SOSIALISASI SUKAN
Faktor sosiobudaya mempengaruhi penyertaan atlet remaja
dan wanita dalam sukan. Dalam konteks budaya, sukan dianggap sebagai satu wadah
sosialisasi. Sosialisasi merupakan proses di mana anggota masyarakat saling
berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama lain serta menentukan
peranan yang mesti dimainkan oleh setiap anggota masyarakat untuk menjadi ahli
masyarakat tersebut.
Secara tradisinya, penyertaan dalam
sukan untuk kaum lelaki dan wanita sudah lama terbentuk. Kita boleh lihat
bagaimana pembahagian serta jenis-jenis sukan mengikut jantina terbentuk dalam
masyarakat kita. Bagaimanapun, bagi wanita yang melibatkan diri dalam sukan
secara aktif, mereka sebenarnya telah melangkah batas norma yang telah
ditetapkan oleh masyarakat, khususnya dalam sukan yang kompetitif selepas
baligh.
Menurut Eccles dan Harold (1991),
terdapat tiga cara individu dipengaruhi untuk menyertai sukan dan aktiviti fizikal
iaitu faktor sosialisasi,situasi dan persekitaran dan faktor peribadi. Faktor
sosialisasi merujuk kepada proses interaksi antara individu. Dalam konteks
sukan, pengaruh sosialisasi individu yang signifikan dalam kehidupan seseorang
kanak-kanak lelaki atau perempuan mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan
(Greendorfer, 1992). Antaranya dorongan kedua ibu bapa serta pengaruh saudara
tua (abang atau adik) turut mempengaruhi penglibatan dalam sukan (Eccles &
Harold, 1991) ; Greendorfer, 1992).
FAKTOR SOSIALISASI DALAM PENGLIBATAN SUKAN KANAK-KANAK.
Proses sosialisasi adalah ruang untuk
individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses
ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi
ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.Proses
sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan
dan proses sosialisasi melalui sukan.
Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi
ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada
seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh
yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian
pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei
yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan
ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam
diri individu terbabit.
Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi
ke dalam sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan
yang wujud mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan
tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang
terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap
berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin
sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit.
Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan
berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut.
Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat
yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut
nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk
tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan.
Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan
berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan
tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling
berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui
kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas
hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa
rasa bersalah.
Proses sosialisasi ke dalam sukan juga
berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet
yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan
kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan
kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang
gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang
yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.
Proses sosialisasi yang kedua adalah proses sosialisasi melalui sukan.
Faktor utama proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat
mensosialisasikan individu terbabit. Elemen-elemen yang terdapat dalam
peraturan sukan seperti sikap bekerjasama, berdisiplin, saling menghormati di
antara individu serta mematuhi undang-undang dan peraturan dapat membantu untuk
pembentukan sifat peribadi individu itu sendiri. Melalui sukan sikap individu
dapat di bentuk dengan menunjukkan sikap yang baik, nilai-nilai murni,
tingkahlaku yang terpuji dan kepimpinan individu terserlah. Melalui sukan juga
perwatakan individu boleh berubah misalnya, jika dahulu seorang individu itu
pendiam maka dengan mengikuti aktiviti sukan individu tersebut bertukar menjadi
orang yang agresif. Tindakan agresif ini dapat dilihat dalam sukan ragbi dan
gusti.
Di samping
itu, proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan sebagai alat untuk
mengintegrasikan atlit-atlit atau ahli-ahli. Dalam pasukan tersebut akan
terbentuk sikap saling membantu dan sentiasa memastikan pasukan menang dalam
pertandingan sukan dengan mengamalkan sikap saling membantu. Sikap ini akan
mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli pasukan.
