Friday, 2 November 2012

KKP ELM 3104


Soalan 1 : Isu moral peringkat tempatan dan global
Tajuk isu moral : Jenayah rogol

1.0 Pengenalan isu
                        Jenayah rogol pada hari ini tidak lagi menjadi masalah kepada wanita, keluarga atau masyarakat sahaja sebaliknya menjadi masalah negara. Kajian menunjukkan majoriti mangsa keganasan seks adalah wanita dan kanak-kanak perempuan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 36 hingga 62 peratus mangsa keganasan seks ini terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 15 tahun. ( laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 27/8/2007 )

Jenayah rogol berlaku di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, etnik, status ekonomi, agama dan kebudayaan. Kebanyakan keganasan seks dan fizikal serta penderaan psikologi dan emosi dilakukan secara tersembunyi dan terselindung daripada mata masyarakat. Ini menyebabkan kes-kes keganasan atau penderaan sukar dibuktikan di mahkamah.
Kajian yang dikeluarkan oleh United Nations Office on Drugs and Crime, Centre for International Crime Prevention pada tahun 2010 menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-38 di dunia dan ini adalah bersamaan dengan 0.0505156 untuk 1,000 penduduk Malaysia. Kajian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2008 menunjukkan bahawa pada setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kes rogol dilaporkan di seluruh negara. Namun, pada tahun 2010, jumlah itu bertambah kepada 8 kes sehari.




Apa yang membimbangkan, jenayah rogol ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ianya adalah masalah moral di peringkat global. Di Amerika Syarikat contohnya, pada tahun 2001, jenayah rogol di negara tersebut berada pada paras yang tertinggi iaitu sebanyak lebih 15 ribu jenayah rogol dilaporkan pada tahun itu sahaja. Penyelidikan yang dilaksanakan oleh Cindy Struckman Johnson dan David Struckman Johnson daripada University of South Dakota pada tahun 2004 telah mendapati bahawa 22-25 peratus banduan wanita di Amerika Syarikat adalah mangsa serangan seksual, 10 peratus pernah dirogol, dan 6 peratus pula mangsa rogol bergilir-gilir.
Banduan wanita mudah diserang oleh pengawal-pengawal dan kakitangan-kakitangan penjara. ( Human Right Watch,2004 )
22-25 peratus banduan wanita di Amerika Syarikat adalah mangsa serangan seksual, 10 peratus pernah dirogol, dan 6 peratus pula mangsa rogol bergilir-gilir.     ( Cindy Struckman Johnson & David Struckman Johnson, 2004 )
Banyak aspek yang perlu diberi perhatian bagi menyelidiki punca rogol. Dalam hal ini, profail penjenayah mesti diselidiki supaya pihak berkuasa mendapat gambaran lengkap mengenai watak dan jangkaan latar belakang perogol. Profail mangsa rogol juga boleh menjadi data untuk analisis jenis perwatakan, umur dan tingkah laku.           Jenayah rogol ini perlu ditangani habis-habisan kerana ianya adalah masalah moral yang boleh merosakkan moral remaja-remaja pada masa akan datang. ( Dr. Hj Zulfakar Bin Hj. Ramlee, 2002 ).







2.0 Faktor Penyebab
            Jenayah rogol ini mungkin berlaku di serata dunia dan mungkin berlaku dengan pelbagai cara namun apa yang pasti, jenayah rogol ini berlaku dengan pelbagai sebab yang sama dan modus operandi yang sama. Penjenayah yang melakukan jenayah rogol ini mungkin mempunyai pelbagai sebab dan alasan kenapa mereka merogol namun, apa yang penting ialah faktor penyebab yang utama berlakunya masalah rogol ini di peringkat tempatan dan global.
            Pertama, jenayah rogol ini berlaku kerana sikap ingin tahu yang keterlaluan ( Dr. Harlina Halizah Siraj, 2008 ). Lebih-lebih lagi apabila pakar psikologi berpendapat, dorongan melakukan jenayah seks mungkin berasal daripada sikap ingin tahu yang keterlaluan. Apabila desakan bagi mengetahui sesuatu, khususnya berkaitan seks tidak dapat dipenuhi melalui saluran yang terkawal, mereka akan mendapatkan maklumat-maklumat yang diingini daripada sumber-sumber lain.
Jenayah rogol ini berlaku kerana sikap ingin tahu yang keterlaluan                             ( Dr. Harlina Halizah Siraj, 2008 )
Sebaik sahaja mengetahuinya, mereka mahukan lebih banyak sehingga ke peringkat mereka mula berfantasi melakukannya. Akibat kerap berfantasi, keinginan untuk mencuba akan meningkat. Ada kalanya mereka berfantasi bukan kerana dorongan ingin tahu yang keterlaluan, tetapi disebabkan ‘ketidakpuasan seks’ yang dialami ataupun keinginan mencuba perkara yang luar biasa. Walaupun apa yang dinyatakan oleh pakar-pakar psikologi ini tidak berdasarkan kebenaran yang mutlak dan petunjuk-petunjuk yang tidak dapat dikesan secara langsung melalui pemerhatian orang awam, namun ia dapat dijadikan sumber bagi mengesan unsur-unsur yang mendorong perlakuan jenayah seks dan tindakan kejam khususnya di kalangan golongan muda dan remaja.



Kedua, kebanjiran bahan-bahan lucah dan pornografi yang mudah didapati dengan mudah ( kajian karsmini, 1987 ). Kebanjiran bahan-bahan erotik dan keganasan seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya daripada internet, cakera padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks terutamanya remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi.
Ia mudah merangsang golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran yang belum matang walaupun fizikal mereka sudah mencapai tahap baligh. Selain itu, kajian menunjukkan, secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen. Oleh itu, maklumat yang diterima oleh deria mereka akan diingati oleh mereka. Remaja akan terpengaruh apabila mereka kerap didedahkan dengan bahan-bahan yang kurang sihat itu. Menerusi pembacaan yang tidak terkawal, mereka akan berimaginasi sendiri dan membangkitkan rasa ingin mencuba. Dalam kes ini, remaja yang sering menonton bahan-bahan lucah dan erotik bagi mendapat kepuasan akan belajar daripada keadaan itu dan mencubanya bagi mencapai kepuasan. Di samping itu, ia juga dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial di mana tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan serta melibatkan “role- model” terutamanya di dalam VCD lucah ataupun artis-artis popular.
Ketiga, kurangnya amalan agama. ( Michelle, Thomas & Sinyangwe, 1987 ). Kurang didikan agama dan moral di kalangan ibu bapa mahupun anak-anak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan juga menjadi punca kes-kes jenayah seksual seperti rogol berleluasa. Ibu bapa memandang ringan tentang keperluan untuk mendidik anak-anak mereka. Walhal kajian Michelle, Thomas dan Sinyangwe (1989) mendapati, ajaran agama dapat menjadi pelita ataupun regangan moral dalam diri remaja supaya mereka dapat berfikir sebelum melakukan perkara tidak bermoral. Didikan agama yang kurang ditegaskan dalam diri murid atau remaja akan menyebabkan mereka semakin hanyut dengan masalah ini. Didikan agama yang kurang dalam diri remaja akan membuatkan mereka merasakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk keseronokan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada diri mereka pada masa akan datang. Mereka merasakan melakukan jenayah adalah perkara yang boleh dimaafkan hinggakan mereka tidak kisah melakukan kesalahan.
Keempat, rancangan yang ditayangkan di televisyen dan kemajuan teknologi. Punca jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik.  Kajian James, Foe & Breed (1988) menunjukkan, secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian ini telah menjadi ikutan remaja masa kini terutamanya remaja perempuan, inilah faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini.
Secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen (kajian James, Foe & Breed, 1988)
Ditinjau dari konsep ‘Freudian’, lelaki sebenarnya mempunyai keinginan seks atau libido yang tinggi. Oleh sebab itu, remaja lelaki sebenarnya lebih mudah terdorong untuk melakukan sesuatu yang kurang bermoral. Dengan lambakan rancangan di televisyen yang menunjukkan pelbagai adegan artis yang menggunakan pakaian yang ketat dan menggiurkan, remaja lelaki akan lebih cepat terdorong melakukan jenayah rogol apabila melihat ada remaja perempuan yang berpakaian sedemikian rupa kerana keinginan seks atau libido yang tinggi.
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya.Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia. Kemudahan teknologi juga disalahguna untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan pornografi dengan cara yang mudah. Teknologi yang seharusnya digunakan untuk kebaikan, disalahgunakan sebagai medium untuk mendapatkan bahan-bahan berahi daripada laman sesawang dan ini amat mengecewakan kerana mentality remaja kita yang tidak tahu menggunakan kemudahan dengan sebaiknya malah menyalahgunakannya.



