Friday, 14 September 2012

Deviasi Dalam Sukan (Deviation in sport)


PENGENALAN DEFINISI DEVIASI
Deviasi membawa maksud penyelewengan yang berlaku atau yang dilakukansecara bersebab atau tidak yang melanggar norma norma kehidupan yang normalyang dijalani oleh manusia. Secara amnya deviasi membawa maksud seseorangyang melakukan sesuatu yang berada diluar kawalan hidup manusia yangmelanggar batas batas moral dan nilai nilai murni yang diamalkan.

Deviasi Dalam Sukan
Dalam dunia sukan deviasi membawa maksud yang sama dimana seseorang atletmelakukan penyelewengan untuk mencapai hasil atau kepuasan dirinya melalui carayang tidak betul atau dengan melanggar nilai nilai etika seorang atlet.Dalam sukanpelbagai cara penyelewengan dilakukan. Diantaranya ialah rasuah, penyalahgunaandadah dan juga perjudian.

Penyalahgunaan dadah dalam sukan
Dadah adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yangapabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itumemberi manfaat kepada badan, dadah ini disebut sebagai ubat. Sekiranyaperubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubatberkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil. Perkataan‘doping’ daIam sukan merujuk kepada penggunaan dadah/ubat yang diharamkan oleh International Olympic Council (IOC), bagi tujuan mendapatkan kelebihan daIam prestasi atlit.Doping dalam abad-abad kebelakangan ini telah menjadi sebutan dan amalan atlit profesional mahupun amatur dan ini telah menambahkan lagi cabaran bagi pihak makmal dalam pengesanan dan penganalisaan dadah-dadah ini. OIeh kerana atlit sentiasa mencari kelebihan untuk mengejar kemenangan, edaran dadah secara haram berIeIuasa di seluruh dunia melalui sama ada internet,bahan bercetak atau hubungan peribadi. KepeIbagaian jenis dadah serta teknik menggunanya telah menyulitkan lagi penyaringan dadah dan makmal perlu sentiasa berwaspada kepada perubahan trend dalam masalah ini.
Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi; pertama, iamemberi kelebihan (atau ‘advantage’) kepada atlit yang menggunanya sertamelanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan dan kedua,cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan seseorang individu.Malah dalam arena sukan, banyak kes-kes kematian teIah berlaku akibatpenggunaan dadah secara langsung atau tidak langsung.