Selain itu,
proses sosialisasi melalui sukan ialah sukan tersebut berunsurkan motivasi
kejayaan. Pasukan atau individu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kemenangan dalam pertandingan. Motivasi yang diterima sama ada berbentuk
motivasi intrinsik atau pun motivasi ekstrinsik. Melalui motivasi dalam
aktiviti sukan tersebut individu atau kumpulan pasukan akan bersama-sama untuk
mengharumkan nama negara dan keluarga. Semangat ini didapati berkesan
untuk mendorong atlet mencapai kejayaan
dalam sesuatu pertandingan. Misalnya dalam sukan badminton dan skuasy.
Seterusnya,
proses sosialisasi melalui sukan juga ialah sukan sebagai alat pertahanan diri.
Individu akan bersukan adalah untuk mempertahankan diri sama ada untuk
mempertahan diri sendiri atau organisasi atau pun disebabkan faktor lain. Dengan mempelajari kemahiran yang terdapat
melalui sukan tersebut maka individu tersebut berasa lebih selamat. Misalnya
individu boleh mempelajari seni mempertahankan diri dalam sukan seperti karate
do, taekwondo, menembak dan memanah.
Kesimpulannya,
sosialisasi sukan melibatkan individu dan juga agen-agen sosialisasi hasil
daripada proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui
sukan.
Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Penglibatan Murid-Murid
Perkembangan dan tingkah laku individu boleh dipengaruhi
oleh faktor persekitaran. Banyak kajian-kajian telah dibuat mengenai
perkembangan dan tingkah laku individu yang dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Rahil dan Habibah (2002) yang memetik pernyataan Penteori behaviorisme, Watson (1878-1958), iaitu:
“Give me a dozen healthy
infants, well-formed, and in my own special world to bring them up in and I’ll
guarantee to take any one at random and train him to become any type of
specialist I might select – doctor, lawyer, artist, merchant, chief, and yes,
even beggarman and thief, regardless of his talents, penchants, tendencies,
abilities, vocations and race of his ancestors.......”.
Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner, sistem yang paling
dekat kepada perkembangan individu ialah mikrosistem. Mikrosistem seperti
dijelaskan awal adalah faktor seperti keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan
kejiranan dan faktor agama dan budaya. Dalam laporan ini cuma akan menyentuh
tiga faktor dari mikrosistem iaitu keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Ini
kerana ketiga-tiga faktor ini lebih dekat kepada perkembangan individu dalam
konteks pendidikan amnya dan penglibatan dalam sukan bolasepak khasnya bagi
murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I.
Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner
Teori ekologi ini diasaskan oleh Urie Bronfenbrenner.
Menurut beliau, persekitaran manusia berasas kepada hubungan dengan konteks di
mana seseorang itu berinteraksi. Beliau mengelaskan beberapa sistem yang
cenderung mempengaruhi manusia kepada 5
sistem iaitu Mikrosistem, Mesosistem, Eksosistem, Makrosistem dan Kronosistem.
(lihat Rajah 1).
Pertama, mikrosistem merujuk kepada sistem yang paling
hampir dengan seseorang individu. Jika dilihat dari Rajah 1, ianya terdiri
daripada keluarga, sekolah, rakan sebaya, kawasan permainan kejiranan dan
kumpulan agama. Kedua, mesosistem pula merujuk kepada hubungan seorang individu
dengan individu yang lain dalam persekitaran dimana seseorang itu berkembang.
Seterusnya, eksosistem ialah suatu persekitaran yang tidak melibatkan seseorang
individu secara langsung tetapi sebarang kegiatan dan peristiwa yang berlaku didalamnya
akan mempengaruhi individu dan keluarga tersebut. Manakala, makrosistem pula
melibatkan persekitaran yang abstrak. Ianya merangkumi sistem kepercayaan dan
ideologi yang mendukung sesuatu budaya. Akhirnya, kronosistem ialah pola
peristiwa dan transisi yang berlaku dalam persekitaran individu sepanjang
hayatnya.