            Kelima, kajian daripada All Women's Action Society (AWAM) terhadap banduan di penjara Amerika Syarikat menyatakan bahawa wanita yang berpakaian seksi dan menggiurkan merupakan punca mereka merogol. Trend pemakaian wanita menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen terkini yang datangnya dari Negara barat,maka wanita di hampir seluruh dunia termasuk di Malaysia lupa asal usul dirinya yang sepatutnya berpegang dengan kaedah pemakaian ketimuran yang tertib dan tidak menjolok mata. Akhirnya disebabkan budaya pemakaian artis ataupun wanita di negara barat ini telah meresapi ke dalam masyarakat wanita negara ini maka inilah yang menyebabkan terjadinya jenayah rogol. Dalam agama Islam contohnya, mewajibkan pemakaian pakaian yang menutup aurat bagi wanita adalah mempunyai mesej yang sangat bernilai dan menjadi benteng yang utuh serta mencegah daripada berlakunya jenayah rogol ini.Berdasarkan firman Allah s.w.t aurat ini mempunyai hubungan dengan mata,sekiranya terdedahnya aurat maka secara automatiknya nafsu akan memberontak.Apabila nafsu sudah memberontak maka terjadilah jenayah rogol akibat desakan nafsu yang mengusai dirinya sehingga melupakan sifat sebagai seorang insan yang sepatutnya mempunyai sifat keperikemanusiaan. Walaupun terdapat pendapat yang menyatakan bahawa berpakaian seksi bukan penyebab kepada jenayah rogol, namun pemakaian wanita dan penglihatan terhadap wanita tersebut daripada perspektif lelaki turut menyumbang kepada jenayah rogol di negara kita dan di peringkat antarabangsa.









3.0 5 Cara Mengatasi Jenayah Rogol
3 Cara Mengatasi Pada Peringkat Tempatan
            Pertama, Kerajaan perlu memainkan peranan dalam menangani jenayah rogol ini ( Dr. Khalib Abdul Latiff, 2009 ). Peranan utama untuk mencegah jenayah ini adalah di pihak kerajaan. Dalam pindaan tahun 2004 Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman paling keras bagi kesalahan rogol ialah mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa. Pindaan ini menghapuskan hukuman sebat dan penjara tetapi sebaliknya pesalah dibawa terus untuk menjalani hukuman mati di tali gantung. Jemaah menteri turut mencadangkan supaya hukuman penjara seumur hidup dengan sebatan dikenakan ke atas perogol yang melakukan kesalahan sama secara berulang tetapi tidak membawa maut manakala desakan masyarakat supaya perogol disebat di khalayak ramai, masih belum mendapat pertimbangan serius dari pihak kerajaan. Persoalannya, sejauh manakah kerajaan serius dalam menangani jenayah rogol yang semakin hari semakin meruncing di dalam masyarakat kita ini ?
Menurut Dr. Khalib Abdul Latiff, hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah tindakan proaktif.  Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna lagi. Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul. Sebab itulah, katanya, banyak jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali gantung. Kerajaan harus memikirkan langkah yang seharusnya dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian kepada jenayah rogol di negara ini. Menghukum pesalah sudah terbukti sebagai mekanisme yang hanya menghukum namun tidak mengubah perspektif para pesalah jenayah rogol. Saban hari, ada sahaja jenayah rogol yang dilaporkan di media massa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan mekanisme yang lebih berkesan menggunakan cara yang lebih proaktif iaitu membendung jenayah tersebut daripada berleluasa menggunakan segala kekekuatan dan kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan.


            Kedua, kukuhkan semula institusi kekeluargaan dan pembentukan akhlak moral di kalangan remaja ( Dr. Abdul Hadi Zakaria, 1998 ). Peranan institusi keluarga dalam menjaga dan melindungi ahlinya dari terdedah kepada gejala-gejala sosial. Keluarga perlulah bersikap prihatin dan proaktif di dalam menjaga keselamatan ahli keluarganya. Ini termasuklah mengawal atau memantau pergerakan anak gadisnya dan mendidik anak lelakinya menjadi orang yang bertanggungjawab. Begitu juga pada peringkat individu, ruang dan  peluang untuk melakukan jenayah rogol haruslah ditutup serapat-rapatnya. Orang lelaki dididik menjadi bertanggungjawab dan beramanah manakala orang perempuan dididik untuk menghormati diri dengan cara beraklak dengan akhlak yang mulia. Menjaga aurat dan pergaulan boleh mengurang risiko dari menjadi mangsa rogol. Pihak pemimpin perlulah bergabung dengan masyarakat dan hendaklah banyak menganjurkan program-program motivasi dan ceramah untuk membimbing masyarakat ke arah masyarakat yang harmoni. Ia hendaklah dimulakan segera bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk. Pihak kementerian dan para ketua masyarakat boleh menyelamatkan keadaan sekiranya boleh bekerjasama. Panggil pihak yang berkelayakan untuk memberi panduan secara umum untuk tujuan memberi ilmu dan panduan kepada masyarakat dan institusi kekeluargaan. Yang paling penting pemimpin mestilah faham dan peka dengan keperluan semasa masyarakat dan masalah kemasyarakatan supaya dapat membawa rakyat kembali ke jalan yang harmoni dan hidup dengan damai sejahtera tanpa ada sebarang kes rogol dilaporkan kerana institusi kekeluargaan yang kuat akan dapat membentuk keperibadian yang mantap.
            Ketiga, Peranan media massa amat ditagih di sini ( Dr. Abdul Hadi Zakaria, 1998 ). Media massa tidak seharusnya mengaut keuntungan semata-mata dan mengabaikan aspek-aspek penerapan moral dan tingkah laku yang beretika. Media massa hendaklah menapis rancangan yang hendak ditayangkan terlebih dahulu sebelum ianya dipertontonkan kepada umum. Oleh kerana penonton televisyen adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, hendaklah media massa peka dengan keadaan ini dengan tidak menayangkan rancangan yang boleh merosakkan akhlak remaja kita. Peranan media massa yang juga tidak kurang pentingnya ialah media harus memainkan peranan agar  mangsa akan mengetahui cara­cara yang terbaik atau tempat­tempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan.  Perlu didedahkan bahawa kejadian rogol tersebut bukan kesalahan mangsa dan mereka harus bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut.  Mangsa harus tahu bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, mangsa masih boleh mendapatkan pertolongan.  Adalah penting bagi mangsa rogol mendapat  sokongan dan perlindungan.  Di Malaysia, terdapat  beberapa kumpulan sokongan dan antaranya ialah Woman’s Aid Organisation, Women’s Centre for Change (WCC) dan  All Women’s Action Society (AWAM). Media massa juga boleh dijadikan tempat untuk berkempen bagi menangani jenayah rogol secara habis-habisan. Ini adalah untuk memastikan bahawa peranan media massa digunakan sehingga ke tahap yang maksimum kerana media massa adalah medium yang paling mudah untuk mendampingi masyarakat baik secara cetakan atau penyiaran. Oleh itu, peranan media massa adalah amat perlu bagi memastikan jenayah rogol ini berjaya dibendung habis-habisan.

2 cara mengatasi pada peringkat global / antarabangsa
            Pertama, kerjasama semua negara dalam menggubal undang-undang berkenaan dengan rogol yang dipersetujui oleh semua negara. Pada peringkat ini, semua pemimpin negara haruslah duduk bersama dan berbincang bersama-sama pakar perundangan yang telah dipilih bagi menggubal satu undang-undang antarabangsa terhadap jenayah rogol yang boleh digunapakai oleh semua negara. Undang-undang ini juga harus digunapakai di mahkamah antarabangsa bagi mengadili kes rogol yang ekstrem. Ini adalah sebagai komitmen masyarakat antarabangsa bagi menangani masalah rogol ini daripada terus berleluasa. ( Dr. Khalib Abdul Latiff, 2009 ). Dalam menggubal undang-undang ini, pandangan dan tafsiran undang-undang daripada negara-negara lain juga boleh dipertimbangkan dan dibincangkan bersama. Seperti seksyen 375 kanun keseksaan yang digunakan di Malaysia, jenayah rogol akan dikenakan hukuman seperti Penjara
atau penjara dengan sebatan selama 5 hingga 20 tahun. Canada pula menggunakan penjara selama 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan hukumana mati mandatori jika sabit kesalahan. Undang-undang seperti ini harus diperkemaskan dan digunapakai untuk menangani jenayah rogol ini.
            Kedua, semua negara dan masyarakat antarabangsa harus bekerjasama memanipulasi media massa untuk menapis dan membendung apa jua bentuk pornografi, filem-filem yang berunsurkan seks, rancangan-rancangan yang boleh meruntuhkan akhlak dan mengenakan peraturan yang ketat kepada setiap filem yang hendak ditayangkan agar melalui tapisan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di khalayak ramai. Dengan langkah seperti ini, kita akan dapat membendung gejala-gejala kurang sihat yang disebarkan melalui filem dan rancangan televisyen. Apabila remaja tidak didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak ini, institusi kekeluargaan akan memiliki lebih banyak masa untuk membentuk akhlak anak-anak dan seterusnya menghasilkan remaja yang berakhlak moral. Apabila media massa dapat dimanipulasi dalam usaha untuk membendung jenayah rogol ini, remaja akan mempunyai banyak masa bagi melakukan perkara yang berfaedah dan institusi kekeluargaan akan mempunyai peluang untuk menerepkan akhlak moral yang baik kepada anak-anak mereka. Apabila sekatan terhadap media massa dikenakan, ianya akan membawa kebaikan di mana rancangan yang disiarkan adalah bebas daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak remaja. Dalam erti kata lain, remaja tidak mempunyai sebarang medium yang boleh digunakan bagi mengenal apa itu keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru apatah lagi jenayah rogol tersebut adalah sesuatu yang cuba dielakkan oleh masyarakat kita. Peranan media massa juga amat ditagih untuk menyalurkan info-info dan maklumat yang boleh membantu untuk membentuk akhlak remaja. Ini kerana media massa adalah medium yang paling senang untuk diakses oleh remaja bagi mendapatkan pelbagai jenis hiburan dan maklumat. Setiap negara harus memanipulasi media massa bukan hanya untuk kepentingan kerajaan tetapi untuk masa depan negara juga.