Dadah yang diharamkan oleh IOC
Diantara dadah-dadah lama yang telah digunakan sejak awaI 1970anadalah perangsang (stimulant) dan narkotik. Tujuan penggunaan stimulant begitunyata kerana bahan seperti amfetamin memberi tenaga serta ketahanan yang amatbaik terutama dalam pertandingan seperti lumba basikal, Iarian jarak jauh, acararenang, semuanya yang memerIukan daya tahan. Kini senarai dadah yangdigunakan bagi tujuan di atas telah berlipat ganda dan kini makmal perlu mengesansejumlah 70 jenis dadah perangsang. Tambahan pula, bahan seperti kafein,ephedrine, pseudoephedrin menyulitkan lagi kawalan kerana bahan ini terdapatdalam pelbagal minuman dan makanan dan juga ubat-ubatan ‘over-the counter’untuk pelbagai rawatan. Oleh yang demikian bahan-bahan ini perlu dinilai jumlahnyadi dalam urin; jumlah kafein melebihi 12 mg/mI di dalam urin misalnya akandirumuskan sebagal positif. Paras ini diketahui dapat dihasilkan oleh pengambilankafein sahaja dan tidak akan tercapai meskipun atlit telah minum beberapa cawankopi pekat.Bahan-bahan narkotik pula menjadi ubat yang berkesan bagi meneruskanpertandingan tanpa menghirau kecederaan yang diaIami atlit. Pengharaman narkotikadalah di atas dasar kesihatan kerana tindakan seperti ini memudaratkan lagikeadaan atlit. Selain itu, penggunaan narkotik tidak mendatangkan sebarangmanfaat lain. Kanabis juga diharamkan atas dasar bahan ini membawa ketenangandan meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi pertandingan.Kategori dadah yang begitu popular dikaIangan atlit ialah bahan steroidanabolik. Sungguhpun penyeIidikan tidak menunjukkan sebarang manafaat daripengambilan steroid, ia diakui amat berkesan oleh para atlit.Steroid anabolik merangkumi Iebih 50% daripada dadah yang dikesan olehmakmal-makmal doping seIuruh dunia. Selain parameter yang dikesan melaluipenganalisaan, perubahan fisikal begitu ketara pada pengguna steroid anabolik.Bagi lelaki, perubahan otot yang bertambah, kehiIangan rambut, pertumbuhan buahdada dan masalah akne begitu ketara manakala bagi wanita, terdapat tumbuhanrambut di beberapa bahagian badan termasuk muka serta perubahan suara yangsemakin kasar.
Steroid anabolik adalah bahan yang digunakan di luar masa pertandinganoleh kerana manafaatnya serta perubahan yang diingini pengguna didapati semasalatihan. Oleh yang demikian pengesanan positif sering didapati apabila programkawalan di luar pertandingan dijalankan; beberapa bulan sebelum pertandinganpenggunaannya dihentikan bagi mengelak pengesanan.Oleh kerana eIiminasi steroid begitu berpanjangan dalam badan manusia,kehadirannya masih kadangkala dapat dikesan dalam paras ppb (parts per billion)beberapa bulan selepas tamat penggunaan. Keupayaan mengesan paras sekecil inidituntut oleh pihak lOC dan makmal kini perlu ada kemampuan mengesan beberapa jenis steroid sehingga ke tahap sekecil 1-2 ng/mI. Ini bermakna teknik seperti‘tandem mass spectrometry’ (MS/MS) atau ‘high resolution mass spectrometry’(HRMS) terpaksa digunakan. Teknik-teknik ini akan memberi lebih sensitiviti tanpaberkompromikan spesifisiti. Sukan OIimpik di Atlanta merupakan kali yang pertamapengesanan menggunakan HRMS dilakukan supaya threshhold pengesanan yangbegitu rendah dapat dilaksanakan.Buat masa ini teknik tersebut telah dibangunkan bagi sejumlah kecilsteroid tetapi malangnya, alat yang digunakan terlalu mahal.Suatu kelas dadah yang diharamkan oleh lOC adalah agen diuretik yang menjadipilihan atlit dalam usaha menghapuskan kesan-kesan dadah steroid menjelangpertandingan sukan. Melalui cara ini paras steroid dapat dikurangkan di bawahparas threshold pengesanan. Ini semakin penting bagi atlit oleh kerana makmaldoping seluruh dunia kini lengkap dengan alat yang dapat mengesan dalam tahapppb (parts per billion).Selain itu mengurangkan air di dalam badan memberi manafaat kepadabidang sukan yang menggunakan berat badan sebagal kriteria. Dalam acara angkatberat misalnya, seorang peserta mungkin dapat dimasukkan ke dalam kategori yanglebih rendah.Ubat darah tinggi yang dikenali sebagal penghalang-beta jugadisalahgunakan oleh atlit dalam acara-acara sukan seperti memanah, menembak,dan bidang sukan yang memerlukan penumpuan seseorang. Objektif pengunaanadalah untuk mengurangkan tremor dan kegugupan yang mungkin berlaku. Senaraiini termasuk jenis yang sering digunakan oleh pesakit seperti metoprolol hinggayang jarang digunakan seperti pindolol dan bisoprolol.
Cabaran terbaru bagi pihak penguasa adalah untuk mengesan hormonpeptida. Ini termasuk hCG (human chorionic gonadotropin), eritropoietin (EPO) danhormon pertumbuhan (hGH). Sungguhpun yang pertama diantara tiga bahan inidapat dikesan di dalam urin, dua lagi hanya dapat dlkesan di dalam serum darah.OIeh kerana peraturan kawalan doping hanya membenarkan pengambilan sampelurin, EPO dan hGH belum dapat dinilai. Tambahan pula kaedah pengesanan masihterhad kepada teknik ElA (enzyme immunoassay) dan RIA (radioimmunoassay)yang boleh diterima sebagai kaedah penyaringan tetapi belum lagi ujud kaedah ujian‘evidentiaI’ yang tidak boleh dipertikaikan dalam mahkamah

