Motivasi
(Motivation)
Definisi
Motivasi
didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu
usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam
konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau
menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan
individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi
penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya
dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh
motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam
aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi
intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan
sebagai motivasi ekstrinsik.
MOTIVASI
Sumber
intrinsik
Melibatkan
usaha dalaman diri atlet, memperbaiki pencapaian, berjuang, bersaing bagi
mencapai kejayaan dan tidak dipengaruhi oleh ganjaran atau pengaruh luaran
Sumber
Ekstrinsik
Berdasarkan
faktor-faktor luaran seperti keinginan untuk mendapatkan ganjaran berbentuk
kebendaan, pujipujian, penghormatan atau anugerah tertentu serta kebenaran dan
galakan ibu bapa
Motivasi
dan ganjaran
Ganjaran
ekstrinsik dan intrinsik boleh mendatangkan kesan positif atau negative kepada
atlet yang bertanding dalam sesuatu bidang sukan. Penyertaan atlet yang bermotifkan
ganjaran ekstrinsik dan pada masa yang sama mendapat pengiktirafan terhadap
kebolehan atlet akan meningkatkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Sebaliknya,
jika ganjaran ekstrinsik menjadi sasaran kepada penyertaan atau penglibatan
atlet tadi, tetapi tidak menerima pengiktirafan terhadap kebolehannya maka ini
akan melemahkan motivasi intrinsik atlet tersebut. Individu yang bermotivasi
intrinsik mempunyai keazaman diri yang kental. Penyertaan dalam sesuatu
pertandingan akan memberi kepuasan dan keseronokan pada dirinya. Disamping itu
juga, ia dapat meningkatkan kemahiran, persaingan semulajadi dalam sukan serta
sasaran pencapaian prestasi.
Kemahiran
memotivasikan diri
Dalam
sukan, penetapan matlamat adalah relevan dengan perubahan tingkah laku. Rangsangan
tingkah laku perlu bersifat kognitif untuk dijadikan pendorong kepada lakuan
yang perlu bagi mencapai matlamat. Jurulatih, atlet dan mereka yang terlibat dalam
bidang sukan menggunakan teknik penetapan matlamat untuk meningkatkan kemahiran
atau prestasi dalam aktiviti fizikal dan sukan. Dorothy dan Roscue (1995),
mendapati bahawa matlamat akan merangsang dan meningkatkan usaha yang
berterusan.
No comments:
Post a Comment