Thursday 13 September 2012

Penetapan Matlamat


Penetapan matlamat dalam sukan
Matlamat merupakan sasaran yang dirancang untuk dicapai dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat di definisikan sebagai mencapai tahap dan kecekapan spesifik dalam satu tugasan atau aktiviti yang dapat disukat dalam unit jarak, masa dan tingkat pencapaian matlamat (Locke, 1981). Penetapan matlamat merupakan salah satu strategi psikologi yang berkesan untuk meningkatkan prestasi. Dalam penetapan matlamat, terdapat tiga tahap iaitu matlamat jangka panjang, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka pendek.
Gould dan Murphy lebih memfokuskan kepada matlamat individu dan jarang kepada matlamat kumpulan. Untuk memahami matlamat kumpulan, kita terlebih dahulu perlu memahami matlamat setiap individu dalam kumpulan tersebut.
1.    Tetapkan matlamat perlakuan (performance) bukan matlamat akhir (outcome).
2.    Tetapkan matlamat yang mencabar
3.    Tetapkan matlamat yang munasabah
4.    Tetapkan matlamat yang spesifik
5.    Tetapkan matlamat jangka pendek
6.    Tekankan kepada matlamat individu bukan pasukan
Widmeyer dan Ducharme (1997) pula lebih kepada matlamat kumpulan berbanding matlamat individu, antara 6 prinsip keberkesanan matlamat kumpulan iaitu :
1.    Membuat matlamat jangka panjang dahulu
2.    Matlamat jangka pendek menuju ke matlamat jangka panjang
3.    Melibatkan semua peserta dalam kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan
4.    Memerhati kemajuan terhadap matlamat kumpulan
5.    Memberi penghargaan terhadap matlamat
6.    Menggalakkan keyakinan kumpulan dan keberkesanan terhadap matlamat kumpulan
Dalam menentukan matlamat, terdapat beberapa aspek atau cabang penting yang perlu dititikberatkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara aspek-aspek tersebut ialah penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang serta set matlamat positif dan set matlamat negative.
1.    Penentuan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang
Bagi atlet, penentuan matlamat mempunyai kepentingan yang tersendiri. Biasanya atlet akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diidamkan, sama ada kemenangan atau memperbaiki rekod peribadi. Dorothy dan Roscoe (1995), mendapati bahawa matlamat akan meransang dan meningkatkan usaha berterusan. Hal ini bermakna penentuan matlamat akan memberi kesan positif kepada atlet. Contohnya, dalam acara 100 meter, pada peringkat pertama atlet tersebut mencatat masa 11.05 saat, peringkat kedua mencatat 10.85 saat dan seterusnya 10.35 saat. Yang dimaksudkan di sini ialah catatan yang dinilai dalam setiap bulan. Apabila atlet melihat pretasi sedemikian maka ini mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih tekun lagi.
Penentuan matlamat juga boleh dijadikan sasaran setiap individu. Bagi penentuan matlamat jangka panjang, tempoh masa yang diambil adalah agak lama dan sukar untuk dicapai atas sebab kebosanan serta gambaran tentang pencapaian agak kabur. Oleh itu, dalam keadaan ini, penentuan jangka pendek sangat mustahak dan berkesan. Semasa mencuba untuk mencapai matlamat jangka pendek, perhatian terhadap matlamat jangka panjang juga menjadi sandaran ataupun menjadi tumpuan. Kebosanan dan gambaran dalam jangka masa panjang dapat diatasi. Di samping itu, pencapaian yang diperoleh dalam jangka masa pendek dapat membangkitkan semangat atlet untuk mencapai penentuan matlamat jangka panjang.

