Penetapan matlamat dalam sukan
Matlamat merupakan sasaran yang dirancang untuk dicapai
dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat di definisikan sebagai mencapai
tahap dan kecekapan spesifik dalam satu tugasan atau aktiviti yang dapat
disukat dalam unit jarak, masa dan tingkat pencapaian matlamat (Locke, 1981).
Penetapan matlamat merupakan salah satu strategi psikologi yang berkesan untuk
meningkatkan prestasi. Dalam penetapan matlamat, terdapat tiga tahap iaitu
matlamat jangka panjang, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka pendek.
Gould dan Murphy lebih memfokuskan kepada matlamat
individu dan jarang kepada matlamat kumpulan. Untuk memahami matlamat kumpulan,
kita terlebih dahulu perlu memahami matlamat setiap individu dalam kumpulan
tersebut.
1. Tetapkan
matlamat perlakuan (performance) bukan matlamat akhir (outcome).
2. Tetapkan
matlamat yang mencabar
3. Tetapkan
matlamat yang munasabah
4. Tetapkan
matlamat yang spesifik
5. Tetapkan
matlamat jangka pendek
6. Tekankan
kepada matlamat individu bukan pasukan
Widmeyer
dan Ducharme (1997) pula lebih kepada matlamat kumpulan berbanding matlamat
individu, antara 6 prinsip keberkesanan matlamat kumpulan iaitu :
1. Membuat
matlamat jangka panjang dahulu
2. Matlamat
jangka pendek menuju ke matlamat jangka panjang
3. Melibatkan
semua peserta dalam kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan
4. Memerhati
kemajuan terhadap matlamat kumpulan
5. Memberi
penghargaan terhadap matlamat
6. Menggalakkan
keyakinan kumpulan dan keberkesanan terhadap matlamat kumpulan
Dalam
menentukan matlamat, terdapat beberapa aspek atau cabang penting yang perlu
dititikberatkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara aspek-aspek tersebut
ialah penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang serta set
matlamat positif dan set matlamat negative.
1.
Penentuan
matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang
Bagi atlet, penentuan
matlamat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Biasanya atlet akan berusaha
untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan, sama ada kemenangan atau memperbaiki
rekod peribadi. Dorothy dan Roscoe (1995), mendapati bahawa matlamat akan
meransang dan meningkatkan usaha berterusan. Hal ini bermakna penentuan
matlamat akan memberi kesan positif kepada atlet. Contohnya, dalam acara 100
meter, pada peringkat pertama atlet tersebut mencatat masa 11.05 saat,
peringkat kedua mencatat 10.85 saat dan seterusnya 10.35 saat. Yang dimaksudkan
di sini ialah catatan yang dinilai dalam setiap bulan. Apabila atlet melihat
pretasi sedemikian maka ini mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih tekun
lagi.
Penentuan matlamat juga
boleh dijadikan sasaran setiap individu. Bagi penentuan matlamat jangka
panjang, tempoh masa yang diambil adalah agak lama dan sukar untuk dicapai atas
sebab kebosanan serta gambaran tentang pencapaian agak kabur. Oleh itu, dalam
keadaan ini, penentuan jangka pendek sangat mustahak dan berkesan. Semasa
mencuba untuk mencapai matlamat jangka pendek, perhatian terhadap matlamat
jangka panjang juga menjadi sandaran ataupun menjadi tumpuan. Kebosanan dan
gambaran dalam jangka masa panjang dapat diatasi. Di samping itu, pencapaian
yang diperoleh dalam jangka masa pendek dapat membangkitkan semangat atlet
untuk mencapai penentuan matlamat jangka panjang.
2.
Set
matlamat positif dan set matlamat negative
Penentuan matlamat boleh
dibentuk sama ada matlamat itu bersifat positf mahupun bersifat negative.
