Tuesday 9 October 2012

Kertas Kerja Pertandingan Keceriaan Kelas


KERTAS KERJA CADANGAN
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
SK ST. AMBROSE PANCHOR, SERIAN 2012

1.0 TAJUK
Pertandingan Keceriaan Kelas SK St. Ambrose, Panchor  tahun 2012

2.0 PENDAHULUAN
Kelas merupakan tempat dan ‘rumah’ bagi pelajar di sekolah. Kelas yang menarik dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima ilmu yang baru.
Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid dalam kelas tersebut. Pertandingan keceriaan kelas adalah salah satu medium untuk guru dan murid bersama-sama berganding bahu untuk mengolah dan menceriakan kelas mereka untuk kepuasan diri sendiri dan untuk keselesaan semasa belajar di dalam kelas.
Semoga Pertandingan Keceriaan Kelas ini akan dapat mencapai objektifnya untuk menceriakan kelas dan memberi murid suasana pembelajaran yang baru dan lebih kondusif.

3.0 OBJEKTIF
1)         Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.
2)         Membina kreativiti pelajar dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria.
3)         Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
4)         menyemai perasaan sayang kepada bilik darjah dan menyumbang
kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
5)         membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.

4.0 MATLAMAT
1)         Menerapkan pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten.
2)         Meningkatkan tahap kebersihan kelas khasnya dan sekolah amnya.
3)         Memberi murid suasana baru di dalam kelas yang lebih kondusif.

5.0 PENGANJUR
Guru Pelatih yang sedang menjalani Program Internship PISMP selama sebulan.

6.0 PELAKSANAAN
1)         Minggu 1 ( 2-6 Julai 2012  ) – Pengumuman rasmi pertandingan dan syarat-syarat pertandingan serta persiapan kelas.
2)         Minggu 2 ( 9-11 Julai 2012 ) – Persiapan terakhir setiap kelas.
3)         Minggu 2 ( 12&13 Julai 2012 ) – Pra-penilaian oleh Juri Khas.
4)         Minggu 3 ( 16-19 Julai 2012 ) – Penilaian oleh Juri.
5)         Minggu 3 ( 20 Julai 2012 ) – Pengumuman keputusan pertandingan & penyampaian hadiah.

7.0 PESERTA PERTANDINGAN
Semua kelas daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 tanpa sebarang pengecualian.

8.0 JANGKA MASA PERTANDINGAN
2 Julai 2012 sehingga 19 Julai 2012
9.0 SENARAI JAWATANKUASA & JURI PENILAI
Rujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 2

11.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Rujuk lampiran 3

12.0 HADIAH PERTANDINGAN
Rujuk lampiran 4

13.0 JADUAL PELAKSANAAN
Rujuk lampiran 5

14.0 BORANG PEMARKAHAN
Rujuk lampiran 6

15.0 HAL SURAT – MENYURAT
Rujuk lampiran 7

16.0 PENUTUP
Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat  jangka masa
panjang penganjur. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan visi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang di
dalam aspek  jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui pertandingan ini
juga diharap objektif  penganjur untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas
yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama semua
pihak.

Disediakan bersama oleh,                                                                      

______________________                                                    _________________
( MICHAEL BETI TUANG)                                                   ( ALEXZANDA NGU)
SETIAUSAHA            I                                                                      SETIAUSAHA II
PERTANDINGAN KECERIAAAN                                         PERTANDINGAN KECERIAAN
KELAS 2012                                                                           KELAS 2012
SK ST. AMBROSE, PANCHOR                                           SK ST. AMBROSE, PANCHOR


Disahkan Oleh,

_____________________
( JUNERASON ANYEW )
PENASIHAT
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS 2012
SK ST. AMBROSE, PANCHOR

        
           Lampiran 1

JAWATANKUASA INDUK
PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
SK ST. AMBROSE, PANCHOR 2012

PENGERUSI            : ENCIK JUNERASON ANYEW  ( GURU BESAR )
NAIB PENGERUSI : ENCIK DARI BIN TRONDOL ( MENTOR )
SETIAUSAHA I        : ENCIK MICHAEL BETI TUANG
SETIAUSAHA II       : ENCIK ALEXZANDA NGU
BENDAHARI            : ENCIK MOHAMMAD SYAIFUL FADLI BIN JAMIAN


