Tuesday 9 October 2012

Kertas Kerja Cadangan Jogathon


KERTAS KERJA CADANGAN

LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012

1.0     TAJUK
Larian Jogathon & Karnival Sukan Rakyat SK St.Ambrose, Panchor 2012

2.0     PENDAHULUAN
Antara hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan murid-murid yang bukan sahaja berilmu tetapi juga berakhlak mulia dan mempunyai semangat ukhuwah yang tinggi serta memiliki badan yang sihat dan cergas. Ini adalah demi melahirkan murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.
Dalam menuju ke arah merealisasikan hasrat ini, Unit Kokurikulum SK St.Ambrose, Panchor akan mengadakan Larian Jogaton dan Karnival Sukan Rakyat. Di samping dapat menghasilkan murid yang sihat dan aktif, aktiviti ini juga boleh menjadi satu platform untuk mengeratkan ukhuwah sesama murid, guru dan warga sekolah.
Semoga Larian Jogathon dan Karnival Sukan Rakyat ini  akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid untuk bersukan  di samping dapat mengeratkan ukhuwah bersama guru-guru dan warga sekolah untuk kesejahteraan bersama.
.
3.0     OBJEKTIF
1)        Mengeratkan ukhuwah antara murid, guru dan PIBG
2)        Memberi peluang kepada murid untuk  menunjukkan bakat dalam sukan..
3)        Membina semangat kerjasama di dalam kalangan murid dan guru.
4)        Membentuk murid-murid  yang sihat dan cergas.
5)        Mencungkil bakat yang boleh diketengahkan dalam sukan Jogathon.

4.0     MATLAMAT
1)        Menyihatkan tubuh badan melalui aktiviti sukan.
2)        Mampu mengeratkan ukhuwah sesama warga sekolah.
3)        Mencari dan mengasah bakat – bakat baru dalam sukan Jogathon  untuk sekolah, daerah dan bahagian
pada masa akan datang.

5.0     PENGANJUR
Unit Kokurikulum SK St.Ambrose, Panchor.

6.0     BUTIR – BUTIR AKTIVITI
NAMA AKTIVITI      : Larian Jogathon & Karnival Sukan Rakyat 2012
TARIKH                     : 13 Julai 2012
TEMPOH                   : 1 hari
HARI                          : Jumaat
MASA                         : 7.30 Pagi – 12.00 Tengah hari
TEMPAT                   : SK St. Ambrose, Panchor

7.0     SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran 1

8.0     PESERTA AKTIVITI
      i.        Murid – murid SK St. Ambrose, Panchor  (Larian Jogathon)
    ii.        Guru – guru & murid – murid  SK St. Ambrose, Panchor  (Sukan Rakyat)

9.0     LALUAN LARIAN JOGATHON
Sila rujuk lampiran 2

10.0  DIF PERASMIAN
1)    Encik Kelim Ak Amin ( YDP PIBG )
2)    Encik Junerason Anyew  ( Guru Besar )
3)    Encik Tapok Ak Rayun ( Ketua Kaum )

11.0  SYARAT – SYARAT LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
Sila rujuk lampiran 3a & 3b

12.0  TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran 4


13.0  ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran 5

14.0  KAD KUTIPAN DERMA JOGATHON
                  i.        Kad Jogathon akan diedarkan kepada guru-guru kelas untuk dibahagikan kepada ibu bapa/pelajar
               melalui pelajar.
                ii.        Kutipan terbanyak akan mendapat hadiah istimewa.
               iii.        Kad kutipan beserta wang hendaklah dikembalikan kepada Penyelaras Program pada atau
               sebelum 2 Julai 2012.
               iv.        Kad yang hilang atau gagal dikembalikan akan dikenakan denda sebanyak RM 50.00

15.0  CABUTAN BERTUAH
Tiket cabutan bertuah akan dijual dengan harga RM 1.00 setiap satu. Sebanyak 5 hamper disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah.

