Friday, 2 November 2012

Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan


1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Pada praktikum fasa tiga (3) ini, saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Saint Ambrose, Panchor, Serian. Praktikum kali ini mengambil masa selama dua belas (12) minggu bermula pada 30 Januari 2012 dan akan berakhir pada 27 April 2012.

Sekolah ini terletak kira-kira 48 Kilometer daripada Bandar Serian dan dikira kawasan luar Bandar. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kampung Panchor Dayak dan dikelilingi majoritinya penduduk yang berbangsa Bidayuh. Sekolah ini mempunyai seramai 10 orang guru dan seorang staf sokongan dan dengan kemasukan saya serta seorang rakan praktikum, jumlah guru bertambah menjadi 12 orang. Enrolmen murid pula adalah seramai 61 orang dan sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM).  Selain itu, sekolah ini juga tergolong dalam kategori sekolah yang menggunakan sistem geran dalam aspek pengurusan kewangan sekolah. Walaupun mempunyai sumber kewangan yang terhad, sekolah ini telah berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk murid-muridnya seperti menyediakan makmal sains, makmal komputer, perpustakaan, bengkel kemahiran hidup, stor sukan dan juga bilik pemulihan khas. Sekolah ini juga turut mempunyai bilik fail sendiri yang sentiasa dijaga rapi dan sistem pemfailan yang standard.


Pada hari pertama melapor diri, saya telah dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa saya akan  mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk Tahun 1, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Kelas Tahun 1 mempunyai seramai 8 orang murid yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. Kelas Tahun 3 pula mempunyai seramai 9 orang murid yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Manakala, kelas Tahun 4 mempunyai seramai 8 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada murid lelaki. Kelas Tahun 5 pula mempunyai murid seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Untuk matapelajaran Pendidikan Moral pula, saya akan mengajar kelas Tahun 4.

Setelah berjumpa dengan Guru Besar untuk sesi taklimat, saya berjumpa pula dengan guru pembimbing dan daripada maklumat yang guru pembimbing berikan kepada saya, kebanyakan murid lelaki di sekolah ini amat menggemari permainan badminton dan bola sepak manakala bagi murid perempuan, mereka mengemari permainan bola jaring yang merupakan kebitaraan sukan sekolah ini. Guru pembimbing saya juga memaklumkan bahawa sasaran sekolah untuk MSSR Serian pada tahun hadapan adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya sebutir pingat gangsa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk murid melalui sesi P&P yang akan membantu membentuk dan meningkatkan kemahiran motor murid.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid-murid tahun 4 saya amat aktif di dalam permainan bola sepak dan mereka sering bermain bola sepak di padang yang terletak berdekatan dengan sekolah. Pada minggu pertama saya memasuki kelas mereka, mereka meminta agar saya mengajar tentang kemahiran bola sepak sewaktu sesi P&P. sewaktu saya membelek buku teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 4, saya mendapati bahawa permainan bola sepak terkandung di dalam sukatan pelajaran Tahun 4. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengajar kemahiran bola sepak semasa sesi P&P memandangkan semua murid di dalam kelas Tahun 4 ini semuanya lelaki. Dalam menyusun rancangan semester saya, saya meletakkan kemahiran bola sepak untuk 6 minggu pertama bagi menarik minat mereka menyertai sesi P&P saya dan untuk 6 minggu yang seterusnya, saya akan mengajar mereka tunjang kecergasan untuk membentuk kemahiran motor mereka secara spesifik.  

 Dalam sesi pengajaran saya yang pertama pada 8 Februari 2012 bersama murid tahun 4 ini , saya mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat menghantar bola kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang tepat dan ini menyebabkan hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang menunggu untuk menyambut hantaran.

“ hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang tepat dan ini melambatkan pergerakan rakan.” (Nota Lapangan, 8/2/2012)

Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana melakukan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju daripada statik ke bergerak dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan bermasalah apabila melakukan tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak menekankan ansur maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu dengan permainan kecil yang meneguhkan lagi ansur maju yang telah dilakukan.

Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya mengajar murid-murid tahun 4 ini bagaimana untuk menyerkap bola. Kemahiran ini memerlukan murid untuk menghantar bola kepada rakan dalam jarak dekat dan sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan untuk menyerkap bola dengan baik. Oleh itu, saya lebih menggunakan permainan kecil berkumpulan dalam sesi pengajaran kali ini untuk memberi mereka ruang untuk berinteraksi sesama sendiri dan pada masa yang sama, mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya mereka yang mengetahui teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa untuk berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka.
           