RASUAH DALAM SUKAN
Rasuah dalam bidang sukan telah wujud sejak berabad yang lalu dan di negara kitagejala ini menular dalam sukan bolasepak. Isu rasuah dalam sukan bolasepak telah juga berlaku dalam tahun 1990 an, di mana ramai pemain dan jurulatih telah disoalsiasat dan mereka dikenakan hukuman gantung dari bermain oleh PersatuanBolasepak Malaysia ( FAM ) dan ada di antara mereka dikenakan hukuman gantungseumur hidup.Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakatdan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi merekadi peringkat antarabangsa.Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab sepertiketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dankewujudan peluang. Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengangejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal jugamendorong pemain-pemain menerima rasuah.Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejalarasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakanpunca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.Penyalahgunaan kuasa pihak pengurusan juga menyumbangkan kepadaberlakunya rasuah, pihak pengurusan pasukan bolasepak boleh membuatpercaturan dari segi teknik dan taktik perrmainan untuk memberikan kelebihankepada pasukan lawan. ”Bookie” merupakan dalang yang mencari kesempatanuntuk memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanyaberdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak mengambilkira liga bolasepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akanmeneruskan kegiatan.Usaha kerajaan yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit untukkecemerlangan sukan di negara ini sia-sia dan gagal mencapai matlamat akibatgejala rasuah ini. Kualiti bolasepak Malaysia merosot akibat rasuah ini dan dari
sudut ekonomi pula persatuan bolasepak negeri terjejas pendapatan kerana tidakpeminat yang hadir ke stadium untuk menyaksikan pertandingan bolasepak.Kebanyakan orang sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuahdan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengira halal atau haramasalkan kehidupan mereka terjamin. Di negara seperti United Kingdom danSingapura telah timbul cadangan untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah dalam sukan bolasepak mereka.Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil tindakan danberwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara iniyang boleh menjejaskan imej negara kita.Semua pihak harus memainkan peranan dalam membasmi wabak rasuah ini,FAM perlu meneliti semua yang disusun agar menepati keperluan sebenar.Kementerian Belia dan Sukan harus memandang serius gejala rasuah dalam sukanbolasepak dan mengambil langkah proaktif memantau gejala tidak bermoral inidengan telus dan adil mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 ( Akta 576 ).Dalam dunia moden ini kita sering merngejaar masa dan bersikapmaterialistik, kita tidak lagi memikirkan akan punca kewangan kita dari mana,samada ianya halal atau haram asalkan ianya dapat memberikan kita kepuasan darisegi materialistik.Pemimpin-pemimpin kerajaan cuba membawa masyarakat Malaysia ke arahkemodenan dan negara industri dengan begitu cepat bermula tahun 1980 an, danpada pendapat saya masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu belum bersediauntuk “bergerak” begitu pantas ke arah kemodenan yang menyebabkan berlakunyamasalah sosial, antaranya gejala rasuah.Pembangunan atau kemajuan sememangnya diperlukan oleh negara kitaMalaysia, masalahnya adakah perkembangan kemajuan yang begitu pantas“dibawa” oleh pemimpin tidak selari dengan kesedaran moral dan kerohanianmasyarakat. Bila ini tidak seimbang iaitu di antara kemajuan dan kesedaran dari segimoral atau kerohanian menyebakan pelbagai masalah sosial berlaku antaranyarasuah. Dalam sukan rasuah membunuh semangat patriotik dan semangatkesukanan. Semua pihak perlu berganding bahu bagi membanteras jenayah rasuahdi negara ini sekali gus meningkatkan integriti sebagai budaya dan nilai murni dalamkehidupan kita.Pendidik atau guru-guru harus memainkan peranan untuk membasmi gejalarasuah ini. Sesuatu harus dimulakan di peringkat sekolah untuk memberi kesedaranpada anak-anak akan bahayanya gejala rasuah ini jika dibiarkan ia menular. Diperingkat Kementerian Pelajaran harus wujud kumpulan “think-tank” yang perluberbuat sesuatu khasnya dari segi sukatan pelajaran atau mungkin satumatapelajaran khas mengenai rasuah harus digubal supaya anak-anak dapat dididikdi peringkat awal akan buruknya tabiat rasuah di mana bila mereka dewasa nantimereka tidak akan terlibat dengan gejala ini.Kesimpulannya semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha untukmenjadikan masyarakat Malaysia berintegriti dan punyai nilai budaya yang tinggi dantanggungjawab ini jika dilihat dari satu sudut sememangnya menjadi tanggungjawabpendidik atau guru-guru khasnya untuk mencapai hasrat murni itu.

Refleksi/Rumusan
Berdasarkan tajuk kami, kami dapati bahawa deviasi merupakan satu perbuatanyang tidak bermoral yang bakal merosakkkan prestasi sukan Negara kita . Padasatu ketika dulu para atlet Negara bertanding dalam sebarang sukan tanpa dijanjikandengan sebarang ganjaran ataupun hadiah namun begitu mereka mampumemberikan yang terbaik kepada Negara.Teatapi kini amat menyedihkan kerana pada masa sekarang para atlet kita telahdimanajakan dan dibiasakan dengan ganjaran setiap kali mereka menyertaisebarang pertandingan atau kejohanan. Ini menjadikan mereka bertanding hanyauntuk mendapatkan ganjaran bukan bertanding kerana semangat kesukanan yangsejati. Adakah trend ini kerana disebabkan msyarakat sekarang yang mementingkanmaterial dan kedendaan sebagai lambang kejayaan.?Atau adakah kita terlalu terikutNegara Negara barat yang sering memberikan para atlet mereka hadiah?Kemanakah perginya semangat kesukanan dan semangat cintakan Negara sendiri.Masalah penyalahgunaan bahan juga amat memalukan . Para atlet Malaysiadikatakan sering terlibat dengan pengambilan bahan terlarang ini.

Tindakan tegasdan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah bagimembuktikan bahawa Malaysia serius dalam perkara seumpama itu.Tindakan danhukuman yang dikenakan juga perlu mencerminkan ketelusan Malaysia yangsentiasa bertindak tegas terhadap penggunan bahan-bahan larangan dalamkalangan atlet negara ini .

No comments:

Post a Comment