2.    Set matlamat positif dan set matlamat negative
Penentuan matlamat boleh dibentuk sama ada matlamat itu bersifat positf mahupun bersifat negative. Matlamat positif dalam permainan tenis contohnya dapat meningkatkan peratusan yang baik semasa melakukan servis yang pertama. Manakala matlamat negative pula bertindak berlawanan dengan matlamat positif iaitu cuba mengurangkan peratusan servis yang kurang baik. Walaupun begitu, kedua-dua matlamat ini mempunyai sasaran yang sama iaitu memperbaiki pencapaian dan prestasi atlet dalam permainan atau pertandingan.
Menurut Bell (1980), kadangkala atlet perlu mempunyai set matlamat negative tetapi penentuan matlamat seseorang atlet haruslah bermula dengan cara positif. Matlamat yang bersifat positf boleh membantu atlet menuju matlamat ke arah kejayaan bagi menangani sesuatu kekalahan atau kegagalan sebelum ini.
Selain itu penentapan matlamat dalam sukan untuk bertindak untuk membantu jurulatih dan atlet mengetahui bagaimana hendak mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam merancang matlamat-matlamat. Ini kerana penetapan matlamat dirancang selepas jurulatih melihat persembahan awal para atlet di peringkat latihan sebelum dihantar ke peringkat pertandingan
  Atlet juga perlu menetapkan matlamat-matlamat untuk memberi arah tuju usahanya. Matlamat yang ditetapkan oleh atlet bergantung kepada tahap moral dan motivasi individu itu sendiri. Penetapan matlamat penting kerana ia bukan hanya merangsang pemikiran atlet untuk menuju ke arah sasarannya, tetapi juga memberinya cara berperingkat–peringkat untuk sampai kepadanya. Ini bermakna, penetapan matlamat  diperlukan untuk pertandingan dan latihan atlet sendiri. Erti kata lain, jurulatih  harus berupaya membantu atlet menentukan matlamat-matlamat ini
“Goal” atau matlamat mempunyai ciri-ciri penting iaitu ia mempunyai pergerakan ke arah sesuatu dan ia juga turut mempunyai sedikit intensiti ke arah sesuatu. Matlamat mungkin menjadi sesuatu yang sangat penting dalam hidup atlet atau hanya sebagai  sederhana penting sahaja sahaja Sebagai contoh, jurulatih atau atlet selalu menetapkan matlamat untuk menang dalam diri mereka. Namun begitu, kandungan matlamat untuk menang itu mempunyai dua kemungkinan iaitu menang pertandingan akan datang, atau menang banyak pertandingan  dalam sesuatu musim.
Jurulatih dan atlet juga perlu menetapkan matlamat perlakuan dalam menjalankan latihan. Ini kerana matlamat perlakuan terhad kepada tingkah laku atlet secara spesifik. Contohnya, jurulatih mahukan atlet mendapatkan ketepatan sebanyak 90% dalam rejaman bola tampar atau lain-lain kemahiran. Dalam latihan, matlamat perlakuan lebih bermakna dan berguna kerana atlet dapat mengawal perlakuannya berbanding dengan matlamat hasil sesuatu pertandingan. Ini kerana hasil sesuatu pertandingan kadang-kadang sukar dikawal serta ditentukan kerana ia bergantung kepada faktor-faktor lain seperti rakan sepasukan atau lain-lain. Sebaik-baiknya, atlet hendaklah menetapkan matlamat perlakukan yang 100% di bawah kawalannya, tetapi kebanyakkan matlamat ini tidak boleh 100% di bawah kawalan atlet. Oleh itu, atlet hendaklah menetapkan matlamat-matlamat yang individu itu sendiri boleh kawal sebanyak mungkin.
            Dalam sukan, pencapaian diukur dengan kemenangan. Menang sering kali dilihat sebagai kejayaan dan kalah sebagai kekalahan kerana pemenang lebih dihargai oleh penonton berbanding orang yang kalah. Apabila atlet menilai harga dirinya dengan kemenangan, maka keyakinan dirinya bergantung kepada menang atau kalah yang ditentukan oleh orang lain. Jika begitu keadaan yang berlaku semasa atlet menghadapi pertandingan, maka keyakinan diri akan menjadi tidak stabil.
Jadi, mengapa perlunya matlamat perlakuan semasa merancangan penentuan matlamat? Seharusnya, jurulatih bertindak untuk menukar persepsi atau pandangan tersebut dalam diri atlet. Jurulatih bertanggungjawab membantu atlet mendapatkan keyakinan diri yang stabil dan merasa ada harga diri walaupun mengalami kekalahan semasa pertandingan. Jurulatih seharusnya mengantikan matlamat kemenangan dengan matlamat perlakuan yang lebih bersifat realistik kerana kejayaan mestilah dimaksudkan apabila atlet mencapai sesuati melebihi matlamat perlakuannya dan bukannya untuk mengatasi perlakuan orang lain.
Penetapan matlamat merupakan cara yang sesuai untuk menaikkan semangat atau tahap kebangkitan fisiologi atlet atau pasukan. Dalam perlawanan yang melibatkan persaingan dua musuh tradisi, atlet yang terlibat tidak menghadapi masalah untuk meningkatkan tahap kebangkitan mereka. Masing-masing sudah bersedia untuk bersaing di gelanggang perlawanan. Cabaran kepada jurulatih atau psikologis sukan adalah untuk meningkatkan tahap kesediaan atau kebangkitan atlet bagi menghadapi lawan. Bayangkan bagaimana cara untuk meningkatkan kesediaan pasukan sepak takraw negara apabila bertemu dengan Thailand. Justeru itu, penetapan matlamat yang realistic dan berkesan perlu untuk memastikan mereka mampu memberikan saingan kepada pasukan lawan.
Seperti yang dijelaskan tadi, matlamat yang realistic dan berkesan perlu disasarkan untuk meningkatkan kebangkitan dan motivasi atlet berkenaan. Matlamat yang disasarkan perlu mencabar, tetapi masih boleh dicapai. Matlamat yang bersifat pencapaian seperti mendapat pingat emas atau menang perlu dielakkan, sebaliknya tumpuan perlu kepada matlamat yang berorientasikan proses atau pencapaian terbaik atlet terbabit.
Kajian Berkaitan Keberkesanan Penetapan Matlamat
Perbandingan antara penetapan matlamat yang spesifik dengan yang tidak spesifik (subjektif).
·         Dapatan Kajian menunjukkan bahawa penetapan matlamat yang jelas dan spesifik menghasilkan prestasi yang konsisten
·         90% subjek mendapat kesan yang positif
·         Penetapan matlamat adalah teknik yang terbaik untuk meningkatkan prestasi

