus kepada penjelasan suatu kultur, kuasa dan relasi sosial
•     Berdasarkan keadilan dan keinginan untuk memahami, konfrontasi dan mengubah sistem eksploitasi dan penindasan dalam kehidupan sosial.
•     Penglibatan dalam politik.

Teori Kritis Dalam Sukan

·         Olahraga lebih daripada hanya refleksi masyarakat
·         Ianya melihat bagaimana olahraga mempengaruhi proses masyarakat mengembangkan dan memelihara ideologi budaya.
·         Sekiranya ingin mengetahui tentang olahraga, seseorang itu harus mengetahui konteks sosial dan budaya di mana olaharaga itu wujud.

Teori Feminis

·         Diperkenalkan oleh Simone de Beauvoir
  • Susunan sosial adalah berdasarkan pada nilai dan pengukuran
  • Kehidupan sosial dan susunan sosial adalah berdasarkan gender
  • Penonjolan atlet lelaki dan wanita dalam liputan sukan
  • Bagaimana atlet lelaki dan wanita dipersembahkan dalam media
·         Kemunculan teori ini adalah akibat perbezaan dan sikap prejudis masyarakat kepada kaum wanita.


No comments:

Post a Comment