Soalan
1 : Isu moral peringkat tempatan dan global
Tajuk isu moral : Jenayah rogol
1.0 Pengenalan isu
Jenayah rogol pada hari
ini tidak lagi menjadi masalah kepada wanita, keluarga atau masyarakat sahaja
sebaliknya menjadi masalah negara. Kajian menunjukkan majoriti mangsa keganasan
seks adalah wanita dan kanak-kanak perempuan.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 36 hingga 62 peratus mangsa keganasan
seks ini terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 15 tahun. ( laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bertarikh 27/8/2007 )
Jenayah rogol berlaku di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, etnik, status ekonomi, agama dan kebudayaan. Kebanyakan keganasan seks dan fizikal serta penderaan psikologi dan emosi dilakukan secara tersembunyi dan terselindung daripada mata masyarakat. Ini menyebabkan kes-kes keganasan atau penderaan sukar dibuktikan di mahkamah.
Jenayah rogol berlaku di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, etnik, status ekonomi, agama dan kebudayaan. Kebanyakan keganasan seks dan fizikal serta penderaan psikologi dan emosi dilakukan secara tersembunyi dan terselindung daripada mata masyarakat. Ini menyebabkan kes-kes keganasan atau penderaan sukar dibuktikan di mahkamah.
Kajian
yang dikeluarkan oleh United Nations Office on Drugs and Crime,
Centre for International Crime Prevention pada tahun 2010 menunjukkan
Malaysia berada di tangga ke-38 di dunia dan ini adalah bersamaan dengan
0.0505156 untuk 1,000 penduduk Malaysia. Kajian oleh Jabatan Siasatan Jenayah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2008 menunjukkan bahawa pada
setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kes rogol dilaporkan di seluruh negara.
Namun, pada tahun 2010, jumlah itu bertambah kepada 8 kes sehari.
Apa
yang membimbangkan, jenayah rogol ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah
ianya adalah masalah moral di peringkat global. Di Amerika Syarikat contohnya,
pada tahun 2001, jenayah rogol di negara tersebut berada pada paras yang
tertinggi iaitu sebanyak lebih 15 ribu jenayah rogol dilaporkan pada tahun itu
sahaja. Penyelidikan yang
dilaksanakan oleh Cindy Struckman Johnson dan David Struckman Johnson daripada University of South Dakota
pada tahun 2004 telah mendapati bahawa 22-25 peratus banduan wanita
di Amerika Syarikat adalah mangsa serangan seksual, 10 peratus pernah dirogol,
dan 6 peratus pula mangsa rogol bergilir-gilir.
Banduan
wanita mudah diserang oleh pengawal-pengawal dan kakitangan-kakitangan penjara.
( Human Right Watch,2004 )
22-25
peratus banduan wanita di Amerika Syarikat adalah mangsa serangan seksual,
10 peratus pernah dirogol, dan 6 peratus pula mangsa rogol bergilir-gilir.
( Cindy Struckman Johnson & David
Struckman Johnson, 2004 )
Banyak
aspek yang perlu diberi perhatian bagi menyelidiki punca rogol. Dalam hal ini,
profail penjenayah mesti diselidiki supaya pihak berkuasa mendapat gambaran
lengkap mengenai watak dan jangkaan latar belakang perogol. Profail mangsa
rogol juga boleh menjadi data untuk analisis jenis perwatakan, umur dan tingkah
laku. Jenayah rogol ini perlu ditangani habis-habisan kerana ianya adalah
masalah moral yang boleh merosakkan moral remaja-remaja pada masa akan datang.
( Dr. Hj Zulfakar Bin Hj. Ramlee, 2002 ).
2.0 Faktor Penyebab
Jenayah rogol ini mungkin berlaku di
serata dunia dan mungkin berlaku dengan pelbagai cara namun apa yang pasti,
jenayah rogol ini berlaku dengan pelbagai sebab yang sama dan modus operandi
yang sama. Penjenayah yang melakukan jenayah rogol ini mungkin mempunyai
pelbagai sebab dan alasan kenapa mereka merogol namun, apa yang penting ialah
faktor penyebab yang utama berlakunya masalah rogol ini di peringkat tempatan
dan global.
Pertama,
jenayah rogol ini berlaku kerana sikap ingin tahu yang keterlaluan ( Dr.
Harlina Halizah Siraj, 2008 ). Lebih-lebih lagi apabila pakar psikologi
berpendapat, dorongan melakukan jenayah seks mungkin berasal daripada sikap
ingin tahu yang keterlaluan. Apabila desakan bagi mengetahui sesuatu, khususnya
berkaitan seks tidak dapat dipenuhi melalui saluran yang terkawal, mereka akan
mendapatkan maklumat-maklumat yang diingini daripada sumber-sumber lain.
Jenayah
rogol ini berlaku kerana sikap ingin tahu yang keterlaluan ( Dr. Harlina
Halizah Siraj, 2008 )
Sebaik sahaja mengetahuinya,
mereka mahukan lebih banyak sehingga ke peringkat mereka mula berfantasi
melakukannya. Akibat kerap berfantasi, keinginan untuk mencuba akan meningkat.
Ada kalanya mereka berfantasi bukan kerana dorongan ingin tahu yang keterlaluan,
tetapi disebabkan ‘ketidakpuasan seks’ yang dialami ataupun keinginan mencuba
perkara yang luar biasa. Walaupun apa yang dinyatakan oleh pakar-pakar
psikologi ini tidak berdasarkan kebenaran yang mutlak dan petunjuk-petunjuk
yang tidak dapat dikesan secara langsung melalui pemerhatian orang awam, namun
ia dapat dijadikan sumber bagi mengesan unsur-unsur yang mendorong perlakuan
jenayah seks dan tindakan kejam khususnya di kalangan golongan muda dan remaja.
Kedua, kebanjiran
bahan-bahan lucah dan pornografi yang mudah didapati dengan mudah ( kajian
karsmini, 1987 ). Kebanjiran bahan-bahan erotik
dan keganasan seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya daripada internet,
cakera padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks
terutamanya remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi.
Ia mudah merangsang
golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran yang belum matang walaupun
fizikal mereka sudah mencapai tahap baligh. Selain itu, kajian menunjukkan,
secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen.
Oleh itu, maklumat yang diterima oleh deria mereka akan diingati oleh mereka. Remaja
akan terpengaruh apabila mereka kerap didedahkan dengan bahan-bahan yang kurang
sihat itu. Menerusi pembacaan yang tidak terkawal, mereka akan berimaginasi
sendiri dan membangkitkan rasa ingin mencuba. Dalam kes ini, remaja yang sering
menonton bahan-bahan lucah dan erotik bagi mendapat kepuasan akan belajar daripada
keadaan itu dan mencubanya bagi mencapai kepuasan. Di samping itu, ia juga
dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial di mana tingkah laku dipelajari
melalui pemerhatian dan peniruan serta melibatkan “role- model” terutamanya di
dalam VCD lucah ataupun artis-artis popular.
Ketiga, kurangnya amalan
agama. ( Michelle, Thomas & Sinyangwe, 1987 ). Kurang
didikan agama dan moral di kalangan ibu bapa mahupun anak-anak serta pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan juga menjadi punca kes-kes jenayah seksual seperti
rogol berleluasa. Ibu bapa memandang ringan tentang keperluan untuk mendidik
anak-anak mereka. Walhal kajian Michelle, Thomas dan Sinyangwe (1989)
mendapati, ajaran agama dapat menjadi pelita ataupun regangan moral dalam diri
remaja supaya mereka dapat berfikir sebelum melakukan perkara tidak bermoral.
Didikan agama yang kurang ditegaskan dalam diri murid atau remaja akan
menyebabkan mereka semakin hanyut dengan masalah ini. Didikan agama yang kurang
dalam diri remaja akan membuatkan mereka merasakan bahawa apa yang mereka
lakukan adalah untuk keseronokan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada
diri mereka pada masa akan datang. Mereka merasakan melakukan jenayah adalah
perkara yang boleh dimaafkan hinggakan mereka tidak kisah melakukan kesalahan.
Keempat, rancangan yang
ditayangkan di televisyen dan kemajuan teknologi. Punca
jenayah rogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik. Kajian
James, Foe & Breed (1988) menunjukkan, secara purata remaja
menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen Sebagai contohnya
rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis
yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara
pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian ini telah menjadi ikutan remaja masa
kini terutamanya remaja perempuan, inilah faktor yang menyebabkan berlakunya
jenayah ini.
Secara
purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen (kajian
James, Foe & Breed, 1988)
Ditinjau dari konsep
‘Freudian’, lelaki sebenarnya mempunyai keinginan seks atau libido yang
tinggi. Oleh sebab itu, remaja lelaki sebenarnya lebih mudah terdorong untuk
melakukan sesuatu yang kurang bermoral. Dengan lambakan rancangan di televisyen
yang menunjukkan pelbagai adegan artis yang menggunakan pakaian yang ketat dan
menggiurkan, remaja lelaki akan lebih cepat terdorong melakukan jenayah rogol
apabila melihat ada remaja perempuan yang berpakaian sedemikian rupa kerana
keinginan seks atau libido yang tinggi.
Dengan kecanggihan
teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang
terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat
mengawalnya.Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga
berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja
di Malaysia. Kemudahan teknologi juga disalahguna untuk mendapatkan bahan-bahan
berkaitan pornografi dengan cara yang mudah. Teknologi yang seharusnya
digunakan untuk kebaikan, disalahgunakan sebagai medium untuk mendapatkan bahan-bahan
berahi daripada laman sesawang dan ini amat mengecewakan kerana mentality
remaja kita yang tidak tahu menggunakan kemudahan dengan sebaiknya malah
menyalahgunakannya.
Kelima,
kajian daripada All Women's Action
Society (AWAM) terhadap banduan di penjara Amerika Syarikat menyatakan
bahawa wanita yang berpakaian seksi dan menggiurkan merupakan punca mereka
merogol. Trend pemakaian wanita menjadi serius akibat terpengaruh dengan fesyen
terkini yang datangnya dari Negara barat,maka wanita di hampir seluruh dunia
termasuk di Malaysia lupa asal usul dirinya yang sepatutnya berpegang dengan
kaedah pemakaian ketimuran yang tertib dan tidak menjolok mata. Akhirnya
disebabkan budaya pemakaian artis ataupun wanita di negara barat ini telah
meresapi ke dalam masyarakat wanita negara ini maka inilah yang menyebabkan terjadinya
jenayah rogol. Dalam agama Islam contohnya, mewajibkan pemakaian pakaian yang
menutup aurat bagi wanita adalah mempunyai mesej yang sangat bernilai dan
menjadi benteng yang utuh serta mencegah daripada berlakunya jenayah rogol
ini.Berdasarkan firman Allah s.w.t aurat ini mempunyai hubungan dengan
mata,sekiranya terdedahnya aurat maka secara automatiknya nafsu akan
memberontak.Apabila nafsu sudah memberontak maka terjadilah jenayah rogol
akibat desakan nafsu yang mengusai dirinya sehingga melupakan sifat sebagai
seorang insan yang sepatutnya mempunyai sifat keperikemanusiaan. Walaupun
terdapat pendapat yang menyatakan bahawa berpakaian seksi bukan penyebab kepada
jenayah rogol, namun pemakaian wanita dan penglihatan terhadap wanita tersebut
daripada perspektif lelaki turut menyumbang kepada jenayah rogol di negara kita
dan di peringkat antarabangsa.
3.0 5 Cara Mengatasi Jenayah Rogol
3 Cara Mengatasi Pada Peringkat Tempatan
Pertama,
Kerajaan perlu memainkan peranan dalam menangani jenayah rogol ini ( Dr. Khalib
Abdul Latiff, 2009 ). Peranan utama untuk mencegah jenayah ini adalah di pihak
kerajaan. Dalam pindaan tahun 2004 Seksyen 376 Kanun Keseksaan, hukuman paling
keras bagi kesalahan rogol ialah mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol
yang menyebabkan kematian mangsa. Pindaan ini menghapuskan hukuman sebat dan
penjara tetapi sebaliknya pesalah dibawa terus untuk menjalani hukuman mati di
tali gantung. Jemaah menteri turut mencadangkan supaya hukuman penjara seumur
hidup dengan sebatan dikenakan ke atas perogol yang melakukan kesalahan sama
secara berulang tetapi tidak membawa maut manakala desakan masyarakat supaya
perogol disebat di khalayak ramai, masih belum mendapat pertimbangan serius
dari pihak kerajaan. Persoalannya, sejauh manakah kerajaan serius dalam
menangani jenayah rogol yang semakin hari semakin meruncing di dalam masyarakat
kita ini ?
Menurut Dr. Khalib
Abdul Latiff, hukuman adalah tindakan reaktif sedangkan membendung adalah
tindakan proaktif. Sehubungan itu, membendung adalah lebih baik kerana
apabila sesuatu perkara itu sudah berlaku, ia tidak memberi apa-apa makna
lagi. Mati di tali gantung, sebat dan sebagainya, tidak akan berkesan
sekiranya tidak dilakukan dengan cara yang betul. Sebab itulah, katanya, banyak
jenayah masih terus berleluasa meskipun mereka tahu ia boleh mati di tali
gantung. Kerajaan harus memikirkan langkah yang seharusnya dilakukan bagi
mencari jalan penyelesaian kepada jenayah rogol di negara ini. Menghukum
pesalah sudah terbukti sebagai mekanisme yang hanya menghukum namun tidak
mengubah perspektif para pesalah jenayah rogol. Saban hari, ada sahaja jenayah
rogol yang dilaporkan di media massa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan
mekanisme yang lebih berkesan menggunakan cara yang lebih proaktif iaitu
membendung jenayah tersebut daripada berleluasa menggunakan segala kekekuatan
dan kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan.
Kedua,
kukuhkan semula institusi kekeluargaan dan pembentukan akhlak moral di kalangan
remaja ( Dr. Abdul Hadi Zakaria, 1998 ). Peranan institusi keluarga dalam
menjaga dan melindungi ahlinya dari terdedah kepada gejala-gejala sosial.
Keluarga perlulah bersikap prihatin dan proaktif di dalam menjaga keselamatan
ahli keluarganya. Ini termasuklah mengawal atau memantau pergerakan anak
gadisnya dan mendidik anak lelakinya menjadi orang yang bertanggungjawab.
Begitu juga pada peringkat individu, ruang dan peluang untuk melakukan
jenayah rogol haruslah ditutup serapat-rapatnya. Orang lelaki dididik menjadi
bertanggungjawab dan beramanah manakala orang perempuan dididik untuk
menghormati diri dengan cara beraklak dengan akhlak yang mulia. Menjaga aurat
dan pergaulan boleh mengurang risiko dari menjadi mangsa rogol. Pihak pemimpin
perlulah bergabung dengan masyarakat dan hendaklah banyak menganjurkan
program-program motivasi dan ceramah untuk membimbing masyarakat ke arah
masyarakat yang harmoni. Ia hendaklah dimulakan segera bagi mengelakkan keadaan
bertambah teruk. Pihak kementerian dan para ketua masyarakat boleh
menyelamatkan keadaan sekiranya boleh bekerjasama. Panggil pihak yang
berkelayakan untuk memberi panduan secara umum untuk tujuan memberi ilmu dan
panduan kepada masyarakat dan institusi kekeluargaan. Yang paling penting
pemimpin mestilah faham dan peka dengan keperluan semasa masyarakat dan masalah
kemasyarakatan supaya dapat membawa rakyat kembali ke jalan yang harmoni dan hidup
dengan damai sejahtera tanpa ada sebarang kes rogol dilaporkan kerana institusi
kekeluargaan yang kuat akan dapat membentuk keperibadian yang mantap.
Ketiga,
Peranan media massa amat ditagih di sini ( Dr. Abdul Hadi Zakaria, 1998 ).
Media massa tidak seharusnya mengaut keuntungan semata-mata dan mengabaikan
aspek-aspek penerapan moral dan tingkah laku yang beretika. Media massa
hendaklah menapis rancangan yang hendak ditayangkan terlebih dahulu sebelum
ianya dipertontonkan kepada umum. Oleh kerana penonton televisyen adalah
terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, hendaklah media massa peka dengan
keadaan ini dengan tidak menayangkan rancangan yang boleh merosakkan akhlak
remaja kita. Peranan media massa yang juga tidak kurang pentingnya ialah media harus
memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui caracara yang terbaik atau
tempattempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Perlu didedahkan
bahawa kejadian rogol tersebut bukan kesalahan mangsa dan mereka harus
bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut. Mangsa harus tahu
bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun
ia adalah perkara yang telah lama berlaku, mangsa
masih boleh mendapatkan pertolongan. Adalah penting bagi mangsa rogol
mendapat sokongan dan perlindungan. Di
Malaysia, terdapat beberapa kumpulan sokongan dan antaranya ialah
Woman’s Aid Organisation, Women’s Centre for Change (WCC) dan All
Women’s Action Society (AWAM). Media massa juga boleh dijadikan
tempat untuk berkempen bagi menangani jenayah rogol secara habis-habisan. Ini
adalah untuk memastikan bahawa peranan media massa digunakan sehingga ke tahap
yang maksimum kerana media massa adalah medium yang paling mudah untuk
mendampingi masyarakat baik secara cetakan atau penyiaran. Oleh itu, peranan
media massa adalah amat perlu bagi memastikan jenayah rogol ini berjaya
dibendung habis-habisan.
2 cara mengatasi pada peringkat global / antarabangsa
Pertama,
kerjasama semua negara dalam menggubal undang-undang berkenaan dengan rogol
yang dipersetujui oleh semua negara. Pada peringkat ini, semua pemimpin
negara haruslah duduk bersama dan berbincang bersama-sama pakar perundangan
yang telah dipilih bagi menggubal satu undang-undang antarabangsa terhadap
jenayah rogol yang boleh digunapakai oleh semua negara. Undang-undang ini juga
harus digunapakai di mahkamah antarabangsa bagi mengadili kes rogol yang
ekstrem. Ini adalah sebagai komitmen masyarakat antarabangsa bagi menangani
masalah rogol ini daripada terus berleluasa.
( Dr. Khalib Abdul Latiff, 2009 ). Dalam menggubal undang-undang ini,
pandangan dan tafsiran undang-undang daripada negara-negara lain juga boleh
dipertimbangkan dan dibincangkan bersama. Seperti seksyen 375 kanun keseksaan
yang digunakan di Malaysia, jenayah rogol akan dikenakan hukuman seperti Penjara
atau penjara dengan sebatan selama 5 hingga 20 tahun. Canada pula menggunakan penjara selama 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan hukumana mati mandatori jika sabit kesalahan. Undang-undang seperti ini harus diperkemaskan dan digunapakai untuk menangani jenayah rogol ini.
atau penjara dengan sebatan selama 5 hingga 20 tahun. Canada pula menggunakan penjara selama 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan hukumana mati mandatori jika sabit kesalahan. Undang-undang seperti ini harus diperkemaskan dan digunapakai untuk menangani jenayah rogol ini.
Kedua,
semua negara dan masyarakat antarabangsa harus bekerjasama memanipulasi media
massa untuk menapis dan membendung apa jua bentuk pornografi, filem-filem yang
berunsurkan seks, rancangan-rancangan yang boleh meruntuhkan akhlak dan
mengenakan peraturan yang ketat kepada setiap filem yang hendak ditayangkan
agar melalui tapisan terlebih dahulu sebelum ditayangkan di khalayak ramai.
Dengan langkah seperti ini, kita akan dapat membendung gejala-gejala kurang
sihat yang disebarkan melalui filem dan rancangan televisyen. Apabila remaja
tidak didedahkan dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak ini,
institusi kekeluargaan akan memiliki lebih banyak masa untuk membentuk akhlak
anak-anak dan seterusnya menghasilkan remaja yang berakhlak moral. Apabila
media massa dapat dimanipulasi dalam usaha untuk membendung jenayah rogol ini,
remaja akan mempunyai banyak masa bagi melakukan perkara yang berfaedah dan
institusi kekeluargaan akan mempunyai peluang untuk menerepkan akhlak moral
yang baik kepada anak-anak mereka. Apabila sekatan terhadap media massa
dikenakan, ianya akan membawa kebaikan di mana rancangan yang disiarkan adalah
bebas daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak remaja. Dalam erti kata
lain, remaja tidak mempunyai sebarang medium yang boleh digunakan bagi mengenal
apa itu keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru apatah lagi jenayah rogol
tersebut adalah sesuatu yang cuba dielakkan oleh masyarakat kita. Peranan media
massa juga amat ditagih untuk menyalurkan info-info dan maklumat yang boleh
membantu untuk membentuk akhlak remaja. Ini kerana media massa adalah medium
yang paling senang untuk diakses oleh remaja bagi mendapatkan pelbagai jenis
hiburan dan maklumat. Setiap negara harus memanipulasi media massa bukan hanya
untuk kepentingan kerajaan tetapi untuk masa depan negara juga.
4.0 Cabaran Kepada Guru
Pertama, cabaran kepada guru
adalah daripada segi guru sebagai agen moral ( Tam, Y.K, 2006 ). Seorang
guru hendaklah mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri untuk menjadi agen
moral di sekolah. Terdapat beberapa gaya kepimpinan yang perlu difahami oleh
guru bagi menjadi agen moral yang baik. Pengunaan gaya kepimpinan pada
satu-satu masa hendaklah bertepatan dengan situasi yang dihadapi. Sebagai
contoh, gaya kepimpinan yang demokratif memberi kesan yang positif kerana
pelajar-pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara
terbuka.Suasana sosio - emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan
yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Murid-murid bukanlah individu
yang suka untuk dimarah dan diherdik sesuka hati kerana mereka juga mempunyai
perasaan. Guru yang Laisse-faire pula memberi kebebasan penuh kepada pelajar
untuk memikir dan menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan
inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan.Guru juga tidak menilai tingkah
laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana
pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin. Ada masanya guru
perlu menggunakan gaya kepimpinan Laisse-faire tetapi dalam keadaan yang
terkawal. Gaya kepimpinan guru bertujuan untuk memudahkan murid mendampingi
guru dan pada masa yang sama, guru tersebut dapat memberi kesan kepada
perubahan tingkah laku murid-murid. Oleh itu, guru hendaklah mempunyai
personaliti yang sesuai dengan profesion perguruan dan menggunakan gaya
kepimpinan yang boleh dilihat oleh murid dan menjadi ikutan kepada murid-murid.
Secara tidak langsung, guru menjadi “role-model” kepada para murid dan murid
akan menjadikan guru sebagai inspirasi untuk mengubah sikap masing-masing. Jika
dikaitkan kepada isu moral yang sedang dibincangkan, guru hendaklah tahu untuk
mengajar murid-murid akhlak-akhlak moral yang baik serta keburukan melakukan
perkara yang tidak bermoral. Gaya kepimpinan guru adalah cara untuk guru
mendekati murid dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada murid. Apabila murid
sudah selesa bersama guru, murid akan mudah untuk dibentuk menjadi insan yang bermoral.
Guru akan menjadi ikutan kepada murid.
Cabaran
yang kedua kepada guru adalah daripada segi pembentukan sahsiah murid. Menurut Peters, P. (1987), dalam bukunya
Moral
development and moral education, guru merupakan pembentuk sahsiah
murid. Menurut Imam al-Ghazali,
manusia itu ibarat sepohon pokok dengan akarnya ialah akidah, batangnya ialah
kefarduan, daun-daun ialah amalan sunat, maka buah atau bunganya itulah yang
dikatakan akhlak. Sebab itulah manusia yang berakhlak dalam Islam dianggap
orang yang menyempurnakan agama Islam kerana akhlak melambangkan keindahan
Islam itu sendiri. Oleh itu, telah menjadi tugas guru untuk membentuk sahsiah
murid ketika murid tersebut berada di sekolah. Melahirkan dan mewujudkan remaja
bermoral mesti dilakukan sejak anak itu masih kecil. Pendidikan yang bermula
daripada kecil lebih mudah dan ia merupakan lambang kejayaan pendidikan akidah
dan ibadah setelah dewasa. Guru haruslah sentiasa memastikan bahawa murid tidak
melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Guru juga perlu menggunakan segala
kemahiran yang ada dalam melahirkan murid yang bermoral. Guru perlu menjadi
ikutan kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menunjukkan
nilai-nilai yang baik dan berakhlak mulia setiap masa. Murid adalah pemerhati
yang akan meniru apa sahaja perlakuan guru dan guru sebagai pembentuk sahsiah
murid hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang berakhlak mulia kepada murid
agar menjadi ikutan pada murid. Memang bukan mudah untuk membentuk sahsiah diri
murid namun dengan berkat kesabaran guru dan keikhlasan guru untuk membentuk
murid yang berakhlak mulia, cita-cita tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil.
Dalam konteks jenayah rogol pula, guru hendaklah membentuk sahsiah murid-murid
di bangku sekolah rendah lagi. Sekiranya murid-murid telah diberi didikan yang
sempurna dari segi akhlak moralnya, tidak mustahil jenayah rogol ini boleh
dikurangkan kerana telah wujud kesedaran daripada bangku sekolah lagi bahawa
jenayah rogol itu adalah perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berakhlak
mulai. Murid yang telah dididik dengan akhlak moral yang secukupnya sudah pasti
tidak akan melakukan jenayah rogol kerana telah tahu bahawa perbuatan tersebut
adalah salah daripada segi undang-undang dan akhlak moral.
Ketiga, kurangnya sokongan
daripada ibu bapa terhadap usaha guru di sekolah bagi
menangani jenayah rogol ini akan merunsingkan
guru yang berusaha keras untuk membasmi jenayah rogol ini daripada
berleluasa . Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya memainkan peranan
dalam membantu usaha pihak sekolah terutamanya guru sebagai penyampai maklumat
dalam usaha untuk sama-sama membanteras gejala sosial ini. Ibu bapa yang
terlalu memfokuskan kepada kebendaan semata-mata dan mengabaikan tanggungjawab
untuk mendidik anak-anak akan menjadi faktor kepada kegagalan pihak sekolah
terutamanya guru untuk membentuk akhlak moral yang baik di kalangan
murid-murid. Kurangnya kerjasama daripada ibu bapa yang bersikap endah tak
endah dalam usaha menangani jenayah rogol ini akan membawa kepada keadaan yang lebih
buruk pada masa akan datang. Dengan kurangnya sokongan daripada ibu bapa,
guru-guru perlu lebih proaktif dan produktif dalam memastikan jenayah rogol ini
dapat dikurangkan dari semasa ke semasa. Selain daripada pembentukan sahsiah
murid di sekolah, guru juga bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid
perempuan terutamanya mendapat pendidikan berkaitan dengan langkah-langkah
untuk mengelakkan daripada dirogol seperti tidak berjalan seorang diri, tidak
berjalan melalui tempat yang gelap dan sebagainya. Murid-murid harus tahu
keadaan di mana perogol dapat mengambil kesempatan terhadap mereka dan
bagaimana untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku. Pendidikan
seperti ini adalah merupakan usaha yang harus dititikberatkan oleh guru pada
setiap masa kerana kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa terhadap
perkara ini. Pendidikan seperti ini adalah sama seperti kaedah pendidikan
tradisional di mana guru memainkan peranan sepenuhnya dalam mendidik murid
tanpa bantuan daripada ibu bapa. Namun,
pendidikan secara tradisional ini disokong oleh seorang pengkaji pendidikan dan
kemasyarakatan, Lickona. Lickona menyatakan bahawa ada kalanya, pendidikan
secara tradisional ini adalah penyelesaian kepada masalah semasa seperti
masalah rogol ini.
Keempat, cabaran guru
sebagai penggerak sistem pendidikan di Malaysia untuk mengurangkan jenayah
rogol. Seorang pakar pendidikan, Musgrave (1978)
dalam bukunya The Moral Curriculum : A
Sociological Analysis menegaskan agenda penting pendidikan dalam sesebuah
negara haruslah merangkumi usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan
masyarakat. Oleh itu, guru adalah orang yang bertanggungjawab membangunkan
aspek-aspek moral individu terutamanya murid di sekolah. Sekolah adalah
institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar menghabiskan masa
selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar tanpa mengira
agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap hari dalam
aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati,
kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang dibentuk
secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi
setiap hari. Perkara utama dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai
tidak boleh dihalang oleh sesiapa sahaja walaupun ia cuba berbuat demikian.
Sebaliknya nilai ini perlu didedahkan dengan sebaik-baiknya.
agenda
penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah merangkumi usaha membangunkan
aspek-aspek moral individu dan masyarakat (
Musgrave, 1978 The Moral Curriculum : A Sociological Analysis )
Kesinambungan
daripada kes rogol yang semakin berleluasa di negara kita ini, guru harus
menggerakkan pendidikan keselamatan bagi memberi pendidikan kepada murid dalam
usaha untuk membasmi jenayah rogol ini di peringkat sekolah. Guru harus
memaksimumkan kapasiti yang ada di peringkat sekolah untuk memberi pengetahuan
kepada murid berkaitan dengan jenayah rogol dan keperluan untuk mengetahui
punca dan cara mengatasi jenayah tersebut. Apabila semua murid faham mengenai
jenayah rogol dan tahu bagaimana untuk mengatasinya, adalah diharapkan agar
jenayah rogol ini semakin berkurangan terutamanya jenayah rogol terhadap murid
sekolah.
Kelima,
cabaran guru dalam membentuk dan menjalankan tatacara moral di sekolah bagi
membentuk nilai-nilai moral dalam diri murid. Kepentingan pendidikan dan
persekolahan sebagai institusi sosial yang membentuk nilai disokong kuat oleh
Narol (1983) yang mengemukakan Teori “Moral Order”.
masalah
sosial yang berlaku boleh diatasi jika wujud "moral order” atau tatacara
moral yang mempengaruhi situasi dan mendasari segala masalah sosial manusia ( Narol, 1983 Moral order theory )
Oleh itu institusi
sekolah melalui guru berperanan menegakkan “moral order” ini khususnya golongan
remaja. Sekolah sebagai institusi pendidikan formal merupakan agen yang
bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan
generasi muda.Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak
bergantung kepada perubahan nilai yang berlaku. Pendidikan adalah faktor utama
bagi membina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada
kemajuan sosial negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial
wajar berkembang selari dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa
supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan
tersebut. Dalam usaha untuk menangani jenayah rogol ini, tatacara moral harus
diperkenalkan di sekolah dan guru harus berperanan bagi memastikan tatacara
moral ini difahami oleh semua murid. Tatacara moral ini akan menjadi panduan
murid-murid pada masa hadapan apabila mahu melakukan tindakan dalam kehidupan
seharian. Adalah diharapkan apabila tatacara moral ini diperkenalkan di
sekolah, murid-murid mengetahui apa yang baik dan apa yang kurang baik dalam
kehidupan seharian. Tatacara moral ini juga diharapkan dapat membantu guru
secara tidak langsung untuk membentuk akhlak moral dalam diri murid. Guru harus
menggunakan kelebihan murid berada dalam tempoh masa yang lama di sekolah bagi
menerapkan tatacara moral ini dan membentuk akhlak murid bagi membolehkan
mereka menjauhi jenayah rogol ini.
Soalan 2 : kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan
dan amalan nilai murni.
1.0 Pendahuluan
Usaha untuk membina tamadun manusia
memerlukan satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak
boleh hanya dibina di atas kecemerlangan tamadun kebendaan semata-mata tetapi
metilah diiringi dengan kemajuan spiritual dan akhlak. Menurut Arnold Toynbee:
“agama adalah nadi dan inti kehidupan”. Ia adalah cahaya penerang jiwa dan manusia
tidak lepas dari agama. Idealogi-idealogi tidak mampu menjadi alternatif kepada
agama, kerana idealogi memberi sifat finatiksime dan kebencian. Sedangkan agama
memberi kita rasa cinta dan kerja sama.Bangsa yang bertamadun adalah bangsa
yang telah mencapai kehalusan tatasusila dan mempunyai kebudayaan yang luhur
bagi seluruh anggota masyarakatnya. Justeru untuk membina tamadun manusia
mestilah dalam seluruh program pembangunannya tidak mengabaikan nilai
akhlak.
Jester itu, elemen-elemen yang
mencabar penghayatan dan amalan nilai murni perlu diketahui agar dapat
disediakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan nilai dan akhlak remaja
kita berada pada tahap yang sepatutnya dan boleh dibanggakan pada masa akan
datang. Daripada pelbagai elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan
nilai murni, saya memilih untuk mengupas elemen kebendaan, elemen sikap tidak
bertanggungjawab, elemen media massa, elemen pembangunan daripada aspek
sosio-ekonomi dan elemen keruntuhan institutsi kekeluargaan.
2.0 Kesan elemen-elemen yang mencabar
penghayatan dan amalan nilai murni
Pertama adalah daripada
aspek elemen mementingkan kebendaan.
Mementingkan kebendaan adalah antara elemen-elemen yang mencabar penghayatan
dan amalan nilai-nilai murni.
Ibn
Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya yang menyebut kemusnahan sesuatu tamadun
ditandai dengan beberapa perkara, iaitu banyaknya kemewahan, kehidupan penuh
dengan hiburan dan perhiasan......
Dalam arus perdana
yang semakin membangun pada hari ini, negara kita semakin bergerak untuk
mencapai ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, ibu bapa akan
semakin mementingkan kebendaan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin
tinggi. Sikap yang menjurus ke arah materialistik ini memberi kesan yang kurang
baik terhadap anak-anak mereka.
Sebagai
contoh, seorang guru pendidikan jasmani lelaki yang telah berkeluarga bertugas
di sekolah pada sebelah paginya. Kemudian, pada sebelah petang, guru tersebut
menjadi jurulatih berbayar sebuah pasukan bola sepak yang bertaraf kelab. Pada
sebelah malamnya pula, dia menjadi jurulatih badminton di sebuah pusat latihan
badminton yang dimiliki oleh swasta. Guru tersebut melakukan semua itu
semata-mata untuk mendapatkan duit atas pelbagai sebab. Antara sebab yang
mungkin menjadi pendorong kepada guru tersebut menjalani rutin harian
sedemikian rupa ialah untuk mendapatkan wang yang lebih, untuk mendapatkan
kehidupan yang selesa atau untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin
meningkat. Dengan rutin sedemikian rupa, di manakah masa guru tersebut untuk
anak-anaknya? Apabila balik pada lewat malam, guru tersebut telah keletihan dan
perlu berehat kerana perlu mengajar pada keesokan harinya. Besar kemungkinan,
anak-anaknya pada waktu tersebut telah tidur. Bilakah masa yang dimilki oleh
guru tersebut untuk bersosial bersama anak-anaknya ?
Guru
tersebut sebagai bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang
memberi didikan agama dan akhlak yang baik kepada anak-anaknya kerana sibuk
mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anaknya menjadi mangsa kerakusan guru
tersebut mengejar kebendaan. kesannya kepada anak-anak adalah amat besar kerana
tanpa didikan agama yang cukup sewaktu kecil, mereka akan semakin sukar untuk dibentuk
apabila sudah mencapai usia remaja. Inilah yang menyumbang kepada
masalah-masalah sosial semasa. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Apabila sudah sampai ke tahap akhlak moral yang kronik,
siapakah yang harus dipersalahkan ?
Sikap
terlalu mengejar kebendaan ini juga memberi kesan kepada institusi kejiranan.
Apabila terlalu sibuk sehingga perlu pulang pada lewat malam, bilakah masa yang
ada untuk berkenalan dan bersosial bersama dengan jiran di sebelah rumah dan
rukun tetangga yang lain? Pembangunan pesat bandar-bandar di Malaysia telah
melebarkan kawasan penempatan. Kemungkinan 15 tahun yang akan datang penduduk
di bandar akan meningkat lebih banyak kesan daripada dasar kerajaan yang hendak
menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Perubahan ini sedang
berlaku sedikit demi sedikit dari utara hingga ke selatan. Kawasan bandar ini
telah mengubah corak tradisional masyarakat kampung kepada metropolitan yang
memberi kesan terhadap pengaruh politik, pembangunan fizial dan pengenalan
sosial. Contoh yang mudah ialah struktur rumah di bandar sangat berbeza dengan
kampung iaitu pembinaan rumah sangat rapat dan tidak ada ruangan yang mencukupi
untuk interaksi sosial di kalangan keluarga di luar rumah. Masyarakat juga
memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak remaja secara amnya.
“Keperluan
material yang ditumbuhkan setiap hari secara beransur-ansur semakin membesar
menyebabkan manusia menjadi penyembah konsumsi” (Ali Shariati, 1980)
Kedua adalah daripada aspek
sikap yang tidak bertanggungjawab. Dr. Gustave Le Bon
menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya dekadensi atau
kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab membudaya
pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh
dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan
tanggungjawab terhadap harta benda.
Sikap
yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan
sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang guru mengabaikan sesi
pengajarannya semata-mata kerana mahu minum di kedai yang terletak di luar
sekolah. Guru ini telah meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa
dengan ilmu pengetahuan yang amat dinanti-nantikan oleh murid-muridnya.
Daripada aspek guru pelatih pula, guru pelatih tidak menyiapkan kerja yang
diberikan oleh pensyarah dan asyik berdolak-dalik apabila ditanya bila mahu
menghantar tugasan. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih tersebut tidak
bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana hanya mahu berseronok dan lupa
bahawa sebagai guru pelatih, tanggungjawab yang utama ialah belajar dan
menyiapkan tugasan.
Sikap
yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat dengan
merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah. Gejala-gejala seperti
menconteng kerusi dan meja, membuang sampah merata-rata, merosakkan telefon
awam dan merosakkan apa sahaja yang berada di depan mata mereka sudah menjadi
lumrah dalam masalah-masalah moral remaja sekolah.
Kesan
sikap tidak bertanggungjawab ini terhadap penghayatan nilai murni dan amalan
nilai moral adalah daripada segi individu itu sendiri. Individu yang tidak
bertanggungjawab akan terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial jika
tidak dibentuk dengan betul. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan
menghancurkan diri individu itu sendiri tanpa ada sebarang tolak ansur. Orang
yang boleh mengubah situasi ini adalah individu itu sendiri namun sejauh mana
keinginan individu itu untuk berubah ? jelaslah sudah bahawa sikap
bertanggungjawab hanya akan membawa keburukan kepada individu.
Ketiga adalah kesan daripada
aspek media massa. Media massa merupakan
medium kepada akses ke dunia luar. Media massa melalui media cetak dan media
elektronik memainkan peranan penting dalam menghubungkan individu ke dunia
global. Pembentukan akhlak masyarakat menghadapi cabaran dari pengaruh media-massa
yang memberi kesan negatif kepada akhlak masyarakat, khususnya golongan remaja.
Dengan bermotifkan keuntungan, sesetengah media massa seolah-olah tidak
menghiraukan langsung bahawa program-program, tulisan, rancangan-rancangan yang
disajikan dan bahan-bahan yang dipaparkan kepada golongan massa membawa
wujudnya sikap hedonisme, budaya permissive atau kebebasan yang bercanggah
dengan agama dan budaya masyarakat.
Iklan-iklan
yang disiarkan langsung tidak menggambarkan budaya masyarakat ketimuran tetapi
lebih mempromosikan nilai hidup Barat yang serba bebas. Filem-filem yang
ditayangkan ada kalanya lebih mempromosi budaya Barat dari mengangkat martabat
akal, keilmuan dan kemanusiaan. Pengaruh media massa amat hebat sehingga banyak
perlakuan golongan remaja dicorakkan oleh media massa. Budaya hip-hop, rock,
punk dan lain-lain antara contoh budaya popular yang dipromosikan melalui media
massa. Akibatnya golongan remaja hari semakin terhakis jati diri mereka,
mengalami krisis identiti dan menjadi golongan peniru yang produktif.
Untuk
membentuk masyarakat yang berakhlak, media massa haruslah berperanan bersama
dengan pihak-pihak lain bagi membentuk memupuk dan mempromosikan nilai-nilai
akhlak yang mulia. Pengamal media haruslah bersedia mengkritik dan mendedahkan
setiap perlakuan yang menyimpang dari nilai-nilai keagamaan dan budaya
masyarakat. Setiap paparan dan rancangan yang disiarkan haruslah mengambil kira
kesannya kepada masyarakat sama ada jangka panjang atau pendek dan tidak hanya
memikirkan keuntungan atau populariti. Mereka boleh mencontohi rancangan yang
popular di Barat tetapi dalam masa yang sama ia harus bertunjangkan kepada
nilai keagamaan dan budaya masyarakat negara ini serta diadun dengan kreativiti
tinggi bagi menarik perhatian massa. Pihak yang berwajib hendaklah lebih tegas
mengawal kemasukan dan penyebaran unsur-unsur lucah sama ada dalam bentuk CD,
VCD dan lain-lain ke dalam pasaran terbuka atau gelap.
Keempat adalah kesan
daripada aspek pembangunan negara dari sudut sosio-ekonomi.
Tidak dinafikan pembangunan adalah sesuatu yang amat penting bagi mewujudkan
masyarakat dan negara yang maju. Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah
menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan
sosial, keseimbangan antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan dari
pembangunan yang pesat telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi,
industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar.
Kesan
positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya
tetap ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam masyarakat.
Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak hanya melihat pembangunan itu
dari perspektif kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk memaksimakan keuntungan.
Mereka yang didorong dengan motif mencari keuntungan tidak langsung peka kepada
soal pembentukan akhlak masyarakat.. Apa tidaknya, peniaga yang dahagakan
keuntungan yang berlipat kali ganda telah mengadaikan prinsip moral menjual VCD
lucah dan membuka kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak secara
berleluasa, wanita GRO dan tempat pengedaran pil ekstasi. Akibatnya, ia menjadi
pusat keruntuhan akhlak. Ia telah meruntuhkan usaha-usaha pihak lain termasuk
kerajaan untuk membina masyarakat yang berakhlak mulia.
Untuk
menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep pembangunan
Islam yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material.
Pembangunan harus berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia sampai ke
tingkat yang setinggi-tingginya dalam semua dimensi. Aspek-aspek moral dan
material, ekonomi dan sosial serta spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan
antara satu sama lain. Yang menjadi fokus utama dalam pembangunan adalah
manusianya bukan hanya dinilai dari sudut peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi
sebagai indikator pembangunan (Khurshid Ahmad, 1982). Melalui pendekatan
pembangunan Islam yang holistik, berorientasikan nilai dan pelbagai dimensi itu
diharapkan ia mampu membentuk akhlak masyarakat yang bukan sahaja maju dari
sudut materialnya tetapi turut maju dalam aspek akhlaknya.
Kemajuan
yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang tempang, yang akhirnya
akan merosakkan kemajuan kebendaan. Penumpuan yang keterlaluan kepada aspek
kebendaan hanya menjadikan manusia sebagai binatang ekonomi seperti mana yang
wujud dalam kapitalisme. Ekonomisme merupakan dasar falsafah kapitalis Barat
yang membawa manusia menyembah kebendaan.
Kelima
adalah kesan daripada keruntuhan institusi kekeluargaan. Institusi
kekeluargaan yang roboh adalah antara elemen yang memberi cabaran utama
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni. Institusi kekeluargaan yang telah
runtuh akan mendatangkan masalah yang besar kepada amalan nilai-nilai murni
remaja kerana tidak ada orang yang akan memberitahu dan mengajar mereka apa
yang baik dan apa yang buruk.
Umum
mengetahui peranan pembentukan akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada
institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi
keluarga. Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan
peranan yang utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat
sebenarnya adalah jelmaan dari set-set keluarga. Keruntuhan akhlak masyarakat
Barat umpamanya berpunca dari runtuhnya institusi keluarga mereka yang telah
gagal melahirkan manusia yang beradab. Hakikat ini dinyatakan oleh Ferdinand
Lundberg apabila beliau membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga sekarang
mendekati titik kemusnahan yang menyeluruh (Tofler, 1970).
Kalau
di Barat institusi keluarga mereka sudah tidak dapat diharapkan lagi untuk
melahirkan manusia yang berakhlak, bagaimana pula realiti institusi keluarga di
negara ini?. Satu kesimpulan yang umum dapat dibuat ialah institusi keluarga di
negara ini sedang bergerak mengikut trend di Barat. Keadaan ini disebabkan
pelbagai faktor, antaranya kesan dari pembangunan kebendaan dan pengaruh
globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama
dan bersifat kebendaan. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan
sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka. Mereka
beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup.
Justeru
itu, mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan mempunyai sedikit
masa dengan anak-anak. Anak-anak yang terabai ini kemudiannya mencari
keseronokan di luar rumah, lebih mendampingi rakan sebaya mereka lantas
dipengaruhi oleh persekitarannya yang dominan dan akhirnya terjebak dalam
krisis moral. Kadar penceraian yang semakin meningkat, bertambahnya kes-kes
penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari rumah,
penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat. Kesemua gejala tersebut
adalah di antara indikator-indikator berlakunya keruntuhan dalam institusi
keluarga di negara ini. Rumah tangga sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi
keluarga untuk menikmati kebahagiaan dan kedamaian hidup. Rumah tangga tidak
lagi menjadi ‘syurga’ tetapi ‘neraka’ yang akhirnya melahirkan gejala sosial
yang telah disebutkan.
Keharmonian
rumah tangga terletak di atas tanggungjawab kaum lelaki, tetapi malangnya kaum
lelaki yang sepatutnya berperanan sebagai ketua rumah tangga sedang mengalami
krisis kredibiliti, ramai yang dirosakkan oleh najis dadah, suka berfoya-foya,
kaki pukul dan dilanda dengan krisis moral yang lain. Apakah lelaki begini
mampu mengetuai sebuah rumah tangga yang berperanan sebagai bapa dan suami bagi
mendidik anak dan isterinya menjadi seorang yang berakhlak? Bagi melahirkan
generasi yang berakhlak, peranan institusi keluarga amat penting ke arah
mencapai matlamat tersebut. Institusi keluarga perlu diperkasa semula melalui
pelbagai strategi sama ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau
pertubuhan-pertubuhan agama dan sosial.
Pasangan
yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi
mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus
rumah tangga. Di Malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak
ada satu pun pusat latihan yang khusus ditubuhkan untuk memberi latihan bagi
memperkasa pengurusan rumah tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan
rumah tangga atau sudah berumahtangga. Latihan ini amat penting dilakukan bagi
menyediakan suasana rumah tangga yang mampu membentuk keperibadian manusia
unggul.
Golongan
wanita juga perlu membuat muhasabah peranan mereka yang utama pada hari ini
sama ada untuk berpartisipasi secara aktif dalam kegiatan luar rumah dengan
mengabaikan tanggungjawab asasi mereka sebagai ibu dan isteri atau mengutamakan
kedua-duanya atau menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga bagi
mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Apa pun zamannya, golongan
wanita tidak boleh melupakan hakikat bahawa mereka adalah mahaguru pertama
kepada anak-anaknya. Tanggungjawab mereka yang asasi adalah membentuk generasi
yang berakhlak dan berilmu pengetahuan.
3.0 Penutup
Dalam keghairahan mengejar kemajuan,
kita jangan alpa tentang peri pentingnya peranan dan pemupukan nilai akhlak
dalam masyarakat. Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan
penting melahirkan manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta
berperanan mencetus kemajuan. Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda
nasional dan perlu kesepaduan usaha dari semua pihak. Untuk membina masyarakat
yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang
dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak.
Kita harus mengingati selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang
berkata; "Sesungguhnya bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya
telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".
Bibliografi
1. Ali
Shariati, 1980. Marxism and other Western Fallacies. Berkeley:
Mizan Press.
2. Khurshid
Ahmad, 1982. “Islam and the chellenge of economic development” dalam Islam
in transition, Muslim perspectives (ed) John. J. Donohue dan John L.
Esposito. New York: Oxford University Press.
3. Muqdad
Yaljan. 1986. Peranan pendidikan akhlak Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Antara.
4. Hasan
Mohd Ali (2000). Mendidik Anak-Anak, Kuala Lumpur: Sabha DTP Services Sdn Bhd
5. Abdul
Rahim M.Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM,
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
6. Peters,
P. (1987). Moral development and moral education. London: Allen &
Kegan
Paul.
7. Tam,
Y.K. (2006). Pendidikan Moral: Konsep dan pedagogi Pendidikan Moral untuk
pelajar-pelajar KPLI, LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
8. Musgrave,
1978 The Moral Curriculum : A Sociological Analysis
No comments:
Post a Comment