Tuesday 16 October 2012

Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi


PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif.Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor.Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia,khasanya generasi muda.Untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam dan kemahiran yang dififirkan sesuai menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Bagaimana,pada masa kini masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologu sedang mengalami perubahan sisial yang pesat.

Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsia yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Pada masa kini,masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat.

PERANAN GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Pada zaman moden ini,guru adalah dipertanggungjawap untuk memberi pendidikan moden menghasilkan perubahan ke atas kendiri muridnya.Sekolah merupakan yang utama sebagai saty aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan di dalam pembentukan sahsiah muridnya,sesuai dengan perkembangan dan keperluan masyarakat.

Sekolah yang berwibawa danresponsif mesti bersifat dinamik.Unsur ini akan menggerakn dan membolehkan sekolah sentiasa dalam keadaan yang segar,hidup,berkembang dan terus maju,selaras dengan keperluan zaman dan negara mengikut peredaran masa.

Di Malaysia,sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana refomasi atas sistem pendidikan yang dilancarkan selepas Merdeka,

Pelaksanaan Sistem Pendidikan Aneka Jurusan pada tahun 1963
Pelaksanaan Program Sains Panduan dan Matematik Moden sebagai sukatan pelajaran baru untuk sekolah menengah pada tahun 1971
Pelaksanaan Program KBSM di sekolah menengah pada tahun 1989

Refomasi-refomasi pendidikan seperti ini telah membekalkan darah dan semangat untuk menggerakan sekolah mengubah dan berkembang mengikut strategi yang disarankan.Perubahan dan pendidikan di Malaysia bermakna menukar dari kebiasaan dan rutin ke satu bidang yang baru
Daripada stail pengurusan dan kepimpinan yang autokratik kepada demokratik
Daripada perkhidmatan rutin kepada perkhidmatan penyayang
Daripada strategi berpusatan guru aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada strategi berpusatan murid

GURU SEBAGAI PERGGERAK MASYARAKAT

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan.Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan memounyai daya kreatif.Guru memikul tanggungjawap terhadap masyarakat sebagai agen sosialisis dan penyebar budaya ilmu yang membawa perkembangan dan kemajuan sekolah dan masyarakat.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat.sekolah merupakan pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling mendatangkan kesan di dalam penguasaan ilmu baru.

Guru juga memainkan peranan sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan kemajuan.Ini bermakna,guru sebagai penggerak masyarakat perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan proses pembaruan.

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.Pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat memberi sumbangan.Persnsn guru perkembangan masyarakat dan invotor adalah penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan kegemilangan.

GURU SEBAGAI PEMBINA NEGARA

Masyarakat Malaysia adalah majmuk,terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza.Di antara kaum-kaum ini pula terdapat berbezaan penempatan kawasan seperti bandar,luar bandar,estet,kampung,petani dan kampung nelayan.
Atas kesedaran ini,Malaysia telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat.Rukun Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembangaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan Kesusilaan


Melandaskan kepada Rukun Negara ini,Malaysia berazam untuk:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
Memelihara satu cara hidup demokrasi
Mempunyai satu cara kebudayaan nasional yang karya dan berbagai corak
Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden
Guru sebagai pakar rujuk

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Disamping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu merupakan peranan utama dalam bidang profesionnya.

Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti :-

Ø Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan teori pembelajaran dan psikologi manusia
Ø Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala
Ø Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang diajar.
Ø Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka

No comments:

Post a Comment