Justeru itu, melalui teori perkembangan ekologi yang
dikemukakan oleh Bronfenbrenner, kita dapat melihat bagaimana persekitaran itu
boleh mempengaruhi perkembangan individu. John (2006) menjelaskan mengenai
dengan teori ekologi Bronfenbrenner seperti berikut:
“Bronfenbrenner’s
theory has gained popularity in recent years. It provides one of the few
theoretical frameworks for systematically examining social contexts on both
micro and macro levels, bridging gap between behavioral theories that focus on
small settings and anthropological theories that analyze larger settings. His
theory has been instrumental in calling attention to the importance of looking
children’s lives in more than one setting. As we just saw, teachers often need
to consider not just what goes around in the classroom but also what happens in
students families, neighbourhoods and peer groups”.
Keluarga
John (2006) yang memetik dari Garbarino, Bradshaw, &
Kostelny (2005) dan Luster & Okagaki (2005) menyatakan:
“Children grow up in
diverse families. Some parents nurture and support their children. Others treat
them harshly or ignore them. Some children have experienced their parents’
divorce. Others live their entire childhood in a never-divorced family. Others
live in a stepfamily. Some children’s mothers and fathers work full-time and
place them in after-school programs. Other children’s mothers or fathers are
present when they come home from school. Some children grow up in an ethnically
uniform neighbourhood, others in a neighbourhood that is more mixed. Some
children’s families live in poverty; others are economically advantaged. Some
children have siblings; others don’t. These varying circumstances affect
children’s development and influence students in and beyond the classroom”.
Keluarga juga merupakan pengaruh awal yang hadir didalam
perkembangan individu. Kehidupan keluarga termasuk stail keibubapaan,
sosio-ekonomik keluarga dan adik-beradik. Melalui keluarga, individu dapat
berdikari dan mencari identiti diri. (Rahil & Habibah, 2002)
Terdapat empat aspek dalam perhubungan ibu bapa yang
terlibat dalam perkembangan individu iaitu minat dan penglibatan ibu bapa,
kekuatan emosi dalam interaksi keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri
autoriti ibu bapa.
Menurut Rahil dan Habibah (2002)
lagi, dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980), individu memandang
positif tentang dua stail keibubapaan iaitu ‘authoritative’
dan ‘equalitarian’. Ibu bapa
‘authoritative’ menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam perbincangan dan
meminta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Manakala ibu bapa ‘equilitarian’ pula cuba memberi remaja
membuat keputusan yang saksama.
Dari segi sosio-ekonomik pula, keluarga yang dapat
memberi dan menyediakan kemudahan, peralatan serta makanan yang berzat dan
seimbang akan dapat membantu perkembangan individu. Mok Soon Sang (2001)
menyatakan bahawa makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak
memperkembang jasmaninya dengan sempurna. Shahabudin, Mahani & Ramlah
(2003) juga menyatakan kekurangan jenis-jenis makanan yang tertentu akan
memberi kesan kepada pembentukan dan perkembangan jasmani seseorang.
Selain daripada itu, adik-beradik juga boleh mempengaruhi
perkembangan individu. Menurut Mc Devitt (2004) yang memetik dari Barr (1999)
menyatakan bahawa ‘Older siblings also
serve as role models (e.g., for asking parents to buy something) and playmates
for younger children’. Beliau juga memuatkan pernyataan dari kanak-kanak
berumur 15 tahun yang bernama Robin yang menyatakan:
“My older brother is
kind of like my Dad. He’s really nice to me… With my brother, I usually like to
play sports. With my little brother, I always play video games with him. My
little sister, we like to argue with each other”
Shaharuddin (2001) juga memetik dari Eccles & Harold
(1991) dan Greendorfer (1992) menyatakan bahawa pengaruh saudara tua (abang dan
kakak) turut mempengaruhi penglibatan dalam bidang sukan.
Daripada jawapan kaji selidik yang diterima didapati
faktor keluarga mempengaruhi penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun
di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan bolasepak. Sebanyak 94% murid menyatakan
bahawa bapa mereka menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam sukan bolasepak.
