Thursday, 13 September 2012

Isu Penajaan Dalam Sukan


Penajaan

Penaja adalah individu atau organisasi yang menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan atau sebarang sebagai sokongan kepada acara sukan yang dilaksanakan.
Oleh itu penajaan dalam sukan di Malaysia amatlah penting bagi meningkatkan prestasi sukan tanah air. Di bawah merupakan beberapa isu semasa berkaitan dengan penajaan dalam sukan
Isu semasa Atlet : JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang
Malah, MSN (Majlis Sukan Negara) banyak membantu saya dalam aspek ini, termasuk memberikan biasiswa untuk menampung yuran pengajian di sana,” katanya selepas bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, di Putrajaya semalam.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementerian akan memberikan sokongan penuh dan mengucapkan selamat berjaya pada Azizul yang bakal menyambung pengajiannya di sana.
“Kita akan memberikan segala bantuan yang diperlukannya. Kita akan lihat apa lagi bantuan yang boleh disalurkan kepadanya andai ia tidak diliputi oleh MSN dan kerajaan Terengganu.
“Pada masa sama, kementerian akan turut membantu daripada segi mencari penajaan kerana kementerian merasakan tidak ada masalah, bagi atlit negara ditaja oleh mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan.
“Pada Jelajah Malaysia yang berakhir semalam, Annuar Manan beraksi untuk Universiti Azad, Iran. Untuk atlit lain, kita tiada sebarang masalah untuk membenarkan mereka mendapat tajaaan, malah akan turut membantu mencari penaja,” katanya.

No comments:

Post a Comment