Friday 14 September 2012

Perkembangan Psikologi kanak-kanak melalui sukan

Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Melalui Sukan

Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka terutamanya dalam sukan dan permainan. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negatif kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan psikologi yang sihat.Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain. Contohnya, dalam sukan apabila salah seorang rakan tercedera,rakan yang lain akan cuba membantu kerana dalam diri mereka sudah terbentuk sikap saling membantu dan membina antara satu sama lain.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka (kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sukan.

Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.


Hasil penulisan  Aemas George Musa & Mimi Johna - IPG (Sukan) Kampus TAR, Kota Samarahan

No comments:

Post a Comment