Perbandingan antara kombinasi antara kesukaran matlamat, matlamat yang
nyata dan jelas dan pelbagai matlamat.
·         Dapatan mendapati matlamat yang sukar lebih efektif dalam meningkatkan prestasi berbanding dengan matlamat yang mudah.
·         Matlamat yang spesifik lebih efektif berbanding dengan matlamat umum
·         Kesimpulannya matlamat khusus, matlamat sukar dan matlamat kumpulan adalah lebih berkesan dalam meningkatkan prestasi daya tahan tugasan

Jenis-jenis Penetapan Matlamat
·         Matlamat dari Hasil (Outcome Goals) seperti keputusan pertandingan
·         Matlamat Proses / Prestasi (Performance Goals) seperti tingkahlaku khusus atlet

Prinsip-prinsip Penetapan Matlamat
·         Cox (1994 ) menggariskan beberapa prinsip Penetapan Matlamat yang perlu ada dalam diri individu atau pasukan untuk mencapai matlamat yang lebih berkesan.
·         Terdapat 5 prinsip asas penetapan matlamat;
1.    Utamakan matlamat pencapaian prestasi bukan sekadar matlamat pencapaian hasil
·         Matlamat difokuskan kepada pencapaian prestasi individu terlebih dahulu supaya dapat membuat persembahan terbaik semasa pertandingan.
2.    Penetapan matlamat yang mencabar
·         Atlet akan membuat latihan yang lebih gigih untuk mencapai matlamat yang lebih mencabar
·         Matlamat yang mencabar akan lebih memotivasi atlet dari matlamat yang mudah dicapai
·         Matlamat yang tidak dicapai hendaklah diterima dan dijadikan panduan

3.    Penetapan matlamat spesifik
·         Bagi atlet adalah sukar untuk mengenalpasti samada matlamat yang ditetapkan itu dapat dicapai atau tidak.

