Peranan
media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia
boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme
ditiup oleh media massa khasnya akhbar untuk membangkitkan semangat menentang
penjajah. Bermula dari era tersebut media massa memainkan peranannya yang
terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya
sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Komunikasi
media massa merupakan komunikasi umum atau sehala yang menggunakan perantaraan
untuk mengaplikasikan unsure-unsur komunikasi seperti sumber, mesej, saluran,
penerima, kesan, dan bagaimana proses maklumat disampaikan kepada audiens. Oleh
itu, segala aspek komunikasi antara perseorangan, kumpulan, dan organisasi amat
berkaitrapat dengan komunikasi media massa. Kebiasaannya, komunikasi media
massa menggunakan saluran tertentu seperti media cetak atau elektronik untuk
memberitahu, membuat pembujukan dan pendidikan dalam melaksanakan peranan media
massa yang penting untuk pembangunan nasional Negara-negara membangun seperti
di Malaysia.
Istilah komunikasi bolehlah dijelaskan sebagai satu proses pemindahan mesej atau proses interaksi untuk berhubungan antara individu dengan individu lain dengan bertujuan untuk mempengaruhi tingkah laku individu, perkongsian maklumat serta mewujudkan hubungan.
No comments:
Post a Comment