Thursday 13 September 2012

Burnout


Artikel Burnout diakses daripada http://jomsenam.blogspot.com

Burnout sebenarnya menjadi proses dinamik dan dapat digambarkan dengan tiga tahap yang berlainan (Daley, 1979). Tahap yang pertama dikatakan sebagai tahap mencemaskan atau alarm reaction. Dalam tahap ini, kaunselor cuba menggunakan mekanisme perlindungan. Penghidap burnout gagal memberikan tindak balas secara positif dan membina dalam tahap awal penerimaan proses pertolongan kaunselor. Mereka juga merasakan tidak apa yang berlaku dalam diri mereka dalam erti kata tiada menghadapi sebarang masalah. Mereka juga cuba tidak menampakkan simptom awal masalah yang dihadapi dan mengatasi segala halangan yang mereka hadapi sendiri. Penghidap burnout juga biasanya berada dalam keadaan tidak sewajarnya atau disebut unrealistic, tidak dalam kesempurnaan dan biasanya mereka juga menetapkan matlamat yang agak mustahil. Tahap kedua pula adalah tahap penentangan atau resistance stage. Mereka yang menghidap burnout cuba berkeras dan cuba meningkatkan ketekunan mereka. Oleh itu, dalam tahap kedua ini kaunselor cuba memesongkan kekuatan tanggungjawab profesional ke arch menguruskan stres secara terns. Kaunselor dalam tahap kedua ini berada pada tahap fungsian yang rendah dan hubungan interpersonal mula retak. Klien rasa kehilangan apabila kaunselor mula mengurangkan perhatian dan tidak mengambil berat pada mereka. Apabila kedua-dua tahap awal tadi gagal dipraktikkan secara baik, tahap yang ketiga mungkin dapat digunakan iaitu tahap keletihan atau exhaustion. Pada tahap ini beberapa perkara dipertingkatkan seperti meningkatkan tekanan, sakit dan inflexibility. Walau apapun tahap tadi, burnout mampu me¬nyebabkan kesan fizikal, psikologikal dan kesan tingkah laku kepada kaunselor. Daripada perbincangan tadi, kita rumuskan burnout adalah tambahan kepada tahap stres (hyperstress), menambahkan distress dan akhirnya mampu menyebabkan hypostress (exhaustion).

No comments:

Post a Comment