Tuesday 9 October 2012

Soalan Kuiz EDU 3109


KUMPULAN 1
SOALAN BAB 6 : Pengurusan Inovasi & Perubahan Pendidikan

1.    Nyatakan dua (2) kriteria sesuatu perubahan inovasi…
-       Pengurangan kos operasi
-       Penjimatan masa
-       Peningkatan hasil kerja
-       Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan

2.    Nyatakan dua (2) prinsip utama untuk melakukan inovasi dalam pengajaran
-       Keputusan berdasarkan matlamat yang jelas
-       Dapat membantu guru lain
-       Harus sanggup berkongsi idea
-       Jadikan kesilapan sebagai pengajaran
-       Inovasi harus dicari

3.    Nyatakan dua (2) aspek yang perlu dipertimbangkan untuk membuat inovasi…
-       Bersifat mudah/simple
-       Bermula secara kecil-kecilan
-       Ciptaan masa kini

4.    Kajian Akinyemi pada 1986 di Nigeria mendapati bahawa guru-guru mengalami kebimbangan & ketakutan terhadap perubahan kurikulum yang melibatkan penggunaan teknologi (technophobia)… Nyatakan dua (2) faktor fobia ini…
-       Ketakutan kepada media teknologi
-       Ketakutan kepada peralatan elektronik
-       Takut peranan guru diambil oleh media

5.    Faktor inersia merupakan salah satu penghalang kepada pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah… apakah yang dimaksudkan dengan faktor inersia…
-       Guru-guru sudah berasa selesa dan berpuas hati dengan apa yang sedang dialami & tidak menginginkan perubahan.

6.    Nyatakan tahap tumpuan guru mengikut teori yang dikemukakan oleh Fuller pada tahun 1975…
-       Tahap tumpuan peribadi
-       Tahap tumpuan tugas
-       Tahap tumpuan kesan

7.    Kelly & Littman (2000) dalam buku The Art Of Innovation menggariskan 7 Elemen asas inovasi… nyatakan dua (2) daripadanya…
-       Bermula dgn kepekaan
-       Dibuat untuk meningkatkan keselesaan & kualiti
-       muafakat
-       lapan jenis manusia
-       keberanian mengatasi rintangan
-       jangkaan untuk masa hadapan
-       mesti diiringi keinginan melakukan inovasi

8.    Nyatakan dua (2) jenis inovasi yang boleh dilakukan dalam organisasi sekolah
-       Kurikulum
-       Pengajaran
-       Profesional
-       Pemikiran
-       Persekitaran belajar
-       Pengurusan
-       Teknologi

9.    Nyatakan dua (2) peringkat inovasi dalam pendidikan…
-       Peringkat individu
-       Peringkat organisasi

10. Nyatakan tiga (3) aspek dalam perdebatan bagi melaksanakan sesuatu inovasi dalam pengajaran…
-       Kreativiti
-       Hasil inovasi
-       Tahap pelaksanaan
-       Impak
-       Efisien
-       signifikan

No comments:

Post a Comment