“hantaran murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang digunakan adalah kurang tepat. ( Nota Lapangan, 15/2/2012)



Mengajar adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik (Gagne, Briggs & Wager, 1992). Guru seharusnya berusaha ke arah merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut memerlukan guru menyampaikan konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi mengajar yang bermakna dan berkesan.

            Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berkesan jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. (Wee Eng Ho, 2009). Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.


2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran tendangan leret dalam menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki dan menilai sejauh mana keberkesanan kaedah latih tubi dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran tendangan leret dalam menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.


2.1 ISU KAJIAN
                        Salah satu tunjang dalam Pendidikan Jasmani ialah Kemahiran dan di dalam tunjang ini, kemahiran yang diajar adalah kemahiran daripada sukan-sukan utama di Malaysia seperti bola sepak, sofbol, hoki dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajar ini adalah sebagai ransangan kepada murid untuk lebih meminati dan menceburkan diri di dalam sukan-sukan yang diajar di sekolah.        
                        Salah satu sukan yang kemahirannya diajar di sekolah ialah bola sepak.  Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh pelusuk negara tidak mengira umur, jantina dan warna kulit. Ketika saya mengajar kemahiran dalam bola sepak untuk murid kelas Tahun 4, saya mendapati satu masalah yang ketara timbul dalam dua (2) kelas saya yang pertama bersama kelas ini. Masalah tersebut adalah hantaran kepada rakan menggunakan tendangan leret. Teknik tendangan leret yang digunakan adalah kurang tepat dan bola yang dihantar kepada rakan seringkali tersasar dan tidak tepat kepada rakan yang menunggu untuk menyerkap bola. Masalah ini mungkin sekali berlaku kerana murid beranggapan bahawa menggunakan tendangan leret untuk melakukan hantaran kepada rakan sudah cukup tanpa perlu memikirkan ketepatan dan teknik yang betul untuk melakukannya.
                        Dalam menyelesaikan masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi yang dibantu kaedah ansur maju perlakuan untuk membentuk teknik yang betul daripada asas. Teknik yang hendak dibentuk ialah teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Penggunaan latih tubi dan ansur maju dalam sesi Pendidikan Jasmani diharap dapat membantu untuk membentuk teknik perlakuan yang dikehendaki dan sekaligus meningkatkan penguasaan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Oleh itu, penggunaan pelbagai deria yang ada pada murid amat berguna untuk membentuk teknik perlakuan yang betul di kalangan murid.


2.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang sesi pengajaran di dalam kelas, saya melihat kesilapan yang ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini adalah menggunakan bahagian atas kaki untuk melakukan tendangan leret kepada rakan.
                      
Gambar 1 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang    salah yang dilakukan oleh murid.
           
                      
Gambar 2 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah dilakukan oleh murid.
Teknik perlakuan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan adalah menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya lebih tepat dan lebih mudah.

Instep kick is more precise than the toe kick in an unstressed movement                                ( huddlestone & huddlestone, 2003)

            Teknik perlakuan untuk tendangan leret yang tepat akan memberikan pasukan ruang bagi menguasai perlawanan kerana hantaran yang dilakukan kepada rakan akan tepat kepada rakan dan rakan yang menerima hantaran akan dapat menyerkap hantaran dengan mudah dan tepat. Tendangan leret yang menggunakan bahagian dalam kaki akan menambahkan ketepatan hantaran dan pada masa yang sama, akan menambah peluang pasukan untuk menjaringkan gol.

The ability to make short passes within a confined space is an important skill for successful players. Accurate passing is important for maintain possession and for setting up goal scoring opportunities. (Ermanno Rampinini,2008)

            Tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki merupakan teknik menghantar bola kepada rakan yang paling tinggi ketepatannya jika dibandingkan menggunakan bahagian atas kaki dan bahagian dalam kaki. Untuk mengajar murid-murid sekolah teknik yang betul, teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki adalah teknik yang paling sesuai dan paling mudah untuk diajar kepada murid.
The inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to moderate distance. This pass is the most important pass and should be used often, so give your players plenty of opportunities to practice it frequently.                                    
(Lindsay Blom & Tim Blom, 2009)


