Cara-
Cara untuk Menghadapi dan M\engatasi Tekanan Tekanan atau stress merupakan
sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan
psikologi. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga,
keputusan , masa depan, dan lain-lain.
Tekanan
adalah fizikal serta mental. Ia disebabkan oleh kejadian utama kehidupan
seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam
tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah
kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai
respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan
darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda.
Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan
berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang.
Bagaimanapun,
apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful),
sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan
emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh
menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi
dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang
boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk
mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu
sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus
tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi
anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh
menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda.
Antara
isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai
arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah
terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak
komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang
anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi
terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya
- sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan
keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu
melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi
terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu
cabarang yang merangsang? Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk
membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu
biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda
akan hilang.
Jika
tekanan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu
teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat
itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu “motivator”dengan memandang sesuatu
keadaan secara positif. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan
tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada
pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam
jiwa kita. Senaman pernafasan. Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk
mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan
minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat
dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh .
Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan
kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang.
Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja
dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan
senaman sebagai satu tabiat haraian. Tafakur (Meditation). Apabila bertafakur
bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon
tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega
membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Stiap hari kita perlu membelanjakan
sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan
dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas
serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan.
Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan
cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh
menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia
juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau
dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu
dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana
sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. Muzik.
Terapi uzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami
tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan
tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu
memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. Pengurusan
masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu
jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa
melengah-lengahkan. Kenalpast juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang
faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa
anda. Mebelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti
dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi
berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan
jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca
komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan
otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan
sistem pernafasan dan darah kita).
No comments:
Post a Comment