Sebanyak 76.5% bapa pula memberi respons bahawa mereka menggalakkan anak mereka
melibatkan diri dalam sukan bolasepak dan 36% menghantar anak mereka untuk
mengikuti skim bolasepak dan menyediakan peralatan dan kemudahan yang
diperlukan. Sebanyak 74% murid-murid menyatakan bahawa mereka bermain bolasepak
di kawasan rumah. Selain itu, sebanyak 86% murid-murid memberi respons bahawa
penglibatan mereka dalam bolasepak adalah kerana mengikut jejak adik-beradik
mereka.
Faktor sekolah dan persekolahan juga
memberi sumbangan terhadap pembentukan dan perkembangan individu. Selain
daripada menerima pengetahuan dan pengajaran, sekolah adalah institusi yang
berfungsi sebagai pemberi pendidikan yang menyentuh aspek nilai-nilai murni. Di
sekolah seseorang individu dapat membentuk disiplin dan sikap bertanggungjawab. (Shahabudin,
Mahani, & Ramlah, 2003)
Selain itu, aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum juga membantu individu membentuk diri yang positif. Pentadbir
sekolah yang berusaha untuk memberikan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan
prasarana yang kondusif akan dapat membantu proses perkembangan individu di
sekolah.
Rahil & Habibah (2002) pula
menjelaskan bahawa sekolah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
kanak-kanak kerana mereka banyak menghabiskan masa di sekolah, aktiviti gerak
kerja kokurikulum dan menghabiskan kerja
tambahan sekolah. Selain itu, sekolah juga mendedahkan kanak-kanak kepada
guru-guru yang menekankan bukan sahaja pencapaian akademik, motivasi untuk
belajar, penguasaan kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan tetapi juga sikap
tanggungjawab, kepimpinan dan autoriti.
Daripada pemerhatian dan kaji
selidik yang dijalankan, faktor sekolah juga telah mempengaruhi murid-murid
berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I untuk melibatkan diri dalam
sukan bolasepak. Pihak sekolah, melalui peruntukan yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan telah menyediakan sebuah padang bolasepak dan kawasan lapang untuk mengadakan latihan serta
permainan bolasepak.
Bersesuaian dengan itu, guru-guru pendidikan jasmani di
sekolah ini menyediakan pengajaran serta latihan-latihan yang menarik minat
murid-murid dan juga memberikan motivasi kepada mereka.
Sebanyak 82% murid-murid menyatakan bahawa mereka
berminat dalam sukan bolasepak kerana galakan guru-guru mereka dan kemudahan
yang disediakan.
Shahabudin, Mahani & Ramlah
(2003) menjelaskan bahawa rakan sebaya adalah agen penting mempengaruhi
pembentukan dan perkembangan individu kanak-kanak. Rakan sebaya yang mempunyai
nilai-nilai positif seperti bekerjasama, tolong menolong dan saling
bantu-membantu dapat membantu proses pembelajaran dan memberi kesan kepada
perkembangan individu.
Rahil & Habibah (2002) pula
menyatakan rakan sebaya melibatkan kesamaan sosial iaitu dari segi umur,
pematangan, latar belakang dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan
matlamat. Menurut mereka lagi, rakan sebaya juga menyumbang kepada sosialisasi
dengan menguji bakat seperti kebolehan sukan, keberanian, kepimpinan, kepopularan
dan kecantikan fizikal. Mereka juga membahagikan rakan sebaya kepada dua jenis
kumpulan iaitu click dan crowd.
Click merupakan
satu kumpulan yang rapat, yang mengandungi sekurang-kurangnya enam rakan.
Mereka melibatkan diri dalam aktiviti yang dikongsikan bersama dan keahlian
dalam click membenarkan persahabatan
yang dipilih dimana mereka sangat akrab dan berkongsi minat dan aktiviti
seperti muzik, sukan, bercakap dan rupa fizikal.
Manakala crowd mengandungi
15 hingga 30 orang. Biasanya ianya terdiri dari 2 hingga 4 kumpulan click dalam persatuan tidak formal dan
selalunya merupakan kelab, persatuan dan organisasi sukan.