                        Selain daripada teknik yang betul menggunakan bahagian dalam kaki, anggota tubuh badan yang lain turut memainkan peranan dalam memastikan tendangan leret yang dilakukan tepat kepada rakan yang menunggu. Kebanyakan murid menggunakan kaki kanan untuk menendang bola dan perlakuan ini hendaklah diikuti dengan kedudukan postur badan yang betul seperti postur pinggang (pelvis) dan kaki dominan yang betul untuk menghasilkan tendangan leret yang baik dan tepat kepada rakan. Dengan gabungan antara teknik kaki yang tepat dibantu dengan postur badan yang baik, tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki akan menjadi semakin baik dan ketepatan hantaran akan meningkat.

To impact the ball with the medial aspect of the foot in the pass kick, the player orients the pelvis, the right leg, and the foot more toward the right and introduces a medial component of foot velocity. (J Levanon, J Dapena,1998)

                        Pelaksanaan teknik yang betul hendaklah dibantu dengan permainan bersyarat atau permainan kecil yang akan membantu bukan sahaja meningkatkan minat murid untuk menyertai sesi latihan malah akan turut membentuk perlakuan yang betul ketika murid melakukan aktiviti. Model permainan kecil dan permainan bersyarat yang boleh digunakan ialah menggunakan model “Teaching Games For Understanding (TGFU) approach” yang diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982. Di dalam model ini, terdapat beberapa permainan ubahsuai yang direka khusus untuk membantu murid.
1.      ‘Game Sense’ (den Duyn, 1997),
2.      ‘Games for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982),
3.      ‘Play Practice’ (Launder, 2001)
4.      ‘Games Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeill, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light, 2003).
( Model Bunker & Thorpe 1982 )
           
Permainan ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi impak yang baik kepada peneguhan teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada murid. Di samping murid bermain, murid akan dapat untuk mempelajari teknik perlakuan yang betul dengan gembira dan tidak tertekan untuk mencapai perlakuan yang dikehendaki.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
                        Tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki di dalam permainan bola sepak merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai kerana di dalam bola sepak, hantaran tepat kepada rakan adalah amat penting bagi mengekalkan penguasaan bola dan merencana taktikal serangan. Kemahiran ini hendaklah dikuasai menggunakan teknik perlakuan yang betul dan akan memberi hasil hantaran yang baik.
Oleh itu, Kajian Tindakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran guru dan pada masa yang sama, meningkatkan penguasaan murid di dalam kemahiran yang diajar. Dalam konteks kajian ini, kajian tindakan akan menjadi peluang bagi guru untuk meningkatkan amalan pengajarannya dalam kemahiran tendangan leret ini kepada murid-murid dan memperbaiki sebarang masalah pembelajaran yang timbul semasa sesi pengajaran.

3.1 OBJEKTIF  UMUM KAJIAN
i.          Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari teknik yang betul bagi meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.
ii.         Meningkatkan pencapaian sekolah  dalam kejohanan Bola Sepak Piala Yayasan Sarawak (PYS) yang akan datang dengan menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki untuk diaplikasikan sewaktu pertandingan.

3.2 OBJEKTIF  KHUSUS  KAJIAN
i.          Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
ii.         Mempertingkatkan amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini untuk membolehkan murid-murid memahami teknik tendangan leret yang betul dan membuat hantaran yang tepat kepada rakan.
iii.        Meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah pengajaran kemahiran yang kreatif dan inovatif.

3.3 PERSOALAN KAJIAN
                                i.            Sejauh manakah kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?
                              ii.            Sejauh manakah teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dapat meningkatkan ketepatan hantaran bola kepada rakan?
                            iii.            Sejauh manakah kaedah latihan “mike-style” dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?
                            iv.            Sejauh manakah pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?

4.0 KUMPULAN SASARAN
                        Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya ini ialah 6 orang murid tahun 4 merupakan pemain bola sepak sekolah untuk kejohanan Piala Yayasan Sarawak (PYS) yang lalu. Keenam-enam orang murid ini telah diuji ketika sesi pengajaran Pendidikan Jasmani dan mereka melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang kurang tepat walaupun sudah ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri telah diajar menggunakan kaedah ansur maju sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini akan menjadi subjek kajian kepada kaedah latih tubi yang dirangka dan perintis kepada kaedah latihan “mike-style”.

