1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Saya adalah
seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan
Jasmani Ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan. Pada praktikum fasa tiga (3) ini, saya berpraktikum di Sekolah
Kebangsaan Saint Ambrose, Panchor, Serian. Praktikum kali ini mengambil masa
selama dua belas (12) minggu bermula pada 30 Januari 2012 dan akan berakhir
pada 27 April 2012.
Sekolah ini terletak
kira-kira 48 Kilometer daripada Bandar Serian dan dikira kawasan luar Bandar.
Sekolah ini terletak di tengah-tengah kampung Panchor Dayak dan dikelilingi
majoritinya penduduk yang berbangsa Bidayuh. Sekolah ini mempunyai seramai 10
orang guru dan seorang staf sokongan dan dengan kemasukan saya serta seorang
rakan praktikum, jumlah guru bertambah menjadi 12 orang. Enrolmen murid pula
adalah seramai 61 orang dan sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang
murid (SKM). Selain itu, sekolah ini
juga tergolong dalam kategori sekolah yang menggunakan sistem geran dalam aspek
pengurusan kewangan sekolah. Walaupun mempunyai sumber kewangan yang terhad,
sekolah ini telah berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk murid-muridnya
seperti menyediakan makmal sains, makmal komputer, perpustakaan, bengkel
kemahiran hidup, stor sukan dan juga bilik pemulihan khas. Sekolah ini juga
turut mempunyai bilik fail sendiri yang sentiasa dijaga rapi dan sistem
pemfailan yang standard.
Pada hari
pertama melapor diri, saya telah dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa saya akan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani
untuk Tahun 1, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Kelas Tahun 1 mempunyai seramai 8
orang murid yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 1 orang murid
perempuan. Kelas Tahun 3 pula mempunyai seramai 9 orang murid yang terdiri
daripada 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Manakala, kelas
Tahun 4 mempunyai seramai 8 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada murid
lelaki. Kelas Tahun 5 pula mempunyai murid seramai 10 orang murid yang terdiri
daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Untuk matapelajaran
Pendidikan Moral pula, saya akan mengajar kelas Tahun 4.
Setelah berjumpa
dengan Guru Besar untuk sesi taklimat, saya berjumpa pula dengan guru
pembimbing dan daripada maklumat yang guru pembimbing berikan kepada saya,
kebanyakan murid lelaki di sekolah ini amat menggemari permainan badminton dan
bola sepak manakala bagi murid perempuan, mereka mengemari permainan bola
jaring yang merupakan kebitaraan sukan sekolah ini. Guru pembimbing saya juga
memaklumkan bahawa sasaran sekolah untuk MSSR Serian pada tahun hadapan adalah
untuk memenangi sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk murid melalui sesi P&P yang akan
membantu membentuk dan meningkatkan kemahiran motor murid.
1.2 REFLEKSI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Murid-murid tahun 4
saya amat aktif di dalam permainan bola sepak dan mereka sering bermain bola
sepak di padang yang terletak berdekatan dengan sekolah. Pada minggu pertama
saya memasuki kelas mereka, mereka meminta agar saya mengajar tentang kemahiran
bola sepak sewaktu sesi P&P. sewaktu saya membelek buku teks Pendidikan
Jasmani Dan Kesihatan Tahun 4, saya mendapati bahawa permainan bola sepak
terkandung di dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Oleh itu, saya mengambil
keputusan untuk mengajar kemahiran bola sepak semasa sesi P&P memandangkan
semua murid di dalam kelas Tahun 4 ini semuanya lelaki. Dalam menyusun
rancangan semester saya, saya meletakkan kemahiran bola sepak untuk 6 minggu
pertama bagi menarik minat mereka menyertai sesi P&P saya dan untuk 6
minggu yang seterusnya, saya akan mengajar mereka tunjang kecergasan untuk
membentuk kemahiran motor mereka secara spesifik.
Dalam sesi pengajaran saya yang pertama pada 8
Februari 2012 bersama murid tahun 4 ini , saya mengajar tentang kemahiran
tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang
berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat menghantar bola kepada rakan
namun teknik yang mereka gunakan masih kurang tepat dan ini menyebabkan
hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang menunggu untuk menyambut
hantaran.