Selain itu, Mok Soon Sang (2001) menjelaskan, pengaruh
rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan
sosial kanak-kanak. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan sebaya yang rajin
belajar mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap maksimum.
Shaharuddin (2001), pula berpendapat bahawa pengaruh
rakan sebaya dapat memberi ruang untuk merasai kegembiraan bersama rakan-rakan
apabila berjaya mempelajari sesuatu kemahiran yang baru atau berjaya menguasai
serta melakukan kemahiran dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, melihat dari respons yang
diberikan dalam kaji selidik, didapati bahawa rakan sebaya juga memainkan
peranan yang besar dalam penglibatan murid-murid berumur 9 hingga 11 dalam
sukan bolasepak. Sebanyak 83 % respons yang diberikan menyatakan bahawa mereka
melibatkan diri dalam sukan bolasepak kerana mengikut rakan sebaya yang juga
terlibat dalam sukan tersebut.
Respons yang diberikan sesuai dengan penyataan oleh
Shaharuddin (2001) iaitu diantara sebab-sebab individu melibatkan diri dalam
sukan ialah untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan
baru. Mereka belajar tentang persekitaran, bersosialisasi dan berinteraksi
dengan orang lain dengan bermain.
Sememangnya faktor keluarga, sekolah
dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi penglibatan
murid-murid berumur 9 hingga 11 tahun di Sekolah Rendah Rimba I dalam sukan
bolasepak. Ini dapat dilihat daripada dapatan daripada hasil kaji selidik yang
banyak menjurus kepada pernyataan bahawa ketiga-tiga faktor di atas saling
berhubung kait dalam penglibatan mereka dalam sukan bolasepak. Ini juga selaras
dengan kajian-kajian yang menyatakan bahawa persekitaran juga mempengaruhi
perkembangan individu terutama dalam pembelajaran. Oleh itu, perkembangan dan penglibatan
individu itu boleh dimanipulasi dengan menyediakan persekitaran yang boleh
menyumbang kepada perkembangan samada ianya positif ataupun negatif. Kita juga
perlu melihat pengaruh perkembangan individu dari pelbagai aspek dan teori
ekologi Bronfenbrenner dapat membantu untuk kita lebih memahami
pengaruh-pengaruh yang mempengaruhi perkembangan individu.
Faktor Personal Yang
Mempengaruhi Penglibatan Kanak-kanak
Menurut Mohd Jafius Bahari, faktor
interpersonal juga akan mempegaruhi penglibatan seseorang pelajar dalam
aktiviti sukan. Sebagai contoh, Alan ingin main badminton tetapi semua rakannya
ingin bermain bola sepak. Maka, dia akan mengalami kesulitan mencari rakan yang
ingin bermain badminton dengannya dan seterusnya akan menyebabkan dia jarang mengikuti
aktiviti sukan. Faktor interpersonal yang lain termasuklah tekanan kebimbangan
budaya, sikap keagamaan , serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.
Pelajar yang selalu didenda oleh
guru akan berasa takut terhadap guru sukan tersebut menyebabkan mereka berhenti
untuk belajar dan berpretasi baik semasa p&p. Dendaan yang tidak
bersesuaian apabila dikenakan kepada pelajar akan menyebabkan gangguan emosi
yang akan menjejaskan kecergasannya. Pelajar yang selalu didenda akan bertindak
agresif dan cenderung melakukan keganasan dan vandalisme
Gejala pelajar tidak memakai pakaian
sukan semasa pengajaran dan pembelajaran PJK sering berlaku. Segelintir pelajar
lupa, tidak suka atau sengaja tidak berpakaian sukan semasa menghadiri kelas
pjk. Penekanan peraturan dan pengawalan pakaian yang longgar semasa Pendidikan
jasmani menyebabkan pelajar tidak peduli akan akibatnya.