Matlamat positif dalam permainan tenis contohnya dapat meningkatkan peratusan
yang baik semasa melakukan servis yang pertama. Manakala matlamat negative pula
bertindak berlawanan dengan matlamat positif iaitu cuba mengurangkan peratusan
servis yang kurang baik. Walaupun begitu, kedua-dua matlamat ini mempunyai
sasaran yang sama iaitu memperbaiki pencapaian dan prestasi atlet dalam
permainan atau pertandingan.
Menurut Bell (1980), kadangkala atlet
perlu mempunyai set matlamat negative tetapi penentuan matlamat seseorang atlet
haruslah bermula dengan cara positif. Matlamat yang bersifat positf boleh
membantu atlet menuju matlamat ke arah kejayaan bagi menangani sesuatu
kekalahan atau kegagalan sebelum ini.
Selain
itu penentapan matlamat dalam sukan untuk bertindak untuk membantu jurulatih
dan atlet mengetahui bagaimana hendak mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam
merancang matlamat-matlamat. Ini kerana penetapan matlamat dirancang selepas
jurulatih melihat persembahan awal para atlet di peringkat latihan sebelum
dihantar ke peringkat pertandingan
Atlet juga perlu menetapkan matlamat-matlamat
untuk memberi arah tuju usahanya. Matlamat yang ditetapkan oleh atlet
bergantung kepada tahap moral dan motivasi individu itu sendiri. Penetapan
matlamat penting kerana ia bukan hanya merangsang pemikiran atlet untuk menuju
ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkat–peringkat untuk
sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat diperlukan untuk pertandingan dan latihan
atlet sendiri. Erti kata lain, jurulatih
harus berupaya membantu atlet menentukan matlamat-matlamat ini
“Goal”
atau matlamat mempunyai ciri-ciri penting iaitu ia mempunyai pergerakan ke arah
sesuatu dan ia juga turut mempunyai sedikit intensiti ke arah sesuatu. Matlamat
mungkin menjadi sesuatu yang sangat penting dalam hidup atlet atau hanya
sebagai sederhana penting sahaja sahaja
Sebagai contoh, jurulatih atau atlet selalu menetapkan matlamat untuk menang
dalam diri mereka. Namun begitu, kandungan matlamat untuk menang itu mempunyai
dua kemungkinan iaitu menang pertandingan akan datang, atau menang banyak pertandingan dalam sesuatu musim.
Jurulatih
dan atlet juga perlu menetapkan matlamat perlakuan dalam menjalankan latihan.
Ini kerana matlamat perlakuan terhad kepada tingkah laku atlet secara spesifik.
Contohnya, jurulatih mahukan atlet mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam
rejaman bola tampar atau lain-lain kemahiran. Dalam latihan, matlamat perlakuan
lebih bermakna dan berguna kerana atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding
dengan matlamat hasil sesuatu pertandingan. Ini kerana hasil sesuatu pertandingan
kadang-kadang sukar dikawal serta ditentukan kerana ia bergantung kepada
faktor-faktor lain seperti rakan sepasukan atau lain-lain. Sebaik-baiknya,
atlet hendaklah menetapkan matlamat perlakukan yang 100% di bawah kawalannya,
tetapi kebanyakkan matlamat ini tidak boleh 100% di bawah kawalan atlet. Oleh
itu, atlet hendaklah menetapkan matlamat-matlamat yang individu itu sendiri
boleh kawal sebanyak mungkin.
Dalam sukan, pencapaian diukur
dengan kemenangan. Menang sering kali dilihat sebagai kejayaan dan kalah
sebagai kekalahan kerana pemenang lebih dihargai oleh penonton berbanding orang
yang kalah. Apabila atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka
keyakinan dirinya bergantung kepada menang atau kalah yang ditentukan oleh
orang lain. Jika begitu keadaan yang berlaku semasa atlet menghadapi
pertandingan, maka keyakinan diri akan menjadi tidak stabil.
