ETIKA
DALAM PSIKOLOGI SUKAN
Sejak
akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun ‘jurulatih
mental’ ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara
langsung dalam bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di
negara kita.bagi memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada
mereka yang memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan
serta dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topik perbincangan ini
akan membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang
boleh diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli
psikologi sukan. Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa
teori-teori serta teknik-teknik psikologi sukan telah menunjukkan
keberkesanannya kerana ramai diantara mereka yang bergiat dalam sukan
mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka meningkatkan prestasi serta
mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan (Anshel, 1997; Cox, 1998;
Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori serta teknik psikologi
sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian yang
membanggakan.
Bagaimanapun
dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun menamatkan satu
kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap diri anda
sebagai seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan
khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang
ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan akreditasi khusus untuk
ahli psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti
kaunseling, doktor perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas
menggelarkan diri anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini
menyalahi etika profesion kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk
melayakkan diri menjadi ahli psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang
tentang risiko yang mungkin timbul dari kesilapan penggunaan teori serta teknik
psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan oleh mereka yang kurang mahir dalam
bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin akan menyebabkan ramai orang meragui
peranan serta kepentingan dalam bidang ini dan proses penyediaan atlet atau
pasukan sukan.
Apa
yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi
sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang
bersifat memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih
tentang cara melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox,
1998). Dalam konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam
bidang ini yang boleh melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas
bersifat klinikal dimana seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan
bantuan yang bercorak klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta
membuat pemeriksaan psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah
penting bagi seseorang ahli psikologi sukan mempunyai kemahiran serta
pengetahuan yang berkaitan untuk melaksanakan tugas tersebut.
Untuk
memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu garis
panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang
digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat
(North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity).
Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan
(Wann, 1977) :
1. Bertanggungjawab
– Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta
saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan
dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang diambil itu bertepatan
dengan keadaan.
2. Berkelayakan
– Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan yang mana ia berkelayakan
serta berpengalaman melakukannya.
3. Mematuhi
moral dan etika – Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri dengan kegiatan
yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan.
4. Kenyataan
umum – Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas serta penglibatan
mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.
5. Kerahsiaan
– Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang
diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.
6. Kebajikan
klien – Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti aklien serta
kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.
7. Hubungan
profesional – Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap keperluan serta pendapat
rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan.
8. Teknik
penilaian – Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu
alat atau teknik penilaian atau pengukuran, kebajikan klien perlu diutamakan.
9. Kajian
yang milibatkan manusia – Dalam melaksanakan kajian psik ologi kebajikan mereka
yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan
peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa
diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.
No comments:
Post a Comment