4.0 Cabaran Kepada Guru
           
Pertama, cabaran kepada guru adalah daripada segi guru sebagai agen moral ( Tam, Y.K, 2006 ). Seorang guru hendaklah mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri untuk menjadi agen moral di sekolah. Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang perlu difahami oleh guru bagi menjadi agen moral yang baik. Pengunaan gaya kepimpinan pada satu-satu masa hendaklah bertepatan dengan situasi yang dihadapi. Sebagai contoh, gaya kepimpinan yang demokratif memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka.Suasana sosio - emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Murid-murid bukanlah individu yang suka untuk dimarah dan diherdik sesuka hati kerana mereka juga mempunyai perasaan. Guru yang Laisse-faire pula memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk memikir dan menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan.Guru juga tidak menilai tingkah laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin. Ada masanya guru perlu menggunakan gaya kepimpinan Laisse-faire tetapi dalam keadaan yang terkawal. Gaya kepimpinan guru bertujuan untuk memudahkan murid mendampingi guru dan pada masa yang sama, guru tersebut dapat memberi kesan kepada perubahan tingkah laku murid-murid. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesion perguruan dan menggunakan gaya kepimpinan yang boleh dilihat oleh murid dan menjadi ikutan kepada murid-murid. Secara tidak langsung, guru menjadi “role-model” kepada para murid dan murid akan menjadikan guru sebagai inspirasi untuk mengubah sikap masing-masing. Jika dikaitkan kepada isu moral yang sedang dibincangkan, guru hendaklah tahu untuk mengajar murid-murid akhlak-akhlak moral yang baik serta keburukan melakukan perkara yang tidak bermoral. Gaya kepimpinan guru adalah cara untuk guru mendekati murid dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada murid. Apabila murid sudah selesa bersama guru, murid akan mudah untuk dibentuk menjadi insan yang bermoral. Guru akan menjadi ikutan kepada murid.

Cabaran yang kedua kepada guru adalah daripada segi pembentukan sahsiah murid. Menurut Peters, P. (1987), dalam bukunya Moral development and moral education, guru merupakan pembentuk sahsiah murid. Menurut Imam al-Ghazali, manusia itu ibarat sepohon pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya ialah kefarduan, daun-daun ialah amalan sunat, maka buah atau bunganya itulah yang dikatakan akhlak. Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap orang yang menyempurnakan agama Islam kerana akhlak melambangkan keindahan Islam itu sendiri. Oleh itu, telah menjadi tugas guru untuk membentuk sahsiah murid ketika murid tersebut berada di sekolah. Melahirkan dan mewujudkan remaja bermoral mesti dilakukan sejak anak itu masih kecil. Pendidikan yang bermula daripada kecil lebih mudah dan ia merupakan lambang kejayaan pendidikan akidah dan ibadah setelah dewasa. Guru haruslah sentiasa memastikan bahawa murid tidak melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Guru juga perlu menggunakan segala kemahiran yang ada dalam melahirkan murid yang bermoral. Guru perlu menjadi ikutan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menunjukkan nilai-nilai yang baik dan berakhlak mulia setiap masa. Murid adalah pemerhati yang akan meniru apa sahaja perlakuan guru dan guru sebagai pembentuk sahsiah murid hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang berakhlak mulia kepada murid agar menjadi ikutan pada murid. Memang bukan mudah untuk membentuk sahsiah diri murid namun dengan berkat kesabaran guru dan keikhlasan guru untuk membentuk murid yang berakhlak mulia, cita-cita tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil. Dalam konteks jenayah rogol pula, guru hendaklah membentuk sahsiah murid-murid di bangku sekolah rendah lagi. Sekiranya murid-murid telah diberi didikan yang sempurna dari segi akhlak moralnya, tidak mustahil jenayah rogol ini boleh dikurangkan kerana telah wujud kesedaran daripada bangku sekolah lagi bahawa jenayah rogol itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berakhlak mulai. Murid yang telah dididik dengan akhlak moral yang secukupnya sudah pasti tidak akan melakukan jenayah rogol kerana telah tahu bahawa perbuatan tersebut adalah salah daripada segi undang-undang dan akhlak moral.


Ketiga, kurangnya sokongan daripada ibu bapa terhadap usaha guru di sekolah bagi menangani jenayah rogol ini akan merunsingkan  guru yang berusaha keras untuk membasmi jenayah rogol ini daripada berleluasa . Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya memainkan peranan dalam membantu usaha pihak sekolah terutamanya guru sebagai penyampai maklumat dalam usaha untuk sama-sama membanteras gejala sosial ini. Ibu bapa yang terlalu memfokuskan kepada kebendaan semata-mata dan mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak akan menjadi faktor kepada kegagalan pihak sekolah terutamanya guru untuk membentuk akhlak moral yang baik di kalangan murid-murid. Kurangnya kerjasama daripada ibu bapa yang bersikap endah tak endah dalam usaha menangani jenayah rogol ini akan membawa kepada keadaan yang lebih buruk pada masa akan datang. Dengan kurangnya sokongan daripada ibu bapa, guru-guru perlu lebih proaktif dan produktif dalam memastikan jenayah rogol ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Selain daripada pembentukan sahsiah murid di sekolah, guru juga bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid perempuan terutamanya mendapat pendidikan berkaitan dengan langkah-langkah untuk mengelakkan daripada dirogol seperti tidak berjalan seorang diri, tidak berjalan melalui tempat yang gelap dan sebagainya. Murid-murid harus tahu keadaan di mana perogol dapat mengambil kesempatan terhadap mereka dan bagaimana untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Pendidikan seperti ini adalah merupakan usaha yang harus dititikberatkan oleh guru pada setiap masa kerana kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa terhadap perkara ini. Pendidikan seperti ini adalah sama seperti kaedah pendidikan tradisional di mana guru memainkan peranan sepenuhnya dalam mendidik murid tanpa bantuan daripada ibu bapa. Namun, pendidikan secara tradisional ini disokong oleh seorang pengkaji pendidikan dan kemasyarakatan, Lickona. Lickona menyatakan bahawa ada kalanya, pendidikan secara tradisional ini adalah penyelesaian kepada masalah semasa seperti masalah rogol ini. 




Keempat, cabaran guru sebagai penggerak sistem pendidikan di Malaysia untuk mengurangkan jenayah rogol. Seorang pakar pendidikan, Musgrave (1978) dalam bukunya The Moral Curriculum : A Sociological Analysis menegaskan agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah merangkumi usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat. Oleh itu, guru adalah orang yang bertanggungjawab membangunkan aspek-aspek moral individu terutamanya murid di sekolah. Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap hari dalam aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang dibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi setiap hari. Perkara utama dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai tidak boleh dihalang oleh sesiapa sahaja walaupun ia cuba berbuat demikian. Sebaliknya nilai ini perlu didedahkan dengan sebaik-baiknya.
agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah merangkumi usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat                                      ( Musgrave, 1978 The Moral Curriculum : A Sociological Analysis )
Kesinambungan daripada kes rogol yang semakin berleluasa di negara kita ini, guru harus menggerakkan pendidikan keselamatan bagi memberi pendidikan kepada murid dalam usaha untuk membasmi jenayah rogol ini di peringkat sekolah. Guru harus memaksimumkan kapasiti yang ada di peringkat sekolah untuk memberi pengetahuan kepada murid berkaitan dengan jenayah rogol dan keperluan untuk mengetahui punca dan cara mengatasi jenayah tersebut. Apabila semua murid faham mengenai jenayah rogol dan tahu bagaimana untuk mengatasinya, adalah diharapkan agar jenayah rogol ini semakin berkurangan terutamanya jenayah rogol terhadap murid sekolah.



            Kelima, cabaran guru dalam membentuk dan menjalankan tatacara moral di sekolah bagi membentuk nilai-nilai moral dalam diri murid. Kepentingan pendidikan dan persekolahan sebagai institusi sosial yang membentuk nilai disokong kuat oleh Narol (1983) yang mengemukakan Teori “Moral Order”.
masalah sosial yang berlaku boleh diatasi jika wujud "moral order” atau tatacara moral yang mempengaruhi situasi dan mendasari segala masalah sosial manusia     ( Narol, 1983 Moral order theory )
Oleh itu institusi sekolah melalui guru berperanan menegakkan “moral order” ini khususnya golongan remaja. Sekolah sebagai institusi pendidikan formal merupakan agen yang bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan generasi muda.Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Pendidikan adalah faktor utama bagi membina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosial negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selari dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan tersebut. Dalam usaha untuk menangani jenayah rogol ini, tatacara moral harus diperkenalkan di sekolah dan guru harus berperanan bagi memastikan tatacara moral ini difahami oleh semua murid. Tatacara moral ini akan menjadi panduan murid-murid pada masa hadapan apabila mahu melakukan tindakan dalam kehidupan seharian. Adalah diharapkan apabila tatacara moral ini diperkenalkan di sekolah, murid-murid mengetahui apa yang baik dan apa yang kurang baik dalam kehidupan seharian. Tatacara moral ini juga diharapkan dapat membantu guru secara tidak langsung untuk membentuk akhlak moral dalam diri murid. Guru harus menggunakan kelebihan murid berada dalam tempoh masa yang lama di sekolah bagi menerapkan tatacara moral ini dan membentuk akhlak murid bagi membolehkan mereka menjauhi jenayah rogol ini.