Jadi,
mengapa perlunya matlamat perlakuan semasa merancangan penentuan matlamat?
Seharusnya, jurulatih bertindak untuk menukar persepsi atau pandangan tersebut
dalam diri atlet. Jurulatih bertanggungjawab membantu atlet mendapatkan
keyakinan diri yang stabil dan merasa ada harga diri walaupun mengalami
kekalahan semasa pertandingan. Jurulatih seharusnya mengantikan matlamat
kemenangan dengan matlamat perlakuan yang lebih bersifat realistik kerana
kejayaan mestilah dimaksudkan apabila atlet mencapai sesuati melebihi matlamat
perlakuannya dan bukannya untuk mengatasi perlakuan orang lain.
Penetapan
matlamat merupakan cara yang sesuai untuk menaikkan semangat atau tahap
kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan. Dalam perlawanan yang melibatkan
persaingan dua musuh tradisi, atlet yang terlibat tidak menghadapi masalah
untuk meningkatkan tahap kebangkitan mereka. Masing-masing sudah bersedia untuk
bersaing di gelanggang perlawanan. Cabaran kepada jurulatih atau psikologis
sukan adalah untuk meningkatkan tahap kesediaan atau kebangkitan atlet bagi
menghadapi lawan. Bayangkan bagaimana cara untuk meningkatkan kesediaan pasukan
sepak takraw negara apabila bertemu dengan Thailand. Justeru itu, penetapan
matlamat yang realistic dan berkesan perlu untuk memastikan mereka mampu
memberikan saingan kepada pasukan lawan.
Seperti
yang dijelaskan tadi, matlamat yang realistic dan berkesan perlu disasarkan
untuk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet berkenaan. Matlamat yang
disasarkan perlu mencabar, tetapi masih boleh dicapai. Matlamat yang bersifat
pencapaian seperti mendapat pingat emas atau menang perlu dielakkan, sebaliknya
tumpuan perlu kepada matlamat yang berorientasikan proses atau pencapaian
terbaik atlet terbabit.
Kajian
Berkaitan Keberkesanan Penetapan Matlamat
Perbandingan
antara penetapan matlamat yang spesifik dengan yang tidak spesifik (subjektif).
·
Dapatan Kajian menunjukkan bahawa penetapan
matlamat yang jelas dan spesifik menghasilkan prestasi yang konsisten
·
90% subjek mendapat kesan yang positif
·
Penetapan matlamat adalah teknik yang terbaik
untuk meningkatkan prestasi
Perbandingan
antara kombinasi antara kesukaran matlamat, matlamat yang
nyata
dan jelas dan pelbagai matlamat.
·
Dapatan mendapati matlamat yang sukar lebih
efektif dalam meningkatkan prestasi berbanding dengan matlamat yang mudah.
·
Matlamat yang spesifik lebih efektif
berbanding dengan matlamat umum
·
Kesimpulannya matlamat khusus, matlamat sukar
dan matlamat kumpulan adalah lebih berkesan dalam meningkatkan prestasi daya
tahan tugasan
Jenis-jenis
Penetapan Matlamat
·
Matlamat dari Hasil (Outcome Goals) seperti
keputusan pertandingan
·
Matlamat Proses / Prestasi (Performance
Goals) seperti tingkahlaku khusus atlet
Prinsip-prinsip
Penetapan Matlamat
·
Cox (1994 ) menggariskan beberapa prinsip
Penetapan Matlamat yang perlu ada dalam diri individu atau pasukan untuk
mencapai matlamat yang lebih berkesan.
·
Terdapat 5 prinsip asas penetapan matlamat;
1. Utamakan
matlamat pencapaian prestasi bukan sekadar matlamat pencapaian hasil
·
Matlamat difokuskan kepada pencapaian
prestasi individu terlebih dahulu supaya dapat membuat persembahan terbaik
semasa pertandingan.