Kesediaan
untuk melibatkan diri dalam sukan
Malina
(1988) menjelaskan bahawa kesediaan sebenarnya merujuk kepada satu tahap di mana
seseorang individu sudah bersedia dari segi kematangan serta kemahiran yang
membolehkan mereka berjaya dalam aktiviti yang diceburi. Terdapat persamaan di
antara tumbesaran kanak-kanak, kematangan serta tugasan atau tuntutan aktiviti
berkenaan. Jadi dapat kita rumuskan , kayu ukur bagi tahap kesediaan ini
berdasarkan kemampuan minimum kanak-kanak dalam melaksanakan kemahiran yang
diperlukan dalam aktiviti tersebut.
Faktor-faktor
kesediaan
Terdapat
tiga faktor utama yang telah dikenal pasti sebagai faktor utama yang menentukan
tahap kesediaan penyertaan kanak-kanak dalam sukan. Yang pertama kematangan,
pembelajaran dan motivasi, kesemua faktor ini berkait rapat di antara satu sama
lain.
Kematangan
merupakan faktor terpenting yang menentukan bila sesuatu kemahiran boleh
didedahkan kepada kanak. Interaksi
pengaruh-pengaruh tersebut membantu dalam menentukan pencapaian perkembangan ke
satu tahap yang maksimum (Bee 1995; Rohani 2001). Kematangan merujuk
kepada proses perkembangan yang dikawal oleh faktor intrinsik, terutamanya gen,
iaitu bahan kimia terkandung dalam nukleus setiap sel.
Pembelajaran
pula menurut Moh. Surya (1997) : “belajar dapat diartikan sebagai suatu proses
yang dilakukan oleh individu untuk memperoleh perubahan perilaku baru secara
keseluruhan, sebagai hasil dari pengalaman individu itu sendiri dalam berinteraksi
dengan lingkungannya”. Witherington (1952) : “belajar merupakan perubahan dalam
kepribadian yang dimanifestasikan sebagai pola-pola respons yang baru berbentuk
keterampilan, sikap, kebiasaan, pengetahuan dan kecakapan”.
Motivasi
pula didefinisikan sabagai arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk
menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi, Sage(1977). Wann (1977) sebagai
proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu dalam usaha mengarah serta
mengekalkan kelakuan yang diingini. Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi
intrinsik dan ekstrinsik.
Sebab-sebab
keciciran dari aktiviti sukan
Kanak-kanak
melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana perbagai sebab serta untuk
memenuhi perlbagai keperluan. Bagaimana pun, penglibatan mereka dalam aktiviti
sukan tidak kekal lama kerana motif mereka sering berubah. Inilah di antara
punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak dalam
aktiviti sukan di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah meningkat
sebanyak 80%(Roberts,1993). Ini kerana kehendak mereka yang sentiasa
berubah-ubah itu tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga faktor
utama yang menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan
komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsik yang
rendah serta stress pertandingan (Anshel,1997).
1. Perbandingan
komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi kemampuan motor dengan orang
lain, dan ini sering dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat usia 7 hingaa 12
tahun (Scanlan,1988) – oleh kerana kekurangan pengalaman serta kurangnya
penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang muda, kanak-kanak ini terpaksa
menggunakan perbandingan komparatif sebagai kayu ukur status kemahiran motor
mereka. Sebagai perbandingan, jika kemahiran yang ingin dilakukan boleh
dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu
tersebut bolehlah dianggap sebagai sama dengan orang lain. bagaimanapun, jika
kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang
kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran motor individu ini boleh dianggap
tinggi.Perbandingan boleh dilakukan dengan
pelbagai cara, oleh sesiapa pun dan dalam perbagai situasi. Dalam konteks
sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan terbuka, maklum balas dari
penonton, jurulatih, ibu bapa serta rakan-rakan terbabit. Maklum balas yang
diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan yang positif
dan juga negatif kepada kanak-kanak tersebut. Input yang diberikan secara lisan
seperti kata-kata semangat dan pujian merupakan rangsangan positif, manakala
ejekan, celaan serta komen yang pedas merupakan rangsangan yang negatif, begitu
juga maklum balas lisan ini dapat dilihat dan yang didengarinya. Kesan inilah
yang menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan atau menarik diri dari
sukan. Justeru itu, tanggungjawab kita yang terlibat secara langsung dengan
kanak-kanak ini memastikan mereka merasai kesan “kejayaan” ketika melibatkan
diri serta memenuhi keperluan lain
seperti motivasi, pengiktirafan atau persepsi kemampuan diri yang positif.