4.    Menggunakan matlamat jangka pendek untuk mencapai matlamat jangka panjang.
·         Matlamat Jangka pendek untuk menyedarkan matlamat jangka panjang
·         “Kejayaan bukan satu destinasi tetapi merupakan satu perjalanan; kejayaan akan dikecapi sepanjang perjalanan”
5.    Penetapan matlamat yang realistik - boleh dinilai / ukur
·         Kenalpasti tercapai atau tidak
·         Matlamat yang khusus perlu ditetapkan untuk menilai sejauhmana keberkesanan dan pencapaian matlamat.
·         Penetapan matlamat harus mengikut tahap pencapaian atlet
·         Pencapaian prestasi perlu didokumentasikan

Faedah Penetapan Matlamat
Kesan Penetapan Matlamat Dalam Program latihan terhadap prestasi fizikal dan
mental :
·         Tahap keyakinan kendiri, motivasi dan tahap kebimbangan.
·         Atlet yang terlibat dengan penetapan matlamat dalam program latihan akan belajar memberi penumpuan yang lebih tinggi dalam penetapan prestasi dan pemikiran yang positif
·         Dapatan ini disokong oleh kajian Berton (1984) mendapati bahawa matlamat memberi hubungan yang positif terhadap prestasi dan atribusi psikologi positif
·         Kemenangan adalah impian atlet dalam sukan.
·         Kemenangan adalah bukti kejayaan dan maruah atlet.

Faedah Penetapan Matlamat
·         Sentiasa yakin diri dan bersedia menghadapi pelbagai situasi semasa latihan dan pertandingan.
·         Mengekalkan penumpuan terhadap kerja atau tugasan untuk mencapai matlamat.
·         Mengekalkan ketenangan dalam diri semasa melaksanakan tugasan dan menghasilkan prestasi yang baik
·         Mengamalkan pemikiran yang Positif sebelum atau semasa bertanding membantu mencapai matlamat
·         Semangat kesepaduan atau komitmen dalam pasukan membawa kepada peningkatan prestasi.

Proses Dalam Penetapan Matlamat
·         Analisis tugas motor - Kenalpasti tugas motor; apa yang hendak dicapai
·         Pengukuran Prestasi - Tentukan pengukuran pencapaian – masa, rintangan, ulangan dan jarak
·         Penentuan Piawai - Tentukan pencapaian mengikut piawai berdasarkan maklumat prestasi. Contoh: Mengikut rekod yang lepas dalam satu-satu acara
·         Pengutamaan matlamat - Penetapan matlamat ikut keutamaan
·         Penyelarasan keperluan - Menyelaraskan mengikut keperluan atlet dan sukan

Praktikal
Membentuk / Menulis Penetapan Matlamat berdasarkan sukan masing-masing,
kemudian bincang dengan jurulatih dalam pasangan.
·         Satu atau Dua Matlamat Jangka Pendek
·         Satu atau Dua Matlamat Jangka Sederhana
·         Satu atau Dua Matlamat Jangk Panjang
·         Satu atau Dua Matlamat Hasil
·         Satu atau Dua Matlamat Proses / Prestasi

Motivasi (Motivation)
Definisi
Motivasi didefinisikan sebagai proses kebangkitan dalam diri individu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini (Wann, 1997). Dalam konteks ini, arah merupakan tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi. Manakala usaha perlu merujuk kepada tahap kesungguhan individu itu ke arah menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Motivasi penting kerana dapat mempertingkatkan semangat dan inisiatif atlet untuk berjaya dalam bidang sukan. Penyertaan seseorang individu dalam sukan dipengaruhi oleh motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Penyertaan dalam aktiviti disebabkan minat atau seronok melakukannya diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik. Sebaliknya jika penglibatan dalam aktiviti disebabkan keinginan diklasifikasikan sebagai motivasi ekstrinsik.

No comments:

Post a Comment