Artikel Burnout diakses
daripada http://jomsenam.blogspot.com
Burnout sebenarnya
menjadi proses dinamik dan dapat digambarkan dengan tiga tahap yang berlainan
(Daley, 1979). Tahap yang pertama dikatakan sebagai tahap mencemaskan atau alarm
reaction. Dalam tahap ini, kaunselor cuba menggunakan mekanisme perlindungan.
Penghidap burnout gagal memberikan tindak balas secara positif dan membina
dalam tahap awal penerimaan proses pertolongan kaunselor. Mereka juga merasakan
tidak apa yang berlaku dalam diri mereka dalam erti kata tiada menghadapi
sebarang masalah. Mereka juga cuba tidak menampakkan simptom awal masalah yang
dihadapi dan mengatasi segala halangan yang mereka hadapi sendiri. Penghidap
burnout juga biasanya berada dalam keadaan tidak sewajarnya atau disebut
unrealistic, tidak dalam kesempurnaan dan biasanya mereka juga menetapkan
matlamat yang agak mustahil. Tahap kedua pula adalah tahap penentangan atau
resistance stage. Mereka yang menghidap burnout cuba berkeras dan cuba meningkatkan
ketekunan mereka. Oleh itu, dalam tahap kedua ini kaunselor cuba memesongkan
kekuatan tanggungjawab profesional ke arch menguruskan stres secara terns.
Kaunselor dalam tahap kedua ini berada pada tahap fungsian yang rendah dan
hubungan interpersonal mula retak. Klien rasa kehilangan apabila kaunselor mula
mengurangkan perhatian dan tidak mengambil berat pada mereka. Apabila kedua-dua
tahap awal tadi gagal dipraktikkan secara baik, tahap yang ketiga mungkin dapat
digunakan iaitu tahap keletihan atau exhaustion. Pada tahap ini beberapa
perkara dipertingkatkan seperti meningkatkan tekanan, sakit dan inflexibility.
Walau apapun tahap tadi, burnout mampu me¬nyebabkan kesan fizikal, psikologikal
dan kesan tingkah laku kepada kaunselor. Daripada perbincangan tadi, kita
rumuskan burnout adalah tambahan kepada tahap stres (hyperstress), menambahkan
distress dan akhirnya mampu menyebabkan hypostress (exhaustion).
No comments:
Post a Comment