16.0  KATEGORI LARIAN JOGATHON
Sila rujuk lampiran 6

17.0  HADIAH LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT
Sila rujuk lampiran 7

18.0  BORANG PENYERTAAN
Sila rujuk lampiran 8

19.0  HAL SURAT-MENYURAT
Sila rujuk lampiran 9

20.0  SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KERJA
Sila rujuk lampiran 10

                                                  
21.0  PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa panjang penganjur. Selain itu untuk merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui aktiviti ini juga diharap objektif penganjur untuk merapatkan jurang integrasi antara guru dan murid juga akan tercapai di samping menjadi pendorong kepada minat murid terhadap sukan.

Disediakan oleh,                                                                       Disemak Oleh,

______________________                                                    __________________
( MICHAEL BETI TUANG)                                                ( VICTORIA ROBIN)
SETIAUSAHA            I                                                          PENYELARAS PROGRAM
LARIAN JOGATHON DAN                                                 LARIAN JOGATHON DAN
KARNIVAL SUKAN RAKYAT                                           KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST. AMBROSE, PANCHOR                                           SK ST. AMBROSE, PANCHOR


Disahkan Oleh,

_____________________
( JUNERASON ANYEW )
PENGERUSI
LARIAN JOGATHON DAN
KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SK ST. AMBROSE, PANCHOR



LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA INDUK
LARIAN JOGATHON
13 JULAI 2012
SK. ST. AMBROSE PANCHOR

PENGERUSI             :           EN. JUNERASON ANYEW (GURU BESAR)
PENYELARAS         :           CIK VICTORIA ROBIN (PENOLONG KANAN KK)
SETIAUSAHA 1       :           EN. MICHAEL BETI TUANG
SETIAUSAHA 2       :           EN. ALEXZANDA NGU
BENDAHARI           :           CIK SITI ZULWINA MOHAMAD SIRON                                                              
                                              EN. ADE GEORGE KELANA AK RUMUN                    


AHLI JAWATANKUASA KERJA

1.         JAWATANKUASA PERSIAPAN & KEMUDAHAN DEWAN
-           Membuat persiapan
•           En. Mohd. Syaiful (K)
•           En. Dari Trondol
•           Semua Guru

2.         JAWATANKUASA BACAAN DOA
-           Membaca doa di sebelum majlis bermula
•           En. John Sahol

3.         JAWATANKUASA KAWALAN & KESELAMATAN
-           Menjaga keselamatan peserta di laluan larian
•           En. Royal Ningkos (K) [Datuk Angel Clarrish]
•           Pn. Dedri
•           En. Robert Umang
•           En. Wanbi
•           En. Jurek
•           En. George Siloi
•           En. Samat Badok

4.         JAWATANKUASA PROTOKOL &  SAMBUTAN
-           Menyambut tetamu/tempat duduk/melayan tetamu
•           En. Junerason Anyew (GB)
•           En. Kelim Amin (YDP)
•           En. Mohd. Adib Abdullah (Timbalan YDP)
•           En. Kelbin Jula (PK1)

5.         JAWATANKUASA HADIAH
-           Membeli/menyediakan/menyampaikan hadiah
•           Cik Hayaty Wang (K)
•           Cik Siti Zulwina
•           Cik Nur Hani

6.         JAWATANKUASA TEKNIKAL/SIARAYA
-           Menyedia/memasang/mengemas peralatan siaraya
•           En. Dari Trondol (K)
•           En. Ade George Kelana

7.         JAWATANKUASA KEBERSIHAN
-           Membersih/mengemas dewan
•           En. Garvlin (K)
•           Pn. Donna Gree
•           Semua Guru & murid

8.         JAWATANKUASA JAMUAN RINGAN
-           Memasak/menyediakan jamuan
•           Pn. Anna Aus (K)
•           Pn. Josephin
•           AJK PIBG

9.         PENGACARA MAJLIS
-           Mengacarakan majlis dari mula sehingga tamat acara
•           En. Michael Beti
•           En. Dari Trondol