Soalan 2 : kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai     murni.

1.0 Pendahuluan
            Usaha untuk membina tamadun manusia memerlukan satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di atas kecemerlangan tamadun kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi dengan kemajuan spiritual dan akhlak. Menurut Arnold Toynbee: “agama adalah nadi dan inti kehidupan”. Ia adalah cahaya penerang jiwa dan manusia tidak lepas dari agama. Idealogi-idealogi tidak mampu menjadi alternatif kepada agama, kerana idealogi memberi sifat finatiksime dan kebencian. Sedangkan agama memberi kita rasa cinta dan kerja sama.Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mencapai kehalusan tatasusila dan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh anggota masyarakatnya. Justeru untuk membina tamadun manusia mestilah dalam seluruh program pembangunannya tidak mengabaikan nilai akhlak. 
            Jester itu, elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni perlu diketahui agar dapat disediakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan nilai dan akhlak remaja kita berada pada tahap yang sepatutnya dan boleh dibanggakan pada masa akan datang. Daripada pelbagai elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni, saya memilih untuk mengupas elemen kebendaan, elemen sikap tidak bertanggungjawab, elemen media massa, elemen pembangunan daripada aspek sosio-ekonomi dan elemen keruntuhan institutsi kekeluargaan.






2.0 Kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni
Pertama adalah daripada aspek elemen mementingkan kebendaan. Mementingkan kebendaan adalah antara elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.
Ibn Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya yang menyebut kemusnahan sesuatu tamadun ditandai dengan beberapa perkara, iaitu banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan......
Dalam arus perdana yang semakin membangun pada hari ini, negara kita semakin bergerak untuk mencapai ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, ibu bapa akan semakin mementingkan kebendaan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin tinggi. Sikap yang menjurus ke arah materialistik ini memberi kesan yang kurang baik terhadap anak-anak mereka.
Sebagai contoh, seorang guru pendidikan jasmani lelaki yang telah berkeluarga bertugas di sekolah pada sebelah paginya. Kemudian, pada sebelah petang, guru tersebut menjadi jurulatih berbayar sebuah pasukan bola sepak yang bertaraf kelab. Pada sebelah malamnya pula, dia menjadi jurulatih badminton di sebuah pusat latihan badminton yang dimiliki oleh swasta. Guru tersebut melakukan semua itu semata-mata untuk mendapatkan duit atas pelbagai sebab. Antara sebab yang mungkin menjadi pendorong kepada guru tersebut menjalani rutin harian sedemikian rupa ialah untuk mendapatkan wang yang lebih, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa atau untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Dengan rutin sedemikian rupa, di manakah masa guru tersebut untuk anak-anaknya? Apabila balik pada lewat malam, guru tersebut telah keletihan dan perlu berehat kerana perlu mengajar pada keesokan harinya. Besar kemungkinan, anak-anaknya pada waktu tersebut telah tidur. Bilakah masa yang dimilki oleh guru tersebut untuk bersosial bersama anak-anaknya ?



Guru tersebut sebagai bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang memberi didikan agama dan akhlak yang baik kepada anak-anaknya kerana sibuk mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anaknya menjadi mangsa kerakusan guru tersebut mengejar kebendaan. kesannya kepada anak-anak adalah amat besar kerana tanpa didikan agama yang cukup sewaktu kecil, mereka akan semakin sukar untuk dibentuk apabila sudah mencapai usia remaja. Inilah yang menyumbang kepada masalah-masalah sosial semasa. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Apabila sudah sampai ke tahap akhlak moral yang kronik, siapakah yang harus dipersalahkan ?
Sikap terlalu mengejar kebendaan ini juga memberi kesan kepada institusi kejiranan. Apabila terlalu sibuk sehingga perlu pulang pada lewat malam, bilakah masa yang ada untuk berkenalan dan bersosial bersama dengan jiran di sebelah rumah dan rukun tetangga yang lain? Pembangunan pesat bandar-bandar di Malaysia telah melebarkan kawasan penempatan. Kemungkinan 15 tahun yang akan datang penduduk di bandar akan meningkat lebih banyak kesan daripada dasar kerajaan yang hendak menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Perubahan ini sedang berlaku sedikit demi sedikit dari utara hingga ke selatan. Kawasan bandar ini telah mengubah corak tradisional masyarakat kampung kepada metropolitan yang memberi kesan terhadap pengaruh politik, pembangunan fizial dan pengenalan sosial. Contoh yang mudah ialah struktur rumah di bandar sangat berbeza dengan kampung iaitu pembinaan rumah sangat rapat dan tidak ada ruangan yang mencukupi untuk interaksi sosial di kalangan keluarga di luar rumah. Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak remaja secara amnya.
“Keperluan material yang ditumbuhkan setiap hari secara beransur-ansur semakin membesar menyebabkan manusia menjadi penyembah konsumsi”                                   (Ali Shariati, 1980)



Kedua adalah daripada aspek sikap yang tidak bertanggungjawab. Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya dekadensi atau kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab terhadap harta benda.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang guru mengabaikan sesi pengajarannya semata-mata kerana mahu minum di kedai yang terletak di luar sekolah. Guru ini telah meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa dengan ilmu pengetahuan yang amat dinanti-nantikan oleh murid-muridnya. Daripada aspek guru pelatih pula, guru pelatih tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah dan asyik berdolak-dalik apabila ditanya bila mahu menghantar tugasan. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih tersebut tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana hanya mahu berseronok dan lupa bahawa sebagai guru pelatih, tanggungjawab yang utama ialah belajar dan menyiapkan tugasan.
Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah. Gejala-gejala seperti menconteng kerusi dan meja, membuang sampah merata-rata, merosakkan telefon awam dan merosakkan apa sahaja yang berada di depan mata mereka sudah menjadi lumrah dalam masalah-masalah moral remaja sekolah.
Kesan sikap tidak bertanggungjawab ini terhadap penghayatan nilai murni dan amalan nilai moral adalah daripada segi individu itu sendiri. Individu yang tidak bertanggungjawab akan terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial jika tidak dibentuk dengan betul. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menghancurkan diri individu itu sendiri tanpa ada sebarang tolak ansur. Orang yang boleh mengubah situasi ini adalah individu itu sendiri namun sejauh mana keinginan individu itu untuk berubah ? jelaslah sudah bahawa sikap bertanggungjawab hanya akan membawa keburukan kepada individu.

Ketiga adalah kesan daripada aspek media massa. Media massa merupakan medium kepada akses ke dunia luar. Media massa melalui media cetak dan media elektronik memainkan peranan penting dalam menghubungkan individu ke dunia global. Pembentukan akhlak masyarakat menghadapi cabaran dari pengaruh media-massa yang memberi kesan negatif kepada akhlak masyarakat, khususnya golongan remaja. Dengan bermotifkan keuntungan, sesetengah media massa seolah-olah tidak menghiraukan langsung bahawa program-program, tulisan, rancangan-rancangan yang disajikan dan bahan-bahan yang dipaparkan kepada golongan massa membawa wujudnya sikap hedonisme, budaya permissive atau kebebasan yang bercanggah dengan agama dan budaya masyarakat.
Iklan-iklan yang disiarkan langsung tidak menggambarkan budaya masyarakat ketimuran tetapi lebih mempromosikan nilai hidup Barat yang serba bebas. Filem-filem yang ditayangkan ada kalanya lebih mempromosi budaya Barat dari mengangkat martabat akal, keilmuan dan kemanusiaan. Pengaruh media massa amat hebat sehingga banyak perlakuan golongan remaja dicorakkan oleh media massa. Budaya hip-hop, rock, punk dan lain-lain antara contoh budaya popular yang dipromosikan melalui media massa. Akibatnya golongan remaja hari semakin terhakis jati diri mereka, mengalami krisis identiti dan menjadi golongan peniru yang produktif.
Untuk membentuk masyarakat yang berakhlak, media massa haruslah berperanan bersama dengan pihak-pihak lain bagi membentuk memupuk dan mempromosikan nilai-nilai akhlak yang mulia. Pengamal media haruslah bersedia mengkritik dan mendedahkan setiap perlakuan yang menyimpang dari nilai-nilai keagamaan dan budaya masyarakat. Setiap paparan dan rancangan yang disiarkan haruslah mengambil kira kesannya kepada masyarakat sama ada jangka panjang atau pendek dan tidak hanya memikirkan keuntungan atau populariti. Mereka boleh mencontohi rancangan yang popular di Barat tetapi dalam masa yang sama ia harus bertunjangkan kepada nilai keagamaan dan budaya masyarakat negara ini serta diadun dengan kreativiti tinggi bagi menarik perhatian massa. Pihak yang berwajib hendaklah lebih tegas mengawal kemasukan dan penyebaran unsur-unsur lucah sama ada dalam bentuk CD, VCD dan lain-lain ke dalam pasaran terbuka atau gelap.
Keempat adalah kesan daripada aspek pembangunan negara dari sudut sosio-ekonomi. Tidak dinafikan pembangunan adalah sesuatu yang amat penting bagi mewujudkan masyarakat dan negara yang maju. Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari pembangunan yang pesat telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar.
Kesan positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya tetap ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam masyarakat. Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak hanya melihat pembangunan itu dari perspektif kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk memaksimakan keuntungan. Mereka yang didorong dengan motif mencari keuntungan tidak langsung peka kepada soal pembentukan akhlak masyarakat.. Apa tidaknya, peniaga yang dahagakan keuntungan yang berlipat kali ganda telah mengadaikan prinsip moral menjual VCD lucah dan membuka kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak secara berleluasa, wanita GRO dan tempat pengedaran pil ekstasi. Akibatnya, ia menjadi pusat keruntuhan akhlak. Ia telah meruntuhkan usaha-usaha pihak lain termasuk kerajaan untuk membina masyarakat yang berakhlak mulia.

Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep pembangunan Islam yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material. Pembangunan harus berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia sampai ke tingkat yang setinggi-tingginya dalam semua dimensi. Aspek-aspek moral dan material, ekonomi dan sosial serta spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Yang menjadi fokus utama dalam pembangunan adalah manusianya bukan hanya dinilai dari sudut peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebagai indikator pembangunan (Khurshid Ahmad, 1982). Melalui pendekatan pembangunan Islam yang holistik, berorientasikan nilai dan pelbagai dimensi itu diharapkan ia mampu membentuk akhlak masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut materialnya tetapi turut maju dalam aspek akhlaknya.
Kemajuan yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang tempang, yang akhirnya akan merosakkan kemajuan kebendaan. Penumpuan yang keterlaluan kepada aspek kebendaan hanya menjadikan manusia sebagai binatang ekonomi seperti mana yang wujud dalam kapitalisme. Ekonomisme merupakan dasar falsafah kapitalis Barat yang membawa manusia menyembah kebendaan.

 Kelima adalah kesan daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran utama penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Institusi kekeluargaan yang telah runtuh akan mendatangkan masalah yang besar kepada amalan nilai-nilai murni remaja kerana tidak ada orang yang akan memberitahu dan mengajar mereka apa yang baik dan apa yang buruk.
Umum mengetahui peranan pembentukan akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi keluarga. Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan peranan yang utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat sebenarnya adalah jelmaan dari set-set keluarga. Keruntuhan akhlak masyarakat Barat umpamanya berpunca dari runtuhnya institusi keluarga mereka yang telah gagal melahirkan manusia yang beradab. Hakikat ini dinyatakan oleh Ferdinand Lundberg apabila beliau membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga sekarang mendekati titik kemusnahan yang menyeluruh (Tofler, 1970).
Kalau di Barat institusi keluarga mereka sudah tidak dapat diharapkan lagi untuk melahirkan manusia yang berakhlak, bagaimana pula realiti institusi keluarga di negara ini?. Satu kesimpulan yang umum dapat dibuat ialah institusi keluarga di negara ini sedang bergerak mengikut trend di Barat. Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya kesan dari pembangunan kebendaan dan pengaruh globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup.
Justeru itu, mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan mempunyai sedikit masa dengan anak-anak. Anak-anak yang terabai ini kemudiannya mencari keseronokan di luar rumah, lebih mendampingi rakan sebaya mereka lantas dipengaruhi oleh persekitarannya yang dominan dan akhirnya terjebak dalam krisis moral. Kadar penceraian yang semakin meningkat, bertambahnya kes-kes penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari rumah, penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat. Kesemua gejala tersebut adalah di antara indikator-indikator berlakunya keruntuhan dalam institusi keluarga di negara ini. Rumah tangga sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi keluarga untuk menikmati kebahagiaan dan kedamaian hidup. Rumah tangga tidak lagi menjadi ‘syurga’ tetapi ‘neraka’ yang akhirnya melahirkan gejala sosial yang telah disebutkan.
Keharmonian rumah tangga terletak di atas tanggungjawab kaum lelaki, tetapi malangnya kaum lelaki yang sepatutnya berperanan sebagai ketua rumah tangga sedang mengalami krisis kredibiliti, ramai yang dirosakkan oleh najis dadah, suka berfoya-foya, kaki pukul dan dilanda dengan krisis moral yang lain. Apakah lelaki begini mampu mengetuai sebuah rumah tangga yang berperanan sebagai bapa dan suami bagi mendidik anak dan isterinya menjadi seorang yang berakhlak? Bagi melahirkan generasi yang berakhlak, peranan institusi keluarga amat penting ke arah mencapai matlamat tersebut. Institusi keluarga perlu diperkasa semula melalui pelbagai strategi sama ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial.
Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah tangga. Di Malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak ada satu pun pusat latihan yang khusus ditubuhkan untuk memberi latihan bagi memperkasa pengurusan rumah tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan rumah tangga atau sudah berumahtangga. Latihan ini amat penting dilakukan bagi menyediakan suasana rumah tangga yang mampu membentuk keperibadian manusia unggul.


Golongan wanita juga perlu membuat muhasabah peranan mereka yang utama pada hari ini sama ada untuk berpartisipasi secara aktif dalam kegiatan luar rumah dengan mengabaikan tanggungjawab asasi mereka sebagai ibu dan isteri atau mengutamakan kedua-duanya atau menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga bagi mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Apa pun zamannya, golongan wanita tidak boleh melupakan hakikat bahawa mereka adalah mahaguru pertama kepada anak-anaknya. Tanggungjawab mereka yang asasi adalah membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.


3.0 Penutup
            Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita jangan alpa tentang peri pentingnya peranan dan pemupukan nilai akhlak dalam masyarakat. Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan penting melahirkan manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta berperanan mencetus kemajuan. Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda nasional dan perlu kesepaduan usaha dari semua pihak. Untuk membina masyarakat yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak. Kita harus mengingati selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang berkata; "Sesungguhnya bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".






Bibliografi
1.    Ali Shariati, 1980. Marxism and other Western Fallacies. Berkeley: Mizan Press.
2.    Khurshid Ahmad, 1982. “Islam and the chellenge of economic development” dalam Islam in transition, Muslim perspectives (ed) John. J. Donohue dan John L. Esposito. New York: Oxford University Press.
3.    Muqdad Yaljan. 1986. Peranan pendidikan akhlak Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
4.    Hasan Mohd Ali (2000). Mendidik Anak-Anak, Kuala Lumpur: Sabha DTP Services Sdn Bhd
5.    Abdul Rahim M.Ali (2001).  Ilmu Pendidikan DPM, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
6.    Peters, P. (1987). Moral development and moral education. London: Allen &
Kegan Paul.
7.    Tam, Y.K. (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan pedagogi Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar KPLI, LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
8.    Musgrave, 1978 The Moral Curriculum : A Sociological Analysis

           


                            


Tugasan KKP EDU 3107


atas sebab-sebab kerahsiaan, bahagian i,ii & iii terpaksa tidak didedahkan untuk menjaga nama baik subjek kajian...harap maklum...

langkah menangani tingkah laku yang dikenalpasti.

            Sebagai guru, saya sememangnya mahukan semua murid saya memahami apa yang saya ajari dan saya mahu semua murid saya mendapat ilmu daripada setiap sesi pengajaran yang saya lakukan. Oleh itu, saya telah merangka beberapa strategi untuk membantu murid ini seberapa daya yang saya mampu lakukan.     
            Langkah yang pertama ialah menggunakan kontrak lisan sebagaimana yang terdapat dalam teknik modifikasi tingkah laku (teori behavioris) . Menurut Duke         (1980), menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai “ the potential influence of student’s free will “. Dengan menggunakan cara ini, murid akan diberi kontrak yang menyatakan bahawa dia tidak akan bermain sehingga lewat malam dan tidur sebelum pukul 10 malam.
            Langkah yang kedua ialah menyuruh murid ini meniru perlakuan abangnya yang tidur awal pada setiap hari untuk bersedia ke kelas pada keesokan harinya. Langkah ini terdapat dalam teknik modifikasi tingkah laku iaitu teknik modelling yang diubahsuai daripada teori pemodelan bandura (1963). Adalah diharap bahawa murid ini dapat memberikan tindak balas yang positif kepada teknik ini kerana orang yang menjadi model ialah abangnya sendiri dan orang yang rapat dengannya.
            Langkah yang ketiga ialah dengan meletakkan murid ini di tempat duduk guru semasa sesi P&P berlansung. Murid ini juga akan diberikan perhatian yang khas semasa sesi P&P berlansung. Ini kerana murid ini boleh mengganggu rakannya jika tidak diberikan perhatian. Semasa sesi P&P berlansung juga, saya akan cuba untuk mengambil sedikit masa untuk memberi fokus sepenuhnya kepada murid ini. Selalunya saya akan menggunakan masa murid-murid lain melakukan lembaran kerja untuk saya memberi perhatian khusus kepada murid ini kerana saya mahu murid ini memahami apa yang saya ajar kepada murid-murid lain sekurang-kurangnya konsep sesuatu tajuk tersebut. Ini adalah kerana mengikut Rabven          (1977), apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang terlintas dalam fikiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi saya untuk memastikan murid ini mendapat tumpuan yang sepatutnya bagi mengelakkan murid ini tercicir daripada sesi P&P dan menganggu sesi P&P dengan menganggu rakan-rakannya yang lain.
            Langkah yang keempat ialah menggunakan teknik peneguhan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner. Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh menjadi dalam bentuk berupa peneguhan positif dan negatif. Strategi yang saya akan gunakan adalah cara yang mudah dan senang untuk saya uruskan. Menggunakan peneguhan positif, saya akan menggunakan kaedah ganjaran terhadap setiap perlakuan yang baik yang ditunjukkan oleh murid ini. Ganjaran adalah dalam bentuk hadiah maujud atau pujian. Untuk peneguhan negatif pula, saya akan menggunakan teknik hukuman yang bukan dalam bentuk yang menyakitkan dan menyukarkan murid ini. sebaliknya, saya akan menggunakan hukuman yang akan membantu murid ini di dalam pelajarannya.
            Saya berharap agar strategi-strategi yang telah saya rancang ini akan berjaya mencapai objektifnya untuk membantu murid ini di dalam kelas. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan murid ini memahami sekurang-kurangnya konsep nilai yang cuba saya ajarkan kerana saya mahu mendukung aspirasi negara untuk menghasilkan anak bangsa yang mampu memimpin negara pada suatu hari nanti.


 Bahagian iv : Cadangan / Rumusan
            Untuk mengutarakan cadangan bagi membantu murid ini, terlebih dahulu hendaklah difahami bahawa murid ini adalah murid yang disahkan OKU – Disleksia dan sebarang bentuk cadangan untuk membantu murid ini adalah hendaklah mengikut kemampuan guru yang mengajarnya kerana murid ini sepatutnya ditempatkan di sekolah khas namun atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, murid ini terpaksa meneruskan pelajarannya di sekolah arus perdana biasa. Bagi membantu murid ini, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan oleh guru yang mengajar dan pentadbir sekolah.
            Cara yang pertama adalah tanggungjawab pihak sekolah terutamanya pentadbir sekolah melalui cara menghantar murid ini ke sekolah khas sekurang-kurangnya 2 kali sebulan bagi membolehkan murid ini mengikuti sesi P&P khas yang dikendalikan oleh guru yang benar-benar berkelayakan dalam bidang tersebut. Cara ini disebut Program Berasingan Di Sekolah Khas (Jasma & French, 1994). Dengan program ini, murid ini akan dapat belajar dalam kategori yang sama dengan masalahnya dan ini akan membantu murid ini memperkembangkan kemahiran motor dan inteleknya.
            Cara yang kedua adalah melalui kemahiran menggambar sebagaimana yang dinyatakan oleh Ruzitah Tapah & Mazlan Othman (2004) dalam bukunya Pendidikan Seni Visual dan juga mengikut pandangan Rahmat Salihon. (2004 ) dalam bukunya Pendidikan Seni Visual. Di dalam kemahiran ini, terdapat 8 aktiviti dan kemahiran yang boleh digunakan di dalam kelas seperti lukisan, catan, gurisan, kolaj, mozek, stensil, gosokan dan cetakan. Namun, aktiviti yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan kemahiran guru dan kemudahan yang ada. Dalam kes murid ini, aktiviti yang paling sesuai adalah lukisan, catan, gurisan, kolaj dan gosokan. Aktiviti-aktiviti dan kemahiran ini hendaklah mengikut prinsip-prinsip asas pendidikan seni iaitu :
(a) Stimuli atau rangsangan
(b) Fantasi atau imaginasi
(c) Nilai aktiviti bermain sambil belajar
(d) Nilai aktiviti psikomotor
(e) Nilai trapeutik
(f) Seni sebagai komunikasi tampak
Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas biasa bagi memastikan murid seperti murid ini tidak menganggu rakan-rakan yang lain untuk belajar di dalam kelas dan dalam masa yang sama,untuk mengasah kemahiran motor murid. Selain itu, aktiviti ini akan memberi peluang murid ini meneroka sendiri melalui luahan perasaan yang dihasilkan sendiri oleh murid ini.
            Secara rumusannya, murid ini boleh dibantu melalui cara dan pendekatan yang betul dan komprehensif walaupun berada di sekolah aliran perdana. Meskipun murid ini disahkan disleksia, namun masih ada beberapa langkah yang boleh dibuat untuk membantu sekurang-kurangnya membentuk kemahiran motor dan intelek murid ini di paras yang minimum. Guru hendaklah pandai menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk mencorakkan P&P dan memastikan murid ini tidak terabai daripada sesi P&P hanya kerana murid ini adalah murid OKU. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Setiap murid adalah permata negara dan guru adalah insan penting bagi memastikan setiap permata negara adalah permata yang bersinar dan akan menyumbang kepada negara pada suatu hari kelak.

Nota Ringkas EDU 3107



# BAB 1 – PENGENALAN KAUNSELING
Definisi kaunseling.
Satu perbincangan antara kaunselor terlatih dgn individu atau kelompok kecil yg mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan,bersama-sama memikirkan dan meneliti bbrp alternatif utk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yg dipilih.”
Perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi.
(1)Kaunseling – lebih menumpukan perhatian
kpd membantu individu mengatasi
kebuntuan,kekusutan fikiran utk meneruskan
kehidupan yg lebih tenteram.
(2)Psikoterapi – lebih memberi penekanan
kpd pemulihan ‘penyakit mental’.
Matlamat kaunseling
(1)Mengubah tingkah laku kpd kehidupan
yg lebih produktif/memuaskan.
(2)Memulakan dan meneruskan hubungan
positif.
(3)Mengurus kendiri dgn efaktif apb dlm kesulitan
 (4)Membuat keputusan Rasional.
 (5) Bantu Klien Berkembang secara positif
dan mencapai potensi/minat.
Peranan Kaunselor ( Aspek tempat dan situasi)
(1) Sekolah – membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya yg sesuai utk mereka.
(2) Penjara – Membantu pemulihan ahli dan proses mengintegrasikan mrk semula dgn masyarakat.
(3) Hospital – membantu keluarga yg kehilangan ahlinya menghadapi dan menerima kehilangan.
(4) Pejabat Agama Islam – membantu suami isteri yg mengalami masalah r.tangga.
(5) Pejabat Kerajaan – Membantu pekerja yg stress atau menghadapi masalah burn out.
(6) Gereja – membantu mrk yg menghadapi masalah peribadi spt masalah dgn ibu bapa.
Peranan Kaunselor (Aspek Individu)
(1) Kesihatan fizikal – bantu individu jaga
kesihatan.amalkan tabiat yg positif.
mengamalkan gaya hidup yg sihat.
(2) Keperluan sosial – hubungan
keluarga,persekitaran tempat
kerja,persahabatan dan kegiatan lain yg
menghubungkan individu tersebut dgn orang
lain.
(3) Kesihatan mental – kaunselor perlu
rangsang pemikiran klien spy lebih kreatif dlm
menyelesaikan masalah.
(4) Keperluan emosi – tingkatkan
kesejahteraan emosi klien spy ia dpt
menyatakan masalah dan perasaannya
terhadap kehidupannya.
(5) Keperluan kerohanian – perlu krn skrg
manusia bertindak berlandaskan sesuatu
kepercayaan dan ajaran agamanya.
Ciri-ciri Kaunselor.
Percaya Klien unik dan berharga
Percaya Klien boleh berubah
Faham bagmna indiv efektif berfungsi
Ada  pengetahuan untuk membantu
Ada  kesanggupan Melibat diri
Mengenali diri sendiri
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
(1) Pengajaran dan latihan – menyebarkan maklumat dan melatih kemahiran. Cth ceramah AIDS
(2) Kaunseling – membantu mencapai penyelesaian klien. Cth Pemulihan Dadah
(3) Pengambilan ujian – ujian IQ (kecerdasan),ujian EQ (ujian emosi dan ujian personaliti)
Kaunseling kelompok.
Antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan memfasiliti perubahan tingkah laku individu.
Jenis-jenis kelompok.
(1) Kelompok Bimbingan.Contoh-contoh
tajuk yg diperbincangkan: masalah social
(bahaya dadah);pengurusan masa.;kemahiran
belajar;pemilihan kerjaya.;persediaan
peperiksaan.













































 (2) Kelompok Kaunselinglima hingga sepuluh orang.Berbincang sesama ahli dgn penyeliaan kaunselor.
(3) Kelompok lain – kelompok terapi,kelompok sensitivity,kelompok – T.
Kelebihan Kaunseling Kelompok.
(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yg sama secara kelompok.
(2) Berkaitan dgn jenis masalah yg dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.
(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru dlm keadaan selamat dgn sokongan ahli-ahli lain.
(4) Klien akan merasa kurang tertekan apb mengetahui org lain juga mempunyai masalah yg sama.
Unsur-unsur terapeutik dlm kaunseling kelompok.
(1) memberi harapan kpd klien. (2) perasaan selamat dan mendapat sokongan. (3) kesatuan antara ahli-ahli. (4)mempelajari sesuatu dari ahli lain.(5) pembelajaran interpersonal (perorangan)
Prinsip Kerahsiaan dlm Kaunseling.
(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad.Dlm situasi tertentu boleh dedahkan. (2) Kerahsiaan dipelihara sekiranya tdk menggugat hak individu lain atau org ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yg tlh diketahui umum - kaunselor tdk terikat dgn kerahsiaan lagi.
Kepentingan Kerahsiaan
(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan
(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan
Situasi pengecualian kerahsiaan.
(1) Klien membahayakan diri dan org lain.
(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.
(3)Mahkamah meminta maklumat didedahkan.
(4)Kaunselor mencurigai klien spt ada penderaan berlaku
BAB 2 – PROSES KAUNSELING
Tahap Kaunseling.
(1) Tahap membina hubungan- tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama.
(1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
(2) Menentukan matlamat awal kaunseling.
(3) Menstruktur hubungan.;kefahaman ttg proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor dan matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.(4) Membina kepercayaan.
(2) Tahap penerokaan – tahap memahami bgmn klien mempersepsikan masalahnya.                                  
(1) Meneroka Skop masalah.
(2) Analisis aras perkongsian klien.
(3) Analisis Pola sejarah klien- Adakah pernah alami; Adakah resolusi sama.
(4) Mengenalpasti kekuatan dalaman klien
(3) Tahap membuat keputusan – thp
membentuk satu matlamat utk klien.Strategi
dan arah mana nak bawa klien. Persetujuan;
(1) matlamat mesti dipersetujui bersama (2)
setuju dgn pendekatan dan strategi diguna.
(4) Tahap pelaksanaan- thp di mana
kaunselor berusaha menurunkan aras
kerisauan klien, atau menyelesaikan
masalahnya. Faktor yg mempengaruhi
keberkesanan kaunseling: (1) Pengaruh org yg
terdekat cth ; suami (2) Sumber bantuan lain
cth: kebajikan masyarakat 
(3) Penyediaan risalah –Maklumat AIDS
(5) Tahap menamatkan sesi kaunseling- thp
kaunselor membuat rumusan apa yg tlh
berlaku dlm sesi kaunseling dan
kesannya.Tiga perkara yg mesti dicapai:
(1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kpd tiga kesan-kesannya.2) Isu-isu yg mesti diselesaikan pd masa ini hendaklah dikemukakan.
(3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling.



Klien yang enggan bekerjasama.(Dirujuk kpd kaunselor tanpa kerelaan mereka)
(1) Klien yang degil dan tidak komited.
Sebab-sebab klien degil tapi komited dan tidak mahu membuat perubahan ialah kemungkinan klien:
-takut utk mengetahui diri dgn mendalam dan mengetahui kelemahan dan keburukan diri sendiri.
-Takut utk membuat perubahan.Sesuatu yg diketahui adalah selesa dan selamat dr sesuatu yg -tdk diketahui yg mungkin akan menggugat rasa selamat.
-Takut atau tidak tahu bgmn hendak meluahkan perasaan.
-Tdk memahami proses kaunseling dan tidak tahu apa yg akan berlaku kalau melaluinya.
(2) Klien yg degil tapi komited.
-datang dgn sukarela.
-Sanggup membina hubungan dgn kaunselornya.
-Melibatkan secara aktif dlm proses kaunseling.
-Tetapi tdkmahu mengubah perasaannya,pemikirannya dan kelakuannya yg bermasalah.
Menghadapi klien yg degil.
(1)Elak reaksi negetif.- elak perbuatan yg blh timbulkan kemarahan klien (2)Terima klien.- hormati (3) Sikap tdk putus asa- bersabar (4) Fahami punca kedegilan. (5) Atasi kedegilan dgn positif – beri jalan yg membina/menolong
Mencari maklumat tentang klien.
(1) Mengenali klien sendiri sblm menjadi klien.
(2) Mendapat maklumat dr org terdekat dan yg mengenali klien.
(3) Menyelidik latar belakang klien dgn borang-borang.
(4) Membuat pemerhatian sendiri ke atas klien.
(5)Membuat pemerhatian ke atas apa yg diceritakan dan pergerakan badan klien
Bab 3- Kemahiran Berkomunikasi
Mempelajari kemahiran kaunseling.
(1) kaunselor baca buku-buku.(2)Mendengar
kuliah.(3)Menghadiri seminar-seminar.
(4)Berbincang dgn kaunselor atau org lain yg
berminat.(5)Melihat demontrasi bagaimana
pendekatan-pendekatan kaunseling digunakan.
(6) Melakonkan gerak geri kaunselor yg dilihat atau dirakam.
Persediaan awal Kaunselor
(1) memastikan persekitaran perjumpaan;
(selesa dan selamat./perbualan tidak boleh
didengari oleh orang lain./Tidak ada gangguan
manusia atau benda./Memberi ketenangan.)
(2) pengambilan klien. (mengetahui latar belakang klien./ Membuat kaji selidik untuk mengetahui klien.)
Temu bual Kaunseling Pertama. (Ada FASA)
(1) Fasa memulakan sesi.( berbual ringan utk
bbrp minit sehingga klien rasa selesa.-
Menetapkan dgn persetujuan klien brp lama sesi
itu - Memastikan klien tahu dia boleh meluahkan
masalahnya dgn selamat.)
(2) Fasa menstruktur sesi.( peranan masing2.-
matlamat kaunseling.- Kerahsiaan antara
kaunselor dan klien.)
(3) Fasa menerangkan matlamat sesi.
(4) Fasa menamatkan sesi. (dgn membuat
keputusan utk meneruskan proses kaunseling atau
tdk.Jika ya,adakah utk merujuk klien ke agensi lain
atau tdk.Jika tdk,mengatur temujanji utk sesi
seterusnya).
(5) Fasa membuat rujukan.
Jenis-jenis tingkah laku bukan lisan.
(1) Anggota badan Cth: mata yang selalu pandang ke bawah mungkin menunjukkan klien tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
(2) Nada suara Cth: suara yang tinggi dalam percakapan mungkin menunjukkan klien sedang mengalami tekanan seperti marah atau kerisauan yang amat sangat.
(3) Persekitaran Cth: kedudukan klien yang jauh dari kaunselor dan mengundur apabila kaunselor mendekatinya mungkin menunjukkan klien masih belum bersedia untuk menaruh harapan atau kepercayaan kepada kaunselor.






Tingkah laku bukan lisan seorang kaunselor dan ertinya:
(1) Tumpuan mata.- Tumpuan mata yg
bersahaja akan memberi erti yg kaunselor
memang ambil berat apa yg hendak
diperkatakan klien.
(2) Postur terbuka. - Kaunselor x blh duduk
dgn tgn. atau kaki bersilang yg memberi erti
dia tdk bersedia mendgr klien.Postur terbuka
akan meyakinkan klien yg kaunselor sdg
menumpu perhatian.
(3) Menghadap klien.- Kaunselor perlu hadap
klien tanpa sebarang sekatan objek.Ini akan
memberi erti yg kaunselor melibatkan diri dlm
perbincgn antara mereka.
(4) Condong ke hadapan. - Menunjukkan
minat kaunselor kpd apa yg hendak dibincang
oleh klien.
(5) Dlm keadaan rilek. - Raut wajah kaunselor
mesti dlm keadaan tenang dan selesa.Nada
suara sederhana.Suara lembut.Keadaan
tenang kaunselor akan meyakinkan klien dan
ia akan merasa selesa.
Kemahiran Komunikasi
(1) Soalan terbuka.- Kaunselor perlu tahu bila
serta byk mana hendak guna soalan terbuka.
Jika digunakan pd masa yg sesuai akan
menggalakkan klien bercerita.Terlalu byk
soalan terbuka akan membosankan klien.
(2) Senyap.- Kaunselor perlu senyap spy klien
dpt merefleksi ceritanya atau menggalakkan
klien berckp.Terlalu lama senyap buat klien
rasa tk selesa dn kaunselor tk tumpu
perhatian.
(3) Mendengar. - Kaunselor perlu dgr dgn teliti
apa yg dikatakan klien utk beri respon.Dia
perlu ‘mendengar’ disebalik apa yg
diperkatakan juga utk mengetahui maksud
sebenar apa yg diperkatakan klien.
(4) Penyataan semula.- Kaunselor
menyatakan semula dgn perkataan sendiri
kenyataan klien utk memastikan persepsinya
adalah betul.
(5) Merefleksi perasaan. - Penekanan kpd
perasaan yg dialami oleh klien akan
menunjukkan yg kaunselor menerima dan
memahami apa yg klien rasa.
(6) Meringkaskan isu. - Ringkaskan semua
isu yg penting dan masalah yg boleh
merangkumi bbrp sesi.
(7) Meringkaskan perasaan. - Ringkaskan
perasaan klien mengenai isu-isu pening dan
masalah yg dihadapi dpt membantu kaunselor
menunjukkan pemahaman kaunselor dan
membolehkan kaunselor memberi respon yg
betul secara empatik.
Bab 4: Kemahiran Peranan
Peranan Penumpuan : Beri sepenuh perhatian pd klien dan tunjuk pemahaman tanpa prasangka dari segi suara, fizikal, mental dan perasaan.
Jenis-Jenis Respon Penumpuan
(1) Respon mudah; galak klien teruskan cerita spt ya, mm, oo atau anguk2 kepala.
(2) Refleksi kandungan dan perasaan ; memahami perasaan dari cerita klien spt sedih, marah, suka.
(3) Penekanan; merangsang klien jelaskan fakta penting dalam cerita spt, minta klien ulang yg disebut.
(4) Parafrasa; menunjukkan kaunselor faham masalah klien spt sebut semula ayat klien dgn perkataan sendiri.
Aras respon penumpuan
(1) Peranan tidak berkesan ; tunjuk sikap kurang minat, acuh tak acuh.
(2) Peranan sederhana ; beri perhatian pd sebahagian cerita klien.
(3) Peranan yg baik ; tunjuk minat pd cerita klien dan ceritakan semula dengan ayat sendiri.
(4) Peranan berkesan ; tunjuk minat yang tinggi cerita klien, terjemah cerita dengan betul dan beri respon.
Peranan Penjelasan: permintaan kaunselor kpd klien  menjelaskan suatu fakta yg tidak difahami.







Jenis respon penumpuan
(1) Menyemak Persepsi ; semak ketepatan persepsi pada cerita klien spt ‘tadi ada jelaskan bahawa…’
(2) penjelasan alternatif ; kaunselor tak pasti alternatif mana jadi pilihan klien spt ‘ adakah ini yg lebih penting..’
(3) Minta penjelasan lankut ; kaunselor minta klien buat penjelasn spt ‘ cuba jelaskan maksud saudara…’
Aras respon penjelasan
(1) Peranan kurang berkesan;  tidak berminat berminat dan bersifat menghukum spt ‘anda memang bodoh’
(2) Peranan sederhana ; memberi penjelasan sebahagian mesej klien tidak sepenuh hati.
(3) Peranan yg baik ; pamer minat tinggi, fokus cerita klien dari aspek kandungan dan perasaan serta jelaskan kekeliruan.
(4) Peranan paling baik ; memahami dan mjelaskan cerita klien, bantu klien lihat isu dgn jelas, tidak menghukum dan tunjuk minat.
Peranan Menyokong:  percaya bahawa klien
ada potensi untuk menyelesaikan masalah
dan galakkannya untuk mencari alternatif
penyelesaian mengikut tahap2 kaunseling.
Jenis respon sokongan
(1) Menghargai ; rasa hormat tanpa bersyarat, spt ‘anda memang pandai mengatasi masalah ini dgn baik’
(2) Penerimaan ; bantu klien berfikiran positif pd diri, spt ‘ anda memang boleh lakukannya’
(3) Ambil hati ; tunjuk ambil berat dan beri sokongan pd klien, spt ‘teruk sungguh pengalaman anda ya’4) Ketenangan ; bantu atasi ketegangan, kerisauan dan bantu kawal emosi klien spt ‘tarik nafas pjg’.
Aras respon menyokong
(1) Tidak berperanan dgn baik ; tidak beri keyakinan, tidak ikhlas, nada suara hambar.
(2) Peranan sedrhana ; sokongan diberi dgn bersahaja, tidak serius.(3) Peranan Baik; beri respon, sokongan pada situasi yg sesuai dlm proses kaunseling.(4) Peranan paling baik ; nada suara sesuai, pilihan kata2 menyokong, respon sesuai.
Bab 5: Teori Kaunseling Behaviorisme
Fungsi Teori :
(1) Menjelaskan suatu kejadian setelah membuat pemerhatian(2) Menguasai keadaan tertentu (3) Buat ramalan
Kepentingan Teori:
(1) Beri erti , keyakinan dan halatuju kpd kaunselor.(2) Beri fokus kpd kaunselor apa yg hendak dilakukan pd klien(3) Sebagai panduan merancang dan buat persediaan dlm proses kaunseling.
Komponen Teori Kaunseling Behaviorisme
(1) Komponen pertama : dpetik dari pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov (2) Komponen kedua ; pelaziman operan oleh BF Skinner (Ganjaran dan dendaan)(3) Komponen ketiga ; terapi tingkah laku kognitif (tingkah laku dan cara berfikir)
Teori Personaliti Behaviorisme: (konsepnya)
(1) Personaliti disebabkan perkembangan TL bukan disebabkan proses mantel.
(2) Personaliti ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman
(3) Perbezaan personaliti disebabkan perbezaan pengalaman
(4) Hubungan minda-jasad, jasad roh tiada kesahihan saintifik, hanya boleh diramal.
(5) Personaliti mempunyai batasan genetik yg tidak boleh diubah ttp persekitaran dan rangsangan dalaman mainkan peranan dlm membentuk personaliti.
Teori Personaliti berdasarkan prinsip skinner
(1) Buat ramalan situasi utk kuasai TL individu. (2) Tiada TL bersahaja, semuanya dipengaruhi persekitaran.
(3) Personaliti terbentuk dengan peneguhan (4) TL boleh diubah dgn melemah peneguhan (proses pelupusan)
(5) Personaliti boleh ditiru melalui role play (tiru idola / main peranan)



Strategi membantu Klien
(1) Role Play: Lakonan dengan bimbingan kaunselor Cth: murid malu-kaunselor boleh ajar cara beri pendapat.
Ada hadnya:(a) Bergantung pd kemahiran dan kesungguhan kaunselor.
(b) Kehendak klien sendiri utk mengalami, mendengar, merasakan TL baru.
Faedah:(a) Strategi melatih perlakuan yg sukar dilakukan oleh individu.
(b) Teknik meluaskan kesedaran klien
(c) Melakukan TL yg sukar dengan selamat dan terpimpin.
(2) Latihan Asertif: Teknik meningkatkan keyakinan diri
Kaedah:(a) role play dan lakonan situasi (pasif, agresif, asertif) yg biasa klien buat.
(b) teroka dan takrifkan masalah.
c) role play yg ditetapkan (baru/positif) berulang kali depan kaunselor
(d) laksanakan TL asertif positif berperingkat dalam realiti
(3) Token Ekonomi (hadiah): Beri hadiah material bernilai utk peneguhan TL bersesuaian.
Kaedah:a) Minta bantuan (guru, ibu bapa), jelaskan, buat komitmen matlamat Token Ekonomi.
b) Pilih TL yg mudah diberi peneguhan dari mereka (guru, ibu bapa).
(c) Agihkan Token serta merta, adil dan konsisten.
(d) Token yg diagih masih mempunyai nilai peneguhan.
(e) TL yg diubah adalah juga TL dikehendaki di luar sekolah/rumah.
(4) Pengurusan, Pemantauan, Peneguhan Kendiri: Klien bekerjasama secara aktif dlm proses kaunseling.
Ciri2                (a) Klien berperanan aktif dlm setiap fasa kaunseling.
(b) Klien beri idea ikut arahan kaunselor yg bina langkah tntu utk membantu.
(c) Proses pemikiranklien diberi tumpuan.
(d) Klien dijangka berusaha berubah.
(e) Klien belajar peneguhan kendiri.
(f) Klien dipanggil utk memantau, mencatit, memberi peneguhan kendiri dan buat penjelasan.
(g) Kaunselor berperanan sebagai mentor dan bukan pakar.
Kaedah:(a) Takrifkan masalah & tentukan matlamat (penting, realistik, difahami, blh diukur)
(b) Urus & pantau TL sasaran (rekodkan TL dgn alat yg sesuai; jam, alat perakam, kertas, pen)
(c) Perubahan suasana persekitaran (elak wujud suasana yg x dikehendaki) & ambil langkah sesuai (sedarkan apa yg sedang dilakukan, Mudahkan TL +ve, hadkan rangsangan tidak dikehendaki)
(d) Beri Peneguhan sesuai & Tentukan akibat yg bermakna (jangka pendek/panjang)
Bab 6: Kaunseling Pemusatan Insan
Pandangan Rogers: Manusia adalah positif dan bergerak kehadapan utk capai potensi diri yg cemerlang.
Konsep utama:
(1) Fenomenologi: ( individu bertindak ikut pandangannya sendiri )
(2) Konsep Mengetahui:
(a) Subjektif ; pengetahuan / maklumat utk rujukan diri sendiri.
(b) objektif; pengetahuan / maklumat yg diketahui dan telah disahkan oleh orang lain .
(c) interpersonal; pengetahuan luar dari sikap empati.
(3) Struktur personaliti:
(a) Organisme ; Pusat segala pengalaman.
(b) Kendiri ; (gabungan pengalaman dan persepsi ) konsep kendiri yg diingini.
(4) Proses perkembangan personaliti: Individu cenderung berkembang kepada kesempurnaan kendiri.
(5) Kecelaruan Psikologi: individu menjadi terbuka kepada pengalaman yg tidak defensive.
Konsep Kendiri Dlm Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Konsep keseluruhan persepsi, tersusun dan konsisten mewakili ciri individu dan hubungannya dgn org lain.
(2) Kendiri idaman melibatkan persepsi dan makna
berkaitan dgn kendiri yg dihargai individu , org yg
signifikan dan masyarakat.
(3) Kendiri sebenar adalah kendiri yg tidak berpura2

Sikap Kaunselor dalam Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Kongruen atau keikhlasan ; kaunselor tunjuk sifat sebenrnya (tidak berpura2)
(2) penerimaan tanpa syarat ; anggap manusia dgn positif, boleh berubah.
(3) empati; pemahaman tepat dan empatik pada keadaan klien disebabkan pengalamannya

Kemahiran Asas Kaunseling Pemusatan Insan
(1) Soalan terbuka/tertutup ; Galak klien beri maklumat
(2) Dorongan minima ; Dorongan spt angukkan yg menunjukkan kaunselor faham cerita klien
(3) Prafrasa ; Ceritakan semula cerita klien dgn perkataan sendiri utk tunjuk pemahaman.
(4) Rumusan ; Marangkumkan maklumat yang berkenaan sebelum merespon.
(5) Refleksi Perasaan ; Merasai perasan klien utk galakan ia meluahkan perasaan.
(6)Konfron/mencabar; Teknik supaya klien melihat diri yg sebenarnya bukan hanya pada perkara yg baik sja.
(7) Memfokus ; Kaunselor beri tumpuan, tak berangan.
(8) Refleksi makna ; Keupayaan kaunselor memahami keseluruhan cerita termasuk perkara yg tidak diceritakan klien.