2. Penetapan
matlamat yang mencabar
·
Atlet akan membuat latihan yang lebih gigih
untuk mencapai matlamat yang lebih mencabar
·
Matlamat yang mencabar akan lebih memotivasi
atlet dari matlamat yang mudah dicapai
·
Matlamat yang tidak dicapai hendaklah
diterima dan dijadikan panduan
3. Penetapan
matlamat spesifik
·
Bagi atlet adalah sukar untuk mengenalpasti
samada matlamat yang ditetapkan itu dapat dicapai atau tidak.
4. Menggunakan
matlamat jangka pendek untuk mencapai matlamat jangka panjang.
·
Matlamat Jangka pendek untuk menyedarkan
matlamat jangka panjang
·
“Kejayaan bukan satu destinasi tetapi
merupakan satu perjalanan; kejayaan akan dikecapi sepanjang perjalanan”
5. Penetapan
matlamat yang realistik - boleh dinilai / ukur
·
Kenalpasti tercapai atau tidak
·
Matlamat yang khusus perlu ditetapkan untuk
menilai sejauhmana keberkesanan dan pencapaian matlamat.
·
Penetapan matlamat harus mengikut tahap
pencapaian atlet
·
Pencapaian prestasi perlu didokumentasikan
Faedah
Penetapan Matlamat
Kesan
Penetapan Matlamat Dalam Program latihan terhadap prestasi fizikal dan
mental
:
·
Tahap keyakinan kendiri, motivasi dan tahap
kebimbangan.
·
Atlet yang terlibat dengan penetapan matlamat
dalam program latihan akan belajar memberi penumpuan yang lebih tinggi dalam
penetapan prestasi dan pemikiran yang positif
·
Dapatan ini disokong oleh kajian Berton
(1984) mendapati bahawa matlamat memberi hubungan yang positif terhadap
prestasi dan atribusi psikologi positif
·
Kemenangan adalah impian atlet dalam sukan.
·
Kemenangan adalah bukti kejayaan dan maruah
atlet.
Faedah
Penetapan Matlamat
·
Sentiasa yakin diri dan bersedia menghadapi
pelbagai situasi semasa latihan dan pertandingan.
·
Mengekalkan penumpuan terhadap kerja atau
tugasan untuk mencapai matlamat.
·
Mengekalkan ketenangan dalam diri semasa
melaksanakan tugasan dan menghasilkan prestasi yang baik
·
Mengamalkan pemikiran yang Positif sebelum
atau semasa bertanding membantu mencapai matlamat
·
Semangat kesepaduan atau komitmen dalam
pasukan membawa kepada peningkatan prestasi.
Proses
Dalam Penetapan Matlamat
·
Analisis tugas motor - Kenalpasti tugas motor;
apa yang hendak dicapai
·
Pengukuran Prestasi - Tentukan pengukuran
pencapaian – masa, rintangan, ulangan dan jarak
·
Penentuan Piawai - Tentukan pencapaian
mengikut piawai berdasarkan maklumat prestasi. Contoh: Mengikut rekod yang
lepas dalam satu-satu acara
·
Pengutamaan matlamat - Penetapan matlamat
ikut keutamaan
·
Penyelarasan keperluan - Menyelaraskan
mengikut keperluan atlet dan sukan
Praktikal
Membentuk
/ Menulis Penetapan Matlamat berdasarkan sukan masing-masing,
kemudian
bincang dengan jurulatih dalam pasangan.
·
Satu atau Dua Matlamat Jangka Pendek
·
Satu atau Dua Matlamat Jangka Sederhana
·
Satu atau Dua Matlamat Jangk Panjang
·
Satu atau Dua Matlamat Hasil
·
Satu atau Dua Matlamat Proses / Prestasi
Motivasi
(Motivation)
Definisi
Motivasi
didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu
usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam
konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau
menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan
individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi
penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya
dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh
motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam
aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi
intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan
sebagai motivasi ekstrinsik.
No comments:
Post a Comment