Friday, 26 October 2012
Jenis-jenis kecederaan
RujukNota: Jenis-jenis kecederaan:: KECEDERAAN SEMASA BERSENAM Jenis-jenis kecederaan: 1. Kecederaan Intrisik (Direct Injury) Kecederaan ini disebabkan oleh atlet itu sendir...
Tuesday, 16 October 2012
Action Research
http://www.cal.org/resources/digest/0308donato.html
Action Research
Richard Donato, University
of Pittsburgh
Action
research can inform teachers about their practice and empower them to take
leadership roles in their local teaching contexts. Mills (2003) provides the
following definition of action research:Action research is any systematic inquiry conducted by teacher researchers to gather information about the ways that their particular school operates, how they teach, and how well their students learn. The information is gathered with the goals of gaining insight, developing reflective practice, effecting positive changes in the school environment and on educational practices in general, and improving student outcomes. (p. 4)
Action research is conducted by teachers and for teachers. It is small scale, contextualized, localized, and aimed at discovering, developing, or monitoring changes to practice (Wallace, 2000). The defining features of action research also reflect the qualities of leaders in collaborative cultures of change. These qualities include a deep understanding of the organization, vision and insight, a quest for new knowledge, a desire for improved performance, self-reflective activity, and a willingness to effect change (Fullan, 2000a, 2000b). This Digest discusses a framework for conducting action research and describes an action research study carried out in an elementary school Spanish program.
A Framework for Action Research
A review of
action research frameworks reveals several common features. An action research
project seeks to create knowledge, propose and implement change, and improve
practice and performance (Stringer, 1996). Kemmis and McTaggert (1988) suggest
that the fundamental components of action research include the following: (1)
developing a plan for improvement, (2) implementing the plan, (3) observing and
documenting the effects of the plan, and (4) reflecting on the effects of the
plan for further planning and informed action. New knowledge gained results in
changes in practice (see also, Fullan, 2000a). Action research is often
conducted to discover a plan for innovation or intervention and is
collaborative. Based on Kemmis and McTaggert's (1998) original formulation of
action research and subsequent modifications, Mills (2003) developed the
following framework for action research:
·
Describe
the problem and area of focus.
·
Define
the factors involved in your area of focus (e.g., the curriculum, school
setting, student outcomes, instructional strategies).
·
Develop
research questions.
·
Describe
the intervention or innovation to be implemented.
·
Develop
a timeline for implementation.
·
Describe
the membership of the action research group.
·
Develop
a list of resources to implement the plan.
·
Describe
the data to be collected.
·
Develop
a data collection and analysis plan.
·
Select
appropriate tools of inquiry.
·
Carry
out the plan (implementation, data collection, data analysis).
·
Report
the results.
This
deductive approach implements a planned intervention, monitors its
implementation, and evaluates the results. A more inductive approach,
formulated by Burns (1999), is to carry out action research to explore what
changes need to be made or what actions need to be taken in a specific
instructional setting. Burns suggests the following interrelated activities:
·
Explore
an issue in teaching or learning.
·
Identify
areas of concern.
·
Observe
how those areas play out in the setting of the study.
·
Discuss
how the issue might be addressed.
·
Collect
data to determine the action to be taken (e.g., student questionnaires,
observation reports, journal entries).
·
Plan
strategic actions based on the data to address the issue.
Kemmis and
McTaggert's approach focuses on implementing an action plan, whereas Burns’
focuses on planning for action. Commonly used data collection tools in action research projects include existing archival sources in schools (e.g., attendance reports, standardized test scores, lesson plans, curriculum documents,), questionnaires, interviews, observation notes and protocols, videotapes, photographs, journals and diaries, and narratives (e.g., stories told by teachers, see Hartman, 1998)
.
Format kandungan Buku RPH Praktikum PISMP
Fomat Kandungan Buku Persediaan Mengajar
PISMP/KPLI
SR /KDC
Persediaan
Mengajar (Buku saiz F4;
RPH ditulis tangan)
1. Biodata guru pelatih
2. Rukun Negara
3. Falsafah Pendidikan Negara
4. Falsafah Pendidikan Guru
5. Jadual Waktu
6. Sukatan pelajaran / Huraian
sukatan pelajaran (Yang Lengkap)
7. Senarai buku rujukan
8. Takwim sekolah
9. Rancangan pelajaran semester/tahunan/penggal
10. Rancangan pelajaran harian
11. Maklumat pelajar / markah ujian,
dll.
Tendangan Leret Bola Sepak
“
PASS IT-RIGHT” : STRATEGI BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN TENDANGAN
LERET UNTUK MENGHANTAR
KEPADA
RAKAN MENGGUNAKAN BAHAGIAN
DALAM
KAKI
Penulis Pertama
|
Penulis Kedua
|
|
Michael Beti Tuang
|
Dr. Chin Ngien Siong
|
|
bungairos@gmail.com
|
ngiensiong@gmail.com
|
Abstrak
Kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran tendangan leret
untuk menghantar bola kepada rakan dengan menggunakan bahagian dalam kaki di
dalam permainan bola sepak. Subjek kajian terdiri daripada enam orang murid
Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Saint Ambrose Panchor, Serian. Kaedah latihan “Pass
It-Right” yang telah diubahsuai daripada latihan “passing, receiving &
combination play” digunakan untuk strategi tindakan bagi kemahiran ini. Di
samping itu, strategi tindakan untuk kemahiran itu turut dibantu melalui
pengajaran teknik ansur maju yang betul dengan memasukkan elemen inovasi iaitu
menggunakan kayu berbentuk “L”. Data kajian untuk kajian tindakan ini dikumpul
menggunakan pemerhatian, borang skor mingguan, serta data semasa ujian
pra-kemahiran dan ujian pasca-kemahiran. Selepas pelaksanaan strategi tindakan
selama empat minggu, didapati bahawa semua subjek kajian dapat menguasai
kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan dengan menggunakan
bahagian dalam kaki dengan baik. Hasil dapatan kajian melalui ujian
pra-kemahiran dan ujian pasca-kemahiran juga telah membuktikan bahawa kaedah
latihan “pass it-right” ini telah berjaya membantu subjek kajian bagi menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar
bola kepada rakan menggunakan bahagian
dalam kaki dengan baik.
PENGENALAN
Siapa
saya?
Saya merupakan seorang guru pelatih
bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Ambilan Januari 2009 IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak. Pada
Praktikum Fasa 3 dan Internship, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan
Saint Ambrose Panchor, Serian. Saya telah diberi kepercayaan untuk mengajar
matapelajaran Pendidikan Jasmani bagi Tahun 4 yang terdiri daripada 10 orang
murid lelaki yang kesemuanya berbangsa Bidayuh. Daripada segi pencapaian
Kokurikulum dan sukan, kesemua murid Tahun 4 ini merupakan wakil sekolah untuk
pasukan bola sepak Piala Yayasan Sarawak (PYS) untuk tahun 2012.
Refleksi
Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu & Nilai Pendidikan
Dalam sesi
pengajaran saya yang pertama pada 8 Februari 2012 bersama murid tahun 4 ini ,
saya mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar
bola kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat
menghantar bola kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang
tepat dan ini menyebabkan hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang
menunggu untuk menyambut hantaran. Bagi membantu murid-murid ini, saya
melakukan demonstrasi bagaimana melakukan tendangan leret yang betul untuk
menghantar bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju daripada statik ke
bergerak dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan bermasalah apabila
melakukan tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak
menekankan ansur maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu dengan
permainan kecil yang meneguhkan lagi ansur maju yang telah dilakukan. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat
mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses pembelajaran dengan baik (Gagne,
Briggs & Wager, 1992). Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya
mengajar murid-murid tahun 4 ini bagaimana untuk menyerkap bola. Kemahiran ini
memerlukan murid untuk menghantar bola leret kepada rakan dalam jarak dekat dan
sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya mendapati bahawa tendangan
leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih lagi menggunakan
teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan untuk
menyerkap bola dengan baik dan rakan juga terpaksa berlari jauh untuk menyerkap
bola yang dihantar kepada mereka.
“ Murid-murid masih gagal
menguasai kemahiran hantaran leret semenjak daripada minggu lepas kerana penggunaan
teknik yang tidak tepat” (Refleksi P&P, 15/2/2012)
Salah satu elemen penting di dalam permainan
bola sepak adalah kemahiran hantaran leret kepada rakan dengan tepat. Kegagalan
untuk menguasai kemahiran ini dengan baik akan menyukarkan rakan-rakan yang
lain untuk menyerkap bola dengan baik dan pasukan akan mudah untuk kehilangan
bola kepada pihak lawan. Melihat kepada kepentingan kemahiran hantaran leret
kepada rakan dalam permainan bola sepak, saya menjadikan masalah murid saya ini
sebagai isu keprihatinan saya untuk dikaji dengan lebih lanjut.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Pada sesi pengajaran dan pengajaran
pada 8 Februari 2012, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bersama murid-murid dan sesi P&P ini adalah berfokuskan kepada
kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan. Untuk mengajar
sesuatu kemahiran, selain daripada memfokuskan kepada latih tubi untuk
memperkukuhkan kemahiran, ansur maju turut memainkan peranan yang penting bagi
membentuk teknik perlakuan yang betul kepada sesuatu kemahiran. Oleh itu, pada
sesi P&P ini, saya telah mengajar ansur maju bagi tendangan leret yang
betul kepada murid-murid. Langkah-langkah ansur maju tersebut adalah seperti
berikut ;
1. Kedudukan bersedia.
Letakkan kaki sokongan di sisi bola.
2.
Ayunkan
kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki
sokongan dibengkokkan sedikit.
3.
Tendang
di bahagian tengah bola.
4.
Pastikan
bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf ‘L’ sehingga 15
darjah.
5.
Ikut
lajak.
Selepas
menjalankan sesi P&P, saya mendapati ada beberapa orang murid tidak dapat
menguasai kemahiran ini dengan betul sepanjang sesi P&P tersebut. Ini
adalah kerana penggunaan teknik yang salah semasa melakukan tendangan leret
kepada rakan. Bola tidak sampai tepat kepada rakan dan ada juga bola yang
dihantar bukan dalam keadaan leret kerana kesilapan kontak pada bola.
Gambarajah 1 : Kesilapan
teknik tendangan leret yang dilakukan oleh salah seorang murid
“ hantaran menjadi
kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang tepat dan ini
melambatkan pergerakan rakan.” (NL, 8/2/2012)
Nota
lapangan di atas turut jelas menyatakan bahawa penggunaan teknik yang kurang
tepat oleh sesetengah murid semasa sesi P&P dan ini jelas menyatakan bahawa
penggunaan teknik yang betul adalah kunci kepada penguasaan sesuatu kemahiran.
Oleh itu, saya telah merancang untuk menjalankan kemahiran menyerkap bola pada
sesi P&P yang seterusnya kerana ianya pada masa yang sama memerlukan
kemahiran tendangan leret dan saya akan dapat mengajar kemahiran tendangan
leret sekali lagi kepada murid-murid.
“hantaran murid tidak
tepat kepada rakan dan rakan terpaksa berlari jauh mengejar bola kerana teknik
tendangan leret yang digunakan adalah kurang tepat daripada segi teknikal
tendangan” (NL, 15/2/2012)
Nota
lapangan di atas merupakan catatan saya semasa sesi P&P yang diadakan pada
15 Februari 2012. Pada sesi P&P kali ini, saya melihat kesilapan yang
ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini adalah menggunakan
bahagian atas kaki untuk melakukan tendangan leret kepada rakan. Terdapat juga
murid yang menggunakan bahagian hujung kaki hadapan untuk menghantar bola leret
kepada rakan dan ini boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada murid kerana
penggunaan teknik yang salah seringkali akan mendatangkan risiko kecederaan.
Gambarajah 2 : Kesilapan teknik
perlakuan hantaran leret yang dilakukan oleh murid pada 15 Februari 2012
Selepas tamat sesi pengajaran dan
pembelajaran, saya kurang berpuas hati dengan penguasaan kemahiran hantaran
leret oleh murid-murid. Ini menyebabkan sebaik sahaja kelas tamat, saya
bertanya kepada murid secara rawak tentang
kemahiran menghantar bola leret kepada rakan yang baru sahaja dilakukan oleh
mereka.
Guru : kenapa teknik yang kamu gunakan itu tadi masih
juga salah walaupun cikgu sudah ajar teknik yang betul dari minggu lepas?
Clay : saya memang guna cara tu cikgu. Selalu
saya bagi bola pada kawan saya macam tu kalau main petang-petang.
Edwin : saya pun selalu sepak macam ini cikgu.
Tidak pernah pun orang tegur.
(Temubual
15/2/2012)
Daripada sesi temubual di atas, dapat dilihat bahawa
murid tidak didedahkan dengan teknik tendangan yang betul sebelum ini walaupun
murid-murid ini merupakan pemain bola sepak untuk pasukan Piala Yayasan Sarawak
sekolah ini. Daripada kesemua 10 orang murid kelas ini, hanya 4 orang sahaja
yang dapat menguasai kemahiran tendangan leret dengan baik dan terdapat 6 orang
murid masih memerlukan bimbingan untuk melakukan teknik tendangan leret yang
betul. Teknik perlakuan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada
rakan adalah menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya lebih tepat dan lebih
mudah. Ianya merupakan teknik hantaran leret yang paling asas dan paling banyak
digunakan dalam permainan bola sepak pada masa kini.
“Inside-of-the-foot pass is the most frequently used pass in game today”(Jim&Kurt,2007)
Teknik perlakuan untuk tendangan leret yang tepat akan
memberikan pasukan ruang bagi menguasai perlawanan kerana hantaran yang
dilakukan kepada rakan akan tepat kepada rakan dan rakan yang menerima hantaran
akan dapat menyerkap hantaran dengan mudah dan tepat. Tendangan leret yang
menggunakan bahagian dalam kaki akan menambahkan ketepatan hantaran dan pada
masa yang sama, akan menambah peluang pasukan untuk menjaringkan gol.
“The ability to make short passes within a confined space is an
important skill for successful players. Accurate passing is important for
maintain possession and for setting up goal scoring opportunities” (Rampinini,2008)
Berdasarkan kepada permasalahan di atas, maka saya
telah menetapkan bahawa objektif kajian
saya adalah untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan
teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian
dalam kaki dengan betul. Di samping itu, objektif sampingan kajian saya ialah
untuk meningkatkan amalan pengajaran saya dengan mencari alternatif dan idea
baru bagi membantu 6 orang murid saya ini menguasai kemahiran tendangan leret
dengan baik.
KUMPULAN SASARAN
Berdasarkan kepada data nota lapangan,
refleksi sesi P&P serta temubual, terdapat 6 orang pelajar yang tidak dapat
menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan dengan
baik. Kesemua 6 orang subjek kajian ini mewakili sekolah untuk Kojohanan Bola
Sepak Piala Yayasan Sarawak yang diadakan pada bulan Januari yang lalu dan
lebih banyak berada di bangku simpanan sepanjang kejohanan tersebut.
Jadual 1 : Maklumat ringkas subjek
kajian
BIL
|
NAMA
|
UMUR
|
KAKI DOMINAN
|
1
|
Chris
|
10 Tahun
|
Kanan
|
2
|
Clay
|
10 Tahun
|
Kanan
|
3
|
David
|
10 Tahun
|
kiri
|
4
|
Francis
|
10 Tahun
|
Kanan
|
5
|
Khim
|
10 Tahun
|
Kanan
|
6
|
Willven
|
10 Tahun
|
Kanan
|
STRATEGI TINDAKAN SAYA
Langkah pertama saya
Dalam mengajar apa sahaja bentuk
kemahiran dalam Pendidikan Jasmani, ansur maju merupakan elemen yang tidak
boleh diabaikan kerana ianya merupakan langkah pertama untuk mengajar sesuatu
kemahiran secara beransur-ansur bagi membentuk teknik perlakuan yang betul. Menyedari
perkara ini, saya telah memasukkan elemen inovasi ke dalam ansur maju saya
iaitu dengan menggunakan kayu berbentuk “L” yang diikat di bahagian dalam kaki
murid. Elemen inovasi ini saya gunakan kerana ansur maju yang saya ajarkan di
dalam kelas kurang berjaya untuk membantu subjek kajian menguasai kemahiran
tendangan leret dengan baik.
Gambarajah 3 : langkah-langkah ansur
maju menggunakan inovasi huruf “L”
Strategi
utama saya
Strategi
utama saya ialah menggunakan satu kaedah latihan yang saya namakan sebagai
“Pass It-Right”. Kaedah latihan ini merupakan kaedah yang saya ubahsuai
daripada kaedah latihan “passing,receiving & combination play” yang
digunapakai oleh Akademi Bola Sepak DFB yang berpengkalan di England. Kaedah
latihan “Pass It-Right” ini mengandungi 5 jenis latihan yang bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan di
kalangan subjek kajian. Huraian bagi kaedah latihan ini adalah seperti di bawah
;
Jadual
2 : Bagaimana kaedah latihan “Pass It-Right” dijalankan
LATIHAN
|
PERINCIAN
LATIHAN
|
GAMBAR
|
1
|
Tendangan
leret ke dinding dengan secara individu untuk
|
|
2
|
Tendangan
leret secara berpasangan dengan rakan selama
|
|
3
|
Tendangan leret ke arah 2 kon dalam
jarak yang diubah-ubah (3, 5 & 8 Meter)
|
|
4
|
Tendangan leret ke arah 1 kon dalam
satah lurus dalam jarak yang diubah-ubah (3, 5 & 8 Meter)
|
|
5
|
Permainan kecil yang menggunakan
mana-mana latihan 1 hingga latihan 4
|
Bagaimanakah
data-data kajian dikumpulkan?
Kaedah pengumpulan data yang saya telah
gunakan ialah Ujian Pra-kemahiran dan ujian Pasca-kemahiran, kaedah pemerhatian
tidak berstruktur serta borang skor mingguan.
a)
Ujian pra-kemahiran dan ujian pasca-kemahiran
dilakukan untuk melihat peningkatan yang berlaku ke atas subjek kajian dengan
merekod ketepatan sepakan leret mereka ke arah 2 kon dalam jarak 5 meter.
b)
Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan
dengan melihat perkembangan subjek kajian dan merekod menggunakan nota lapangan
sebagai rekod pencapaian subjek kajian secara harian. Pemerhatian ini turut
dibantu dengan mengambil gambar perlakuan semasa sesi tindakan dijalankan.
c)
Borang skor mingguan adalah untuk melihat
perkembangan subjek kajian secara mingguan dengan mengambil skor indikator pada
hari terakhir latihan setiap minggu. Indikator yang diberi perhatian adalah
mengambil kira latihan “pass it-right” dan ansur maju.
DAPATAN KAJIAN
Apakah perkembangan yang berlaku?
Sepanjang
melaksanakan strategi tindakan selama 4 minggu, saya dapat melihat peningkatan
yang ketara di kalangan subjek kajian. Ini dapat dilihat dengan penguasaan
ansur maju dan peningkatan dalam penguasaan kaedah latihan “Pass It-Right” yang
digunapakai dalam strategi tindakan ini. Peningkatan pencapaian subjek kajian
dalam ujian pasca berbanding ujian pra ditunjukkan dalam rajah di bawah ;
Gambarajah 4 : Perbandingan antara
keputusan ujian pra-kemahiran dan ujian pasca-kemahiran.
Daripada
gambarajah 4 di atas, dapat dilihat peningkatan yang ketara pada pencapaian
subjek kajian jika dibandingkan keputusan semasa ujian pra dan ujian pasca.
Data di atas menunjukkan bahawa pada ujian pasca-kemahiran, rata-rata subjek
kajian dapat melakukan sekurang-kurangnya 8 tendangan leret tepat ke sasaran
sejauh 5 meter berbanding pada ujian pra-kemahiran yang hanya mencatatkan
markah tertinggi iaitu 4 cubaan tepat ke sasaran.
Melalui
pemerhatian tidak berstruktur pula, saya telah dapat mengumpul gambar-gambar
semasa subjek kajian mengikuti tempoh pelaksanaan strategi tindakan.
Pemerhatian saya ini turut dikuatkan oleh nota lapangan yang saya catat
sepanjang 4 minggu tempoh pelaksanaan. Sepanjang melakukan pemerhatian selama 4
minggu, saya dapat melihat peningkatan penguasaan teknik kemahiran yang betul
untuk melakukan tendangan leret di kalangan subjek kajian seperti di gambarajah 5 ;
Gambarajah 5 : perbandingan antara sesi
P&P dan minggu terakhir pelaksanaan strategi tindakan
Daripada
gambarajah 5 di atas, dapat diperhatikan peningkatan yang ketara pada teknik
tendangan yang dilakukan oleh subjek kajian semasa sesi P&P yang pertama
dan dibandingkan dengan minggu terakhir pelaksanaan strategi tindakan. Dapat
diperhatikan bahawa subjek kajian dapat menguasai kemahiran yang betul semasa
melakukan tendangan leret iaitu menggunakan bahagian dalam kaki dan penujuan
kaki yang tepat untuk menghantar bola tepat ke sasaran. Data ini diperkuatkan
lagi dengan nota lapangan di bawah yang dicatat pada minggu terakhir
pelaksanaan strategi tindakan.
“kesemua SK dapat
menguasai kemahiran tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan baik
dan boleh melakukan hantaran dengan tepat kepada rakan semasa sesi latihan”
(NL, 19/4/2012)
Peningkatan
subjek kajian secara mingