Proses
Sosialisasi Ke dalam Sukan.
Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu
bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita
saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam
sesebuah masyarakat tersebut.
Proses sosialisasi
ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses
sosialisasi melalui sukan. Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke
dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada
seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh
yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian
pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei
yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan
ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam
diri individu tertentu. Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam
sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang
wujud mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut
dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat
secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke
dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi
sikap individu terbabit.Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku
apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya
semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang
wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut
nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk
tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan. Seterusnya,
proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli
pasukan dalam institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan
individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini
dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan.
Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan
kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah. Proses sosialisasi ke dalam sukan
juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan.
Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih
berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang
tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala
bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan
bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.
No comments:
Post a Comment