10.       JAWATANKUASA PENDAFTARAN & PENCATAT KEPUTUSAN
-           Mendaftar peserta / merekod keputusan di penamat
•           En. Mohd. Syaiful (K)
•           Cik Victoria Robin

11.       JAWATANKUASA PELEPAS
-           Melepaskan peserta seperti yang telah dijadualkan
•           En. Junerason Anyew (GB) – KATEGORI A (LELAKI)
•           En. Kelim Amin (YDP) – KATEGORI A (PEREMPUAN)
•           En. Kelbin Jula (PK1) – KATEGORI B (LELAKI)
•           En. John Sahol  – KATEGORI B (PEREMPUAN)

12.       JAWATANKUASA PENAMAT
-           Menyediakan nombor keputusan / menentukan kedudukan peserta / menghantar pemenang kepada     pencatat keputusan di garisan penamat.
•           En. Dari Trondol (K)
•           En. Michael Beti
•           En. Alexzanda Ngu


13.       JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
-           Menyediakan buku program
•           Cik Victoria Robin

14.       JAWATANKUASA PUBLISITI
-           Menyediakan iklan jogathon / menyebarkan maklumat
•           En. Ade George (K)
•           Semua Guru

15.       JAWATANKUASA DOKUMENTASI
-         Mendokumentasikan semua perkara mengenai jogathon / mengambil gambar / membuat laporan
•           En. Michael Beti
•           En. Alexzanda Ngu

16.       JAWATANKUASA JEMPUTAN
-           Surat jemputan tetamu
•           En. Michael Beti
•           En. Alexzanda Ngu

17.       JAWATANKUASA SENAMAN MEMANASKAN BADAN
- Mengendalikan aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti dimulakan (senamrobik)
•           En. Alexzanda Ngu (K)
•           En. Michael Beti

18.       JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS
-           Memberikan pertolongan cemas kepada peserta yang memerlukan
•           En. Ade George Kelana (K)
•           Ahli – Ahli BSMM SK. St. Ambrose Panchor



19.       PENYELIA PESERTA
-           Menyediakan / menyusun peserta untuk larian mengikut kategori
•           En. Garvlin
•           Cik Hayaty

20.       JAWATANKUASA CHECK POINT
-           Menjaga / memberikan gelang getah kepada peserta sebagai tanda telah melepasi checkpoint tertentu
•           Check Point 2 – Stesen Bas: En. Schame (K)
•           Check Point 3 – Tabika KEMAS : En. Sajon
•           Check Point 4 – Rumah Khim: En. Herryson
•           Check Point 5 – Rumah Doris: En. Karno

21.       JAWATANKUASA PERTANDINGAN MEWARNA
-           Menyedia peralatan / hadiah / mengendali pertandingan mewarna
•           Cik Siti Zulwina Mohd. Siron (K)
•           Cik Nurhani

22.       JAWATANKUASA SUKAN RAKYAT
-           Mengendalikan / menyelaras  / menyediakan peralatan sukan rakyat
•           En. Michael Beti
•           En. Alexzanda Ngu

23.       CADANGAN HADIAH SAGUHATI/UTAMA
I.          Larian
•           Saguhati – Tuala muka
•           Pertama, Kedua, Ketiga – Medal

II.         Mewarna
•           Saguhati – Tuala muka
•           Pertama – Kotak pensel (Pensel & Pembaris) / Pensel warna besar
•           Kedua – Kotak pensel (Pensel & Pembaris) / Pensel warna kecil
•           Ketiga – Kotak pensel (Pensel & Pembaris) / Buku mewarna

III.        Kutipan Tertinggi (cadangan hadiah)
•           Jam tangan
•           Basikal

24.       KATEGORI ACARA
•           LELAKI A & PEREMPUAN A – TAHUN 5 & TAHUN 6
•           LELAKI B & PEREMPUAN B – TAHUN 3 & TAHUN 4
•           LELAKI C & PEREMPUAN C (mewarna) – TAHUN 1 & TAHUN 2