2. Persepsi
tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu sebab kanak-kanak
menarik diri dari aktiviti sukan- Ini adalah kerana mereka mengatribukan
kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka. Justeru itu,
apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika mereka sudah
tahu bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berjaya dalam aktiviti
tersebut.ika dilihat dari peringkat awal
penglibatan kanak-kanak dalam sukan sekitar usia 6 hingga 10 tahun, faktor
kejayaan dikaitkan dengan kemampuan menamatkan atau melaksanakan tugasan
tersebut dengan sempurna. Contohnya, kemapuan menamatkan larian 50 meter
dianggap sebagai satu kejayaan. Bagaimanapun, semakin usia meningkat, kayu ukur
kejayaan dinilai berdasarkan perbandingan dan pengikirafan sosial. Justeru itu
pengiktirafan dari individu yang signifikan seperti ibu bapa, jurulatih serta
rakan sepasukan menjadi pemangkin kepada tindakan untuk meneruskan atau menarik
diri dari sukan. Dengan pertamahan pengalaman, kanak-kanak ini mendapati bahawa
pengiktirafan dari jurulatih adalah penting kerana peluang untuk bermain hanya
akan ditentukan oleh jurulatih,
kanak-kanak tersebut terpaksa “berusaha” dengan lebih gigih lagi.
Akhirnya, usaha menjadi kriteria kejayaan kepada kanak-kanak ini tidak
mempunyai kemampuan untuk berjaya dan ini mungkin menyebabkan mereka menarik
diri dari sukan.Tahap motivasi yang rendah- kita sudah sedia
maklum bahawa motif utama penglibatan
dalam aktiviti sukan bagi kanak-kanak kerana keseronokan. Keseronokan ini
sebenarnya bersifat intrisik kerana tiada ganjaran yang boleh diberikan kerana
keseronokan melakukan sesuatu, melainkan rasa puas dan kegembiraan yang
terbayang di akhir sesuatu aktiviti. Ganjaran serta sesuatu yang berbentuk
luaran tidak diperlukan oleh kanak-kanak tersebut.Bagaimanapun ada individu
tertentu (orang dewasa) yang merasakan bahawa kanak-kanak ini memerlukan
ganjaran(piala atau wang) untuk terus melibatkan diri dalam aktivit tersebut.
Kesannya aktiviti sukan atau permainan sudah hilang keseronokannya kerana
terpaksa bersaing untuk berebut ganjaran. Bagi mendapatkan ganjaran, mereka terpaksa
berlatih bersunggu-sungguh sehingga aktiviti sukan atau permainan ini dianggap
sebagai satu pekerjaan yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran.
Akhirnya, keseronokan hilang dan mereka tidak berminat lagi untuk meneruskan
aktiviti tersebut.Stres
pertandingan- Bagaimanapun, sebelum kita memulakan perbincangan cuba anda jawab
soalan ini “Jika sukan kompetitif dianggap satu permainan, mengapakah ramai
atlet muda (kanak-kanak) yang terlibat merasa tertekan apabila melibatkan diri
dalam “permainan” tersebut?”
Emosi negative yang terhasil kesan
dari tekanan serta kegagalan dalam aktiviti sukan boleh meninggalkan impak yang
agak medalam kepada atlet muda ini. Menurut scanlan dan Passer(1978), stress
pertandingan sebenarnya melibatkan persepsi dan bukan tekanan pertandingan
(situasi) itu sendiri. Kanak-kanak tersebut bukannya bimbang akan pertandingan
atau aktiviti yang akan dilaluinya sebentar lagi, tetapi lebih kepada persepsi
tentang kemampuan mereka dalam pertandinga tersebut (berkemampuan atau tidak)
dan persepsi tentang akibat yang bakal diterima di akhir pertandingan tersebut.
Persepsi inilah yang bakal menggugat keyakinan diri mereka.
Keadaan ini berlaku kerana
kanak-kanak ini diletakkan dalam keadaan yang tertekan iaitu mereka mesti menang.
Kesannya, mereka akan mula memikirkan (persepsi) tentang apakah yang akan
diterima jika gagal melaksanakan tanggungjawab ini (bertanding). Kesimpulannya
stres pertandingan menghilangkan kseronokan kanak-kanak untuk melibatkan diri
dengan aktiviti sukan dan jalan keluar yang paling sesuai dengan menarik dari
sukan.
PENDEKATAN MELATIH
KANAK-KANAK DALAM SUKAN
Setelah
memahami serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak serta perkara-perkara yang
mempengaruhi penglibatan mereka dalam sukan, di bawah ini diperturunkan
beberapa cadangan tentang pendekatan melatih kanak-kanak yang berkesan bagi
memastikan mereka tidak keciciran atau menarik diri dari meneruskan penglibatan
mereka. Panduan dan cadangan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat
untuk memahami kanak-kanak dan penyertaan mereka dalam sukan (Anshel 1999).
1. Berikan
pujian – Jika anda mendapati kanak-kanak di bawah jagaan anda melakukan
pergerakan atau teknik yang betul seperti mana yang ditunjukkan. Jika boleh,
tepuk bahu atau berikan senyuman atau anggukan yang mengatakan bahawa anda
menghargai usaha serta tindakannya. Cara memberi rangsangan yang paling
berkesan dengan memuji perlakuan yang betul dan jangan mengungkit ( memberikan
tumpuan yang keterlaluan) kesalahan yang dilakukan atau keputusan yang
diperoleh.
2. Ikhlas
ketika memberikan pujian – Sama ada kita sedar atau tidak, kanak-kanak
sebenarnya peka kepada pujian yang diberikan kepada mereka. Elakkan dari
memberikan pujian secara terpaksa kerana ini tidak akan menonjolkan keikhlasan
kita, Sebaliknya, berikan pujian yang ikhlas kerana ini akan menyebabkan
kanak-kanak berasa dihargai serta meningkatkan lagi semangat untuk terus
beraksi. Jika anda menegur kesilapan, focus kepada kesilapan ( perlakuan ) dan
bukannya individu (kanak-kanak)
3. Berikan
ganjaran kepada usaha dan bukan sekadar kepada keputusan ( menang)- ini akan
menyebabkan pemain berasa dihargai walaupun kalah kerana mereka faham bahawa
usaha dan komitmen mereka mendapat perhatian jurulatih.
4. Pastikan
bahawa ekspektasi terhadap kanak-kanak adalah realistik – Matlamat yang ingin
dicapai biarlah setimpal dengan usaha dan komitmen yang diberikan oleh
kanak-kanak tersebut. Bermain bersungguh-sunggu tetapi kalah adalah lebih baik
dari menang, tetapi tahap permainan keseluruhannya merosot.
5. Tumpukan
kepada aspek pengajaran dan pembelajaran kemahiran sukan- Semasa latihan, kita
perlu banyak memberikan tunjuk ajar serta pastikan semua pemain berasa
berpeluang untuk bermain dan berlatih. Gunakan masa latihan sepenuhnya agar
pemain berasa seronok. Ini ada membantu menyuburkan minat untuk terus
melibatkan diri dalam sukan.
6. Mengubahsuaikan
aktivit agar ia mudah diikuti oleh semua pelajar. Kita perlu pastikan agar
semua pemain berpeluang menikmati aktiviti sukan serta tidak mudah jemu.
Perubahan in akan berterusan menarik perhatian pelajar.