“
hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang
tepat dan ini melambatkan pergerakan rakan.” (Nota Lapangan, 8/2/2012)
Bagi membantu
murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana melakukan tendangan leret
yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju
daripada statik ke bergerak dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan
bermasalah apabila melakukan tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya
lebih banyak menekankan ansur maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu
dengan permainan kecil yang meneguhkan lagi ansur maju yang telah dilakukan.
Pada sesi pengajaran
saya yang seterusnya, saya mengajar murid-murid tahun 4 ini bagaimana untuk
menyerkap bola. Kemahiran ini memerlukan murid untuk menghantar bola kepada
rakan dalam jarak dekat dan sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya
mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada
rakan masih lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang
tepat. Ini menyukarkan rakan untuk menyerkap bola dengan baik. Oleh itu, saya
lebih menggunakan permainan kecil berkumpulan dalam sesi pengajaran kali ini
untuk memberi mereka ruang untuk berinteraksi sesama sendiri dan pada masa yang
sama, mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya mereka yang
mengetahui teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa untuk
berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka.
“hantaran
murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang digunakan
adalah kurang tepat. ( Nota Lapangan, 15/2/2012)
Mengajar adalah proses penyebaran ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar
dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik
(Gagne, Briggs & Wager, 1992). Guru seharusnya berusaha ke arah merangsang
minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut
memerlukan guru menyampaikan konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi
mengajar yang bermakna dan berkesan.
Proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
berkesan jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. (Wee
Eng Ho, 2009). Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu
disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian
isi pelajaran itu.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU
KEPRIHATINAN
Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran
tendangan leret dalam menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki dan menilai sejauh mana keberkesanan kaedah latih tubi dapat membantu
murid untuk menguasai kemahiran tendangan leret dalam menghantar bola kepada
rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
2.1 ISU KAJIAN
Salah satu
tunjang dalam Pendidikan Jasmani ialah Kemahiran dan di dalam tunjang ini,
kemahiran yang diajar adalah kemahiran daripada sukan-sukan utama di Malaysia
seperti bola sepak, sofbol, hoki dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajar ini
adalah sebagai ransangan kepada murid untuk lebih meminati dan menceburkan diri
di dalam sukan-sukan yang diajar di sekolah.
Salah satu sukan yang
kemahirannya diajar di sekolah ialah bola sepak. Bola sepak merupakan sukan yang paling popular
di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh pelusuk negara tidak mengira umur,
jantina dan warna kulit. Ketika saya mengajar kemahiran dalam bola sepak untuk
murid kelas Tahun 4, saya mendapati satu masalah yang ketara timbul dalam dua
(2) kelas saya yang pertama bersama kelas ini. Masalah tersebut adalah hantaran
kepada rakan menggunakan tendangan leret. Teknik tendangan leret yang digunakan
adalah kurang tepat dan bola yang dihantar kepada rakan seringkali tersasar dan
tidak tepat kepada rakan yang menunggu untuk menyerkap bola. Masalah ini
mungkin sekali berlaku kerana murid beranggapan bahawa menggunakan tendangan
leret untuk melakukan hantaran kepada rakan sudah cukup tanpa perlu memikirkan
ketepatan dan teknik yang betul untuk melakukannya.
Dalam menyelesaikan
masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi yang dibantu kaedah ansur
maju perlakuan untuk membentuk teknik yang betul daripada asas. Teknik yang
hendak dibentuk ialah teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan
menggunakan bahagian dalam kaki. Penggunaan latih tubi dan ansur maju dalam sesi
Pendidikan Jasmani diharap dapat membantu untuk membentuk teknik perlakuan yang
dikehendaki dan sekaligus meningkatkan penguasaan kemahiran tendangan leret
untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Oleh itu,
penggunaan pelbagai deria yang ada pada murid amat berguna untuk membentuk
teknik perlakuan yang betul di kalangan murid.
2.2 TINJAUAN DAN
ANALISIS MASALAH
Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang
sesi pengajaran di dalam kelas, saya melihat kesilapan yang ketara pada teknik
perlakuan murid-murid tahun 4 ini adalah menggunakan bahagian atas kaki untuk
melakukan tendangan leret kepada rakan.
Gambar 1
: Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah yang dilakukan oleh murid.
