Thursday 13 September 2012

Proses Sosialisasi Ke Dalam Sukan


Proses Sosialisasi Ke dalam Sukan.

 Proses sosialisasi adalah ruang untuk individu bersosial dan saling berinteraksi dengan orang lain. Melalui proses ini, kita saling mengenali, mempelajari budaya dan menyesuaikan diri menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat tersebut.
Proses sosialisasi ini berlaku dengan dua cara iaitu proses sosialisasi ke dalam sukan dan proses sosialisasi melalui sukan. Faktor pertama berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mempengaruhi pemindahan budaya sukan kepada seseorang individu. Misalnya dalam berpakaian. Sukan badminton adalah contoh yang jelas proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku iaitu melalui pakaian pemain yang ditaja oleh Yonex. Maka dengan role model seperti Lee Chong Wei yang memakai pakaian tersebut, orang ramai yang meminatinya dan meminati sukan ini akan menggunakan jenama Yonex sebagai lambang semangat kesukanan di dalam diri individu tertentu. Di samping itu, berlakunya proses sosialisasi ke dalam sukan ialah sukan dapat mendisiplinkan seseorang. Di mana setiap sukan yang wujud mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan sebegini maka individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin ini ke dalam diri mereka semasa bersukan. Maka, penerapan disiplin sebegini mempengaruhi sikap individu terbabit.Selain itu, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku apabila kita menerima norma-norma dalam institusi sukan tersebut. Biasanya semasa bersukan kita akan lebih menghormati ketua pasukan. Rasa hormat yang wujud dalam diri individu kepada ketua pasukan menyebabkan kita terikut-ikut nilai yang ada pada dirinya. Misalnya, jika ketua pasukan kita menegah untuk tidak merokok maka sikap merokok di depan ketua tidak akan diamalkan. Seterusnya, proses sosialisasi ke dalam sukan berlaku hasil daripada interaksi antara ahli pasukan dalam institusi sukan tersebut. Penglibatan dalam sukan membolehkan individu tersebut saling berinteraksi dengan ahli pasukan yang lain. Hal ini dapat ditunjukkan melalui kebebasan bersuara di kalangan ahli persatuan. Misalnya, jika kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu pentadbiran persatuan kita boleh mengemukakan idea tanpa rasa bersalah. Proses sosialisasi ke dalam sukan juga berlaku berdasarkan pembentukan atlet dalam acara yang dipertandingkan. Atlet yang dipilih untuk bertanding dalam sesuatu acara akan dipilih berdasarkan kemahiran dan sifat fizikal yang dimiliki. Misalnya, orang yang tinggi dan kurus cenderung terlibat dengan lompat jauh, bola tampar manakala bagi orang gemuk pula cenderung kepada acara sukan seperti lontar peluru dan bagi orang yang berotot cenderung kepada bole sepak, lari pecut.

No comments:

Post a Comment