25.       PERSIAPAN JOGATHON
•           12 JULAI 2012 (2.00 Petang)


                                                                                                                     LAMPIRAN 3a

SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN UMUM
LARIAN JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR 2012

i.        Jogathon ini terbuka kepada semua murid-murid SK St. Ambrose, Panchor sesi 2012.
ii.        Syarat dan peraturan Jogathon yang digunapakai adalah mengikut peraturan yang diguna pakai oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).
iii.        Tempat pertandingan adalah di sekitar kawasan Kampung Panchor Dayak.
(sila rujuk peta laluan untuk maklumat lanjut.)
iv.        Semua peserta mestilah sihat tubuh badan dan tidak menjalani sebarang pembedahan 6 bulan sebelum, semasa dan selepas tempoh pertandingan diadakan
v.        Setiap peserta adalah bertanggungjawab terhadap diri masing-masing.
vi.        Semua peserta dikehendaki untuk memakai pakaian sukan yang sesuai dan WAJIB menggunakan kasut.
vii.        Peserta diminta bersedia 5 minit sebelum pertandingan masing – masing di tempat pertandingan.
viii.        Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan atau kecederaan kekal yang berlaku ke atas peserta namun pihak penganjur akan mengambil langkah keselamatan yang semaksimum yang mungkin.

Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan



                                                                                                                             Lampiran 3b
PERATURAN UMUM PERMAINAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2012

1. TARIK UPIH PINANG.
      I.        Setiap rumah sukan dikehendaki untuk menghantar 2 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang bagi setiap kumpulan.
    II.        Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada seorang (1) guru dan dua (2) orang murid tidak kira lelaki ataupun perempuan.
   III.        Semasa bermain, seorang ahli akan duduk di atas upih kelapa manakala dua orang lagi ahli akan menarik upih kelapa tersebut.
  IV.        Kedua-dua kumpulan bagi setiap rumah sukan akan beraksi secara berganti-ganti dan rumah sukan yang paling pantas menamatkan acara akan dikira sebagai pemenang.
   V.        Jarak permainan adalah 15 meter sehala.

2. BOLING KELAPA
      I.        Setiap rumah sukan dikehendaki menghantar 1 kumpulan sahaja yang terdiri daripada seorang (1) guru dan tiga (3) orang murid.
    II.        Setiap kumpulan akan diberikan 2 biji kelapa untuk menjatuhkan 10 botol mineral yang akan diisi air ½ paras botol.
   III.        Kumpulan yang paling banyak jatuhan botol mineral akan dikira sebagai pemenang.
  IV.        Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

3. TARIK TALI
      I.        Setiap rumah sukan akan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 10 orang ahli iaitu dua (2) orang guru dan lapan (8) orang murid.
    II.        Undian akan dilakukan pada hari pertandingan dengan satu kumpulan akan mendapat ‘bye’ ke final.
   III.        Peraturan tarik tali biasa adalah digunakan dalam permainan ini.
         

                     
                     Lampiran 4


06.30 - Ketibaan urusetia dan peserta
07.00 -  Ketibaan tetamu jemputan
            - Taklimat pegawai (En. Dari Trondol)
            - Bacaan Doa (En. John Sahol)
07.15  - Senaman Pagi (En. Michael Beti & En. Alexzanda Ngu)
07.30  - Nyanyian Lagu Negaraku
07.40  - Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar Encik Junerason  Anyew
08.00  - Ucapan Perasmian Encik Kelim ak Amin (YDP PIBG)
 08.20 - Larian & Pertandingan Mewarna bermula
            - REHAT [ 10 MINIT ]
09.40  -  Sukan Rakyat
11.30  - Penyampaian Hadiah
12.00  - Jamuan Ringan
13.00   - BERSURAI
TENTATIF PROGRAM































                                                                                                                                  Lampiran 5


ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
BARANG – BARANG / INVENTORI
KUANTITI
HARGA SEUNIT
HARGA KESELURUHAN
1
PINGAT :
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
TEMPAT KE-4 & KE-5

HADIAH SAGUHATI :
TUALA

HADIAH MEWARNA :
PENSEL WARNA
KOTAK PENSEL

4
4
4
8


39


6
6

RM 3.00
RM 3.00
RM 3.00
RM 3.00


RM 2.00


RM 7.00
RM 2.00


RM 12.00
RM 12.00
RM 12.00
RM 24.00


RM 78.00


RM 42.00
RM 12.00


2

CENDERAHATI


1

RM 30.00

RM 30.00

3

MAKANAN DAN MINUMAN


100 ORANG

RM 4.00

RM 400.00

ANGGARAN KESELURUHAN

RM 622.00





        Lampiran 6

KATEGORI LARIAN JOGATHON 2012


1.    LELAKI A & PEREMPUAN A – TAHUN 5 & TAHUN 6
2.    LELAKI B & PEREMPUAN B – TAHUN 3 & TAHUN 4


PERTANDINGAN MEWARNA
      I.        LELAKI C & PEREMPUAN C – TAHUN 1 & TAHUN 2


                   
                    Lampiran 7

HADIAH LARIAN JOGATHON & KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2012

LARIAN JOGATHON
      I.        Johan             : Pingat
    II.        Naib Johan   : Pingat
   III.        Tempat ke-3 : Pingat
  IV.        Tempat ke-4 : Pingat
   V.        Tempat ke-5 : Pingat
  VI.        Saguhati        : Tuala muka


PERTANDINGAN MEWARNA
      I.        Johan             : Kotak Pensel & Pensel Warna
    II.        Naib Johan   : Kotak Pensel & Pensel Warna
   III.        Tempat ke-3 : Kotak Pensel & Pensel Warna
  IV.        Saguhati        : Tuala muka


                                                                                                                                             Lampiran 8

BORANG PENYERTAAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT

KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SEMPENA JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012

BORANG PENDAFTARAN

PERMAINAN : BOLING KELAPA
RUMAH SUKAN : _____________________________
AHLI KUMPULAN :
1 _______________________________________________________ ( GURU)
2 _______________________________________________________ ( MURID )
3 _______________________________________________________ ( MURID )
4 _______________________________________________________ ( MURID )

KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SEMPENA JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012

BORANG PENDAFTARAN

PERMAINAN : TARIK UPIH KELAPA
RUMAH SUKAN : _____________________________
KUMPULAN :  1  /  2
AHLI KUMPULAN :
1 _______________________________________________________ ( GURU)
2 _______________________________________________________ ( MURID )
3 _______________________________________________________ ( MURID )


KARNIVAL SUKAN RAKYAT
SEMPENA JOGATHON SK ST.AMBROSE, PANCHOR
TAHUN 2012

BORANG PENDAFTARAN

PERMAINAN : TARIK TALI
RUMAH SUKAN : _____________________________
AHLI KUMPULAN :
1 _______________________________________________________ ( GURU)
2 _______________________________________________________ ( GURU )
3 _______________________________________________________ ( MURID )
4 _______________________________________________________ ( MURID )
5 _______________________________________________________ ( MURID )
6 _______________________________________________________ ( MURID )
7 _______________________________________________________ ( MURID )
8 _______________________________________________________ ( MURID )
9 _______________________________________________________ ( MURID )
10 _______________________________________________________( MURID )

SYARAT PENDAFTARAN PESERTA
1. 2 orang guru         (1 lelaki & 1 wanita)
2. 8 orang murid       (4 lelaki & 4 perempuan)










         
     


3 comments:

  1. terima kasih :)) saya gunakan sebagia salah satu rujukan !

    ReplyDelete
  2. thank cikgu.. wish u good luck.. sy copy paperwork ni sebagai guide..

    ReplyDelete