Gambar 2 :
Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah dilakukan
oleh murid.
Teknik perlakuan tendangan leret yang betul untuk
menghantar bola kepada rakan adalah menggunakan bahagian dalam kaki kerana
ianya lebih tepat dan lebih mudah.
Instep kick is more
precise than the toe kick in an unstressed movement ( huddlestone & huddlestone, 2003)
Teknik perlakuan untuk tendangan
leret yang tepat akan memberikan pasukan ruang bagi menguasai perlawanan kerana
hantaran yang dilakukan kepada rakan akan tepat kepada rakan dan rakan yang
menerima hantaran akan dapat menyerkap hantaran dengan mudah dan tepat.
Tendangan leret yang menggunakan bahagian dalam kaki akan menambahkan ketepatan
hantaran dan pada masa yang sama, akan menambah peluang pasukan untuk
menjaringkan gol.
The ability to make short passes within a confined space is an
important skill for successful players. Accurate passing is important for
maintain possession and for setting up goal scoring opportunities. (Ermanno
Rampinini,2008)
Tendangan leret menggunakan bahagian
dalam kaki merupakan teknik menghantar bola kepada rakan yang paling tinggi
ketepatannya jika dibandingkan menggunakan bahagian atas kaki dan bahagian
dalam kaki. Untuk mengajar murid-murid sekolah teknik yang betul, teknik
tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki adalah teknik yang paling
sesuai dan paling mudah untuk diajar kepada murid.
The inside of the foot
is used to move the ball with accuracy a short to moderate distance. This pass
is the most important pass and should be used often, so give your players
plenty of opportunities to practice it frequently.
(Lindsay Blom & Tim
Blom, 2009)
Selain daripada teknik
yang betul menggunakan bahagian dalam kaki, anggota tubuh badan yang lain turut
memainkan peranan dalam memastikan tendangan leret yang dilakukan tepat kepada
rakan yang menunggu. Kebanyakan murid menggunakan kaki kanan untuk menendang
bola dan perlakuan ini hendaklah diikuti dengan kedudukan postur badan yang
betul seperti postur pinggang (pelvis) dan kaki dominan yang betul untuk
menghasilkan tendangan leret yang baik dan tepat kepada rakan. Dengan gabungan
antara teknik kaki yang tepat dibantu dengan postur badan yang baik, tendangan
leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki akan
menjadi semakin baik dan ketepatan hantaran akan meningkat.
To impact the ball with
the medial aspect of the foot in the pass kick, the player orients the pelvis,
the right leg, and the foot more toward the right and introduces a medial
component of foot velocity. (J Levanon, J Dapena,1998)
Pelaksanaan teknik yang
betul hendaklah dibantu dengan permainan bersyarat atau permainan kecil yang
akan membantu bukan sahaja meningkatkan minat murid untuk menyertai sesi
latihan malah akan turut membentuk perlakuan yang betul ketika murid melakukan
aktiviti. Model permainan kecil dan permainan bersyarat yang boleh digunakan
ialah menggunakan model “Teaching Games For Understanding (TGFU) approach” yang
diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982. Di dalam model ini,
terdapat beberapa permainan ubahsuai yang direka khusus untuk membantu murid.
1.
‘Game
Sense’ (den Duyn, 1997),
2.
‘Games
for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982),
3.
‘Play
Practice’ (Launder, 2001)
4.
‘Games
Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeill, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in
Light, 2003).
( Model Bunker &
Thorpe 1982 )
Permainan ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi
impak yang baik kepada peneguhan teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada
murid. Di samping murid bermain, murid akan dapat untuk mempelajari teknik
perlakuan yang betul dengan gembira dan tidak tertekan untuk mencapai perlakuan
yang dikehendaki.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN /
SOALAN KAJIAN
Tendangan leret
untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki di dalam
permainan bola sepak merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai kerana di
dalam bola sepak, hantaran tepat kepada rakan adalah amat penting bagi
mengekalkan penguasaan bola dan merencana taktikal serangan. Kemahiran ini
hendaklah dikuasai menggunakan teknik perlakuan yang betul dan akan memberi
hasil hantaran yang baik.