BIL
NAMA
UMUR
JANTINA
1
Christephersen Leong
10 Tahun
Lelaki
2
Francis Yohanes
10 Tahun
Lelaki
3
Willvenchio Jay Gibson
10 Tahun
Lelaki
4
Edwin Ak Taib Chin
10 Tahun
Lelaki
5
Khimcostner Ak Kelvin
10 Tahun
Lelaki
6
Clay Steward Ak Lewis
10 Tahun
Lelaki
Rajah 1 : Senarai nama kumpulan sasaran



5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
                        Dalam melaksanakan kajian ini, saya perlu merancang dengan rapi perancangan yang saya mahu lakukan agar saya tidak terlepas pandang sebarang perkara yang mungkin akan merencatkan kajian saya nanti. Oleh itu, adalah penting bagi saya mengenalpasti dan merancang terlebih dahulu langkah-langkah tindakan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi masalah murid-murid ini dan menganalisis data nanti.

5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
                        Langkah-langkah tindakan yang telah saya rancang dan akan saya laksanakan ini adalah berasaskan kepada 2 bahagian iaitu ;
i.  Pengajaran teknik perlakuan yang betul.
ii. Latih tubi
yang dikembangkan menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah tindakan yang akan dijalankan.

                        Di dalam pengajaran teknik perlakuan yang betul, saya akan menggunakan beberapa kaedah yang akan membantu saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah yang digunakan adalah untuk menggunakan teknik tendangan leret secara ‘L’ bagi meningkatkan penguasaan kemahiran yang baik dan membuat hantaran kepada rakan yang lebih tepat.

i. Ansur Maju
·         Ansur maju amat penting dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini. Ansur maju ini akan membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah :
Ø  Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan
hampir lurus. Mata memandang bola.
Ø  Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan
sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
Ø  Tendang di bahagian tengah bola.
Ø  Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf ‘L’ sehingga 45 darjah.
Ø   Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

ii. Demonstrasi guru
·         Dalam langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki secara static menggunakan teknik ‘L’ sebelum bergerak kepada perlakuan yang dinamik dan bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar kepada murid. Namun, guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan tersebut mudah difahami oleh murid.

Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan menggunakan satu kaedah latihan yang digunapakai di salah sebuah kelab di England untuk  mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15 tahun. Kaedah latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran tendangan leret mereka. Kaedah latihan yang diubahsuai ini disesuaikan pula dengan konsep “play practice” yang terkandung di dalam Model Bunker & Thorpe.

i.   Latihan “mike-style”
Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan “passing,receiving and combination play” yang direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di England. Latihan yang telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret dan perlakuan menggunakan bahagian dalam kaki untuk  menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah perincian bagi setiap sesi.
·         Memanaskan badan – latihan bayangan dinamika.
Ø  Memanaskan badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan otot-otot utama tubuh badan.
·         Latihan 1 – tendangan leret ke dinding utk 5 minit
Ø  Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding dengan menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.
·         Latihan 2 – tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit
Ø  Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.

·         Latihan 3 – tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah
Ø  Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bermula dengan 3 meter, 5 meter, 8 meter dan 10 meter.
Ø  Tempoh masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit
·         Latihan 4 – tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus
Ø  Dalam latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam satah lurus pada jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter.
·         Latihan 5 – permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi)
Ø  Permainan bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang diulang-ulang dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.
Ø  Permainan bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.
·         Cooling-down – tendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan.
Ø  Murid akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan sambil melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi penekanan kepada tendangan leret walaupun perlahan kerana murid sedang melakukan kenduran otot waktu ini.


5.2 CARA PENGUMPULAN DATA
i.          Pemerhatian
·         Guru akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru akan membuat analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan meminta bantuan daripada guru lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bola sepak untuk turut sama membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru.
ii.         Borang skor
·         Berdasarkan pemerhatian, guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi pemerhatian yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai oleh guru dalam tindakannya.

Nama Murid

Teknik berdiri
Teknik menyepak bola
Ketepatan hantaran
Christephersen Leong



Francis Yohanes



Willvenchio Jay Gibson



Edwin Ak Taib Chin



Khimcostner Ak Kelvin



Clay Steward Ak Lewis




Rajah 1 : Borang skor penilaian perkembangan murid.

iii.        Nota lapangan
Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa sesi latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu instrumen pemerhatian bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan yang direka.
iv.        Fotografi
Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat semasa pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan penguasaan yang dilakukan oleh murid. Teknik fotografi ini juga sebagai salah satu pelan kontigensi sekiranya video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

5.3 CARA MENGANALISIS DATA
Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data kualitatif. Cara menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :
                                i.            Pemerhatian - Pemerhatian berstruktur seperti borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.
                              ii.            Borang Skor – Borang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.
                            iii.            Nota Lapangan – nota lapangan pula akan dianalisis dalam bentuk naratif dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison, 1993).
                            iv.            Fotografi – Fotografi dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN
Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis (1988).
Langkah Pertama : Pengenalpastian Isu dan Masalah
Tinjauan isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki dengan teknik perlakuan yang betul.

Langkah Kedua : Perancangan Tindakan
Bagi membantu menangani masalah ini, langkah-langkah tindakan yang hendak diambil telah dirangka dan dirancang dengan baik.

Langkah Ketiga : Perlaksanaan Tindakan
Dalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.

Langkah keempat : Pemerhatian dan Menganalisis Data
Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.

Langkah Kelima : Refleksi dan Penilaian
Hasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.

6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Bil
Perkara
Cadangan Tarikh pelaksanaan
1
i. Mengenalpasti masalah murid di dalam      kelas.
6/2/2012 sehingga 17/2/2012
2
i. menganalisis nota lapangan.
ii. mengenalpasti masalah murid di dalam kelas.
iii. mengenalpasti fokus kajian.
20/2/2012 sehingga 2/3/2012
3
i. mengenalpasti kumpulan sasaran.
5/3/2012 sehingga 9/3/2012
4
i. menetapkan fokus kajian
ii. melakukan tinjauan literatur
12/3/2012 sehingga 23/3/2012
5
i. mula menulis kertas cadangan kajian.
ii. merancang langkah tindakan yan
          sesuai.
iii. merancang cara pengumpulan data.
iv. merancang cara menganalisis data.
26/3/2012 sehingga 30/3/2012
6
i. melaksanakan tindakan
ii. mengumpul data
April 2012 sehingga Mei 2012
7
i. analisis data yang diperolehi
ii. membuat refleksi kajian
Mei 2012
8
i. membuat laporan kajian dan data
Jun 2012 sehingga November 2012
9
i. pembentangan laporan kajian
Jun 2012 sehingga November 2012
10
i. menjilidkan laporan kajian
November 2012


6.2 KOS KAJIAN
Bil
Bahan / item
Harga seunit
Jumlah
1
Kertas A4 80Gsm
RM 10.00 x 1
RM 10.00
2
Ink Printer
RM 98.00 x 1
RM 98.00
3
Buku catatan Nota Lapangan
RM 3.00 x 1
RM 3.00
4
Broadband
RM 50 x 3
RM 150.00
5
Comb-binding
RM 1.50 x 1
RM 1.50
6
Kertas Kuning
RM 1.00 x 1
RM 1.00
7
Minyak Kereta
RM 50 x 5
RM 250.00
Jumlah Keseluruhan
RM 513.50




7.0 SENARAI RUJUKAN
Buku Rujukan
Jurnal / kajian lepas
1.      Comparison of precision in the toe and instep kick in soccer at high kicking velocities. L.B. kristensen, T.Bull Andersen and H. Sorensen, department od sport science, University of Aarhus, Denmark diakses pada 15 Mac 2012.
2.      Rampinini E, Impellizzeri FM, Castanga C, Azzalin, Bravo DF, Wisloff U (2008) Effect of match-related fatigue on short-passing ability in young soccer players. Medicine and Science in Sports and Exercise Diakses pada 15 Mac 2012.
3.      Abstrak kajian daripada Comparison of the kinematics of the full-instep and pass kicks in soccer, J Levanon, J Dapena (1998), Medicine & Science in Sports & Exercise diakses pada 18 Mac 2012.
4.      Teaching Games for Understanding (TGfU) in primary and secondary physical education, Paul I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of Wollongong, New Zealand

Laman Sesawang (Internet)
1.      http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN2.html diakses pada 14 Mac 2012
Online Book (Internet)
1.      Survival Guide for Coaching Youth Soccer, Lindsay Blom & Tim Blom, 2009 diakses pada 20 Mac 2012.














1 comment: