Tuesday 16 October 2012

Press Release Kursus Kepengadilan Bola Tampar Tahap 1 Peringkat Negeri Sarawak 2012


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan & Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) anjur Kursus Kepengadilan Bola Tampar Tahap 1 Peringkat Negeri 2012

Gambar kenang-kenangan : Puan Hamsiah Bt.  Abdullah Masni (duduk barisan ketiga, ketiga dari kiri), Encik Chai Poh Fatt (duduk barisan ketiga, kedua dari kiri), barisan pensyarah dan para peserta.

Kota Samarahan :  45 orang peserta daripada IPG Kampus Tun Abdul Razak dan guru-guru sekitar Kuching telah selesai mengikuti Kursus Kepengadilan Bola Tampat Tahap 1 bermula 4 hingga 7 Oktober yang lalu bertempat di IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Kursus ini merupakan anjuran bersama IPG Kampus Tun Abdul Razak dan Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA).

Puan Hamsiah Bt Abdullah Masni, Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak dan Encik Chai Poh Fatt, wakil daripada Persatuan Bola Tampar Sarawak turut sama hadir untuk menyerikan Majlis Penutupan rasmi kursus yang diadakan pada 8 Oktober 2012. Puan Hamsiah dalam ucapannya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Persatuan Bola Tampar Sarawak kerana sudi untuk memberi penghormatan kepada IPGKTAR sebagai penganjur bersama dan turut memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menyertai kursus ini sebagai dalam usaha untuk meningkatkan mutu dan profesionalisme sukan di Sarawak khususnya. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak atas sokongan dalam menjayakan kursus ini.

Encik Chai Poh Fatt, Ketua Instruktor Kursus ini menyatakan bahawa kursus ini merupakan usaha Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) untuk melahirkan lebih ramai pengadil bola tampar yang bertauliah di kalangan guru-guru sekolah bagi turut sama menyumbang tenaga di dalam kejohanan-kejohanan bola tampar di Sarawak di dalam usaha untuk menyediakan pasukan bola tampar yang mantap untuk menghadapi SUKMA 2016.  “ saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hamsiah Bt. Abdullah Masni, Pengarah IPGKTAR, Puan Salmi Bt. Haji Lilek, Penyelaras kursus dan Dr. Chin Ngien Siong atas kerjasama serta penganjuran yang amat baik dan saya berharap agar IPGKTAR yang merupakan salah satu IPG Sukan di Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak SAVA untuk melahirkan lebih ramai pengadil bola tampar yang bertauliah pada masa akan datang ” katanya lagi. Kursus selama 4 hari ini diketuai oleh Encik Chai Poh Fatt yang juga merupakan pengadil kebangsaan serta dibantu oleh Encik Chai Wei Ming, Encik Liew Guo Chen serta Encik Allan Chan yang turut merupakan pengadil kebangsaan.

No comments:

Post a Comment