Oleh itu, Kajian Tindakan bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran guru dan pada masa yang sama,
meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran yang diajar. Dalam konteks
kajian ini, kajian tindakan akan menjadi peluang bagi guru untuk meningkatkan
amalan pengajarannya dalam kemahiran tendangan leret ini kepada murid-murid dan
memperbaiki sebarang masalah pembelajaran yang timbul semasa sesi pengajaran.
3.1 OBJEKTIF UMUM KAJIAN
i. Meningkatkan
kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari teknik yang betul bagi
meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.
ii. Meningkatkan
pencapaian sekolah dalam kejohanan Bola
Sepak Piala Yayasan Sarawak (PYS) yang akan datang dengan menguasai kemahiran
tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki untuk diaplikasikan sewaktu pertandingan.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
KAJIAN
i. Meningkatkan
kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan teknik tendangan leret untuk
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
ii. Mempertingkatkan
amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini untuk membolehkan
murid-murid memahami teknik tendangan leret yang betul dan membuat hantaran
yang tepat kepada rakan.
iii. Meningkatkan
penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah pengajaran kemahiran yang
kreatif dan inovatif.
3.3 PERSOALAN KAJIAN
i.
Sejauh manakah kaedah
latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk
menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?
ii.
Sejauh manakah teknik
tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dapat meningkatkan ketepatan
hantaran bola kepada rakan?
iii.
Sejauh manakah kaedah
latihan “mike-style” dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran tendangan
leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?
iv.
Sejauh manakah
pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi
kajian tindakan saya ini ialah 6 orang murid tahun 4 merupakan pemain bola
sepak sekolah untuk kejohanan Piala Yayasan Sarawak (PYS) yang lalu.
Keenam-enam orang murid ini telah diuji ketika sesi pengajaran Pendidikan
Jasmani dan mereka melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola
kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang kurang tepat walaupun sudah
ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri telah diajar menggunakan kaedah ansur
maju sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini akan menjadi
subjek kajian kepada kaedah latih tubi yang dirangka dan perintis kepada kaedah
latihan “mike-style”.
BIL
|
NAMA
|
UMUR
|
JANTINA
|
1
|
Christephersen
Leong
|
10
Tahun
|
Lelaki
|
2
|
Francis Yohanes
|
10 Tahun
|
Lelaki
|
3
|
Willvenchio
Jay Gibson
|
10
Tahun
|
Lelaki
|
4
|
Edwin Ak Taib Chin
|
10 Tahun
|
Lelaki
|
5
|
Khimcostner
Ak Kelvin
|
10
Tahun
|
Lelaki
|
6
|
Clay Steward Ak Lewis
|
10 Tahun
|
Lelaki
|
Rajah 1 : Senarai nama kumpulan sasaran
5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN
KAJIAN
Dalam
melaksanakan kajian ini, saya perlu merancang dengan rapi perancangan yang saya
mahu lakukan agar saya tidak terlepas pandang sebarang perkara yang mungkin
akan merencatkan kajian saya nanti. Oleh itu, adalah penting bagi saya mengenalpasti
dan merancang terlebih dahulu langkah-langkah tindakan tentang bagaimana untuk
membantu mengatasi masalah murid-murid ini dan menganalisis data nanti.
5.1 PERANCANGAN
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Langkah-langkah
tindakan yang telah saya rancang dan akan saya laksanakan ini adalah berasaskan
kepada 2 bahagian iaitu ;
i. Pengajaran
teknik perlakuan yang betul.
ii.
Latih tubi
yang
dikembangkan menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah
tindakan yang akan dijalankan.
Di dalam pengajaran
teknik perlakuan yang betul, saya akan menggunakan beberapa kaedah yang akan
membantu saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah yang digunakan
adalah untuk menggunakan teknik tendangan
leret secara ‘L’ bagi meningkatkan penguasaan kemahiran yang baik dan
membuat hantaran kepada rakan yang lebih tepat.
i. Ansur Maju
·
Ansur maju amat penting
dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk menghantar bola kepada
rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini.
Ansur maju ini akan membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah :
Ø Kedudukan
bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan
hampir lurus.
Mata memandang bola.
Ø Ayunkan
kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan
sedikit ke
hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
Ø Tendang
di bahagian tengah bola.
Ø Pastikan
bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf ‘L’ sehingga 45
darjah.
Ø Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
ii. Demonstrasi guru
·
Dalam langkah ini, guru
akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi penunjuk cara
sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru
terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk menghantar bola
kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki secara static menggunakan teknik
‘L’ sebelum bergerak kepada perlakuan yang dinamik dan bergerak. Sebelum
melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar kepada murid. Namun, guru
boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan tersebut mudah difahami
oleh murid.
Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan
menggunakan satu kaedah latihan yang digunapakai di salah sebuah kelab di England
untuk mengajar pasukan bawah 12 tahun
dan 15 tahun. Kaedah latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat
menarik minat murid untuk menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran
tendangan leret mereka. Kaedah latihan yang diubahsuai ini disesuaikan pula
dengan konsep “play practice” yang terkandung di dalam Model Bunker &
Thorpe.
i. Latihan “mike-style”
Latihan
ini diubahsuai daripada kaedah latihan “passing,receiving and combination play”
yang direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di
England. Latihan yang telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran
leret dan perlakuan menggunakan bahagian dalam kaki untuk menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah
perincian bagi setiap sesi.
·
Memanaskan
badan – latihan bayangan dinamika.
Ø Memanaskan
badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola
kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan
otot-otot utama tubuh badan.
·
Latihan
1 – tendangan leret ke dinding utk 5 minit
Ø Murid
akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding
dengan menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.
·
Latihan
2 – tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit
Ø Murid
akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan
menggunakan bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.
·
Latihan
3 – tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
Ø Murid
akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan
menggunakan bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
bermula dengan 3 meter, 5 meter, 8 meter dan 10 meter.
Ø Tempoh
masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit
·
Latihan
4 – tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus
Ø Dalam
latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam
kaki dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam
satah lurus pada jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter.
·
Latihan
5 – permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi)
Ø Permainan
bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang
diulang-ulang dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.
Ø Permainan
bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.
·
Cooling-down
– tendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan.
Ø Murid
akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan
sambil melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi
penekanan kepada tendangan leret walaupun perlahan kerana murid sedang
melakukan kenduran otot waktu ini.
5.2 CARA PENGUMPULAN
DATA
i. Pemerhatian
·
Guru akan membuat
pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan kemahiran oleh
murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru akan membuat
analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan meminta bantuan
daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bola sepak
untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.
ii. Borang skor
·
Berdasarkan pemerhatian,
guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi pemerhatian yang dibuat. Borang
skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai oleh guru dalam
tindakannya.
Nama Murid
|
Teknik berdiri
|
Teknik menyepak bola
|
Ketepatan hantaran
|
Christephersen Leong
|
|
|
|
Francis Yohanes
|
|
|
|
Willvenchio Jay
Gibson
|
|
|
|
Edwin Ak Taib Chin
|
|
|
|
Khimcostner Ak Kelvin
|
|
|
|
Clay Steward Ak Lewis
|
|
|
|
Rajah 1 : Borang skor penilaian
perkembangan murid.
iii. Nota lapangan
Guru
akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa
sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu
instrumen pemerhatian bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan
yang direka.
iv. Fotografi
Guru
akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat
semasa pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk
mengesan peningkatan penguasaan yang dilakukan oleh murid. Teknik fotografi ini
juga sebagai salah satu pelan kontigensi sekiranya video yang dirakam tidak
dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
5.3 CARA MENGANALISIS
DATA
Data
yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data
kualitatif. Cara menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :
i.
Pemerhatian - Pemerhatian
berstruktur seperti borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan
peratus melalui senarai semak yang disediakan.
ii.
Borang Skor – Borang
skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.
iii.
Nota Lapangan – nota
lapangan pula akan dianalisis dalam bentuk naratif dengan cara memerihalkan
semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut
petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(Morrison, 1993).
iv.
Fotografi – Fotografi
dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara memerihalkan
semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
6.0 PELAN TINDAKAN
PELAKSANAAN KAJIAN
Pelan
tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian
Tindakan Stephen Kemmis (1988).
Langkah Pertama : Pengenalpastian Isu dan Masalah
Tinjauan
isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai
kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan
bahagian dalam kaki dengan teknik perlakuan yang betul.
Langkah Kedua : Perancangan Tindakan
Bagi
membantu menangani masalah ini, langkah-langkah tindakan yang hendak diambil
telah dirangka dan dirancang dengan baik.
Langkah Ketiga : Perlaksanaan Tindakan
Dalam
melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian
tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.
Langkah keempat : Pemerhatian dan Menganalisis Data
Pemerhatian
akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada
penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.
Langkah Kelima : Refleksi dan Penilaian
Hasil
dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa
akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.
6.1 JADUAL PELAKSANAAN
KAJIAN TINDAKAN
Bil
|
Perkara
|
Cadangan
Tarikh pelaksanaan
|
1
|
i. Mengenalpasti
masalah murid di dalam kelas.
|
6/2/2012 sehingga
17/2/2012
|
2
|
i. menganalisis nota
lapangan.
ii. mengenalpasti
masalah murid di dalam kelas.
iii. mengenalpasti
fokus kajian.
|
20/2/2012 sehingga
2/3/2012
|
3
|
i. mengenalpasti
kumpulan sasaran.
|
5/3/2012 sehingga
9/3/2012
|
4
|
i. menetapkan fokus
kajian
ii. melakukan
tinjauan literatur
|
12/3/2012 sehingga
23/3/2012
|
5
|
i. mula menulis
kertas cadangan kajian.
ii. merancang langkah
tindakan yan
sesuai.
iii. merancang cara
pengumpulan data.
iv. merancang cara
menganalisis data.
|
26/3/2012 sehingga
30/3/2012
|
6
|
i. melaksanakan tindakan
ii. mengumpul data
|
April 2012 sehingga
Mei 2012
|
7
|
i. analisis data yang diperolehi
ii. membuat refleksi kajian
|
Mei 2012
|
8
|
i. membuat laporan kajian dan data
|
Jun 2012 sehingga
November 2012
|
9
|
i. pembentangan laporan kajian
|
Jun 2012 sehingga
November 2012
|
10
|
i. menjilidkan laporan kajian
|
November 2012
|
6.2 KOS KAJIAN
Bil
|
Bahan
/ item
|
Harga
seunit
|
Jumlah
|
1
|
Kertas A4 80Gsm
|
RM 10.00 x 1
|
RM 10.00
|
2
|
Ink Printer
|
RM 98.00 x 1
|
RM 98.00
|
3
|
Buku catatan Nota Lapangan
|
RM 3.00 x 1
|
RM 3.00
|
4
|
Broadband
|
RM 50 x 3
|
RM 150.00
|
5
|
Comb-binding
|
RM 1.50 x 1
|
RM 1.50
|
6
|
Kertas Kuning
|
RM 1.00 x 1
|
RM 1.00
|
7
|
Minyak Kereta
|
RM 50 x 5
|
RM 250.00
|
Jumlah
Keseluruhan
|
RM
513.50
|
7.0 SENARAI RUJUKAN
Buku Rujukan
Jurnal / kajian lepas
1. Comparison of precision
in the toe and instep kick in soccer at high kicking velocities. L.B.
kristensen, T.Bull Andersen and H. Sorensen, department od sport science,
University of Aarhus, Denmark diakses pada 15 Mac
2012.
2. Rampinini E, Impellizzeri FM, Castanga C, Azzalin, Bravo DF,
Wisloff U (2008) Effect of match-related fatigue on short-passing ability in
young soccer players. Medicine and Science in Sports and Exercise Diakses
pada 15 Mac 2012.
3.
Abstrak kajian daripada Comparison of the kinematics of the full-instep and
pass kicks in soccer, J Levanon, J Dapena (1998), Medicine & Science
in Sports & Exercise diakses pada 18 Mac 2012.
4. Teaching Games for
Understanding (TGfU) in primary and secondary physical education, Paul
I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of Wollongong, New
Zealand
Laman Sesawang
(Internet)
1. http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN2.html diakses pada 14 Mac 2012
Online Book (Internet)
1. Survival Guide for
Coaching Youth Soccer, Lindsay Blom & Tim Blom, 2009 diakses
pada 20 Mac 2012.
nice
ReplyDeletelike
ReplyDeleteBagus
ReplyDelete