AHLI JAWATANKUASA KERJA

GURU KELAS TAHUN 1    : ENCIK MOHAMMAD SYAIFUL FADLI BIN JAMIAN
GURU KELAS TAHUN 2    : CIK NURHANI BINTI MOHAMMAD FAUZI
GURU KELAS TAHUN 3    : ENCIK GARVLIN
GURU KELAS TAHUN 4    : ENCIK ADE GEORGE KELANA  AK RUMUN
GURU KELAS TAHUN 5    : CIK SITI ZULWINA MOHAMMAD SIRON
GURU KELAS TAHUN 6    : ENCIK DARI BIN TRONDOL

PANEL / JURI PENILAI
JURI PRA-PENYELIAAN
1.    ENCIK JUNERASON ANYEW  ( GURU BESAR )
2.    ENCIK KELBIN AK JULA ( PK 1 )
3.    PUAN ANNA AK AUS ( PK HEM )
4.    CIK VICTORIA ROBIN ( PKKK )

JURI PENYELIAAN
1.    ENCIK MICHAEL BETI TUANG
2.    ENCIK ALEXZANDA NGU
      

        
          Lampiran 2

BIL
BARANG – BARANG / INVENTORI
KUANTITI
HARGA SEUNIT
HARGA KESELURUHAN

1
PINGAT :
JOHAN
NAIB JOHAN
TEMPAT KETIGA
SAGUHATI



1
1
1
3


RM 50.00
RM 40.00
RM 30.00
        RM 20

RM 50.00
RM 40.00
RM 30.00
RM 60.00

2

PIALA PUSINGAN




RM 50.00

RM 50.00

ANGGARAN KESELURUHAN

RM 230.00



        Lampiran 3

Syarat-Syarat Pertandingan
i. Pertandingan melibatkan semua kelas.
ii. Penilaian dibuat melibatkan aspek yang berikut:-
a. Kebersihan lantai, tingkap, siling dan dinding.
b. Papan kenyataan hadapan (maklumat kelas dan maklumat sekolah) dan papan
    kenyataan belakang:  ( visi dan misi / peraturan kelas / jadual waktu  / pelan
    kebakaran / jadual bertugas sudut mata pelajaran / carta organisasi  / senarai
    pelajar )
c. Hiasan dan kata-kata motivasi
d. Susun atur perabot (kerusi, meja, almari) termasuk semasa dan selepas waktu
    persekolahan.


       Lampiran 4

Hadiah Pertandingan

Tempat Pertama       : Piala Pusingan dan Hamper Bernilai RM50
Tempat Kedua          : Hamper Bernilai RM40
Tempat Ketiga           : Hamper Bernilai RM30   
Saguhati                    : Hamper Bernilai RM20 X 3



        Lampiran 5

Jadual Perlaksanaan

Minggu
Tarikh
Aktiviti

1

2-6 Julai 2012
Pengumuman rasmi pertandingan dan syarat-syarat pertandingan serta persiapan kelas.

2

9-11 Julai 2012

Persiapan terakhir setiap kelas.

3

12&13 Julai 2012

Pra-penilaian oleh Juri Khas.

4

16-19 Julai 2012

Penilaian oleh Juri.

5

20 Julai 2012
Pengumuman keputusan pertandingan & penyampaian hadiah.


           
 Lampiran 6

Borang Pemarkahan
Tarikh :
Masa Menilai :
Kelas
Kebersihan
Maklumat Pendidikan
Kekemasan
J
U
M
L
A
H
K
E
D
U
D
U
K
A
N
Lantai
Dinding
Koridor
Tingkap
Sudut Mata Pelajaran
Sudut Bacaan
Informasi Kelas
Susunan meja/ Kerusi/ Perabot
Hiasan/ Kreativiti
15 m
15 m
15 m
15 m
10 m
15 m
15 m
100 m
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6


Tandatangan Ketua Juri,

___________________________
(                                                           )





                                                                                                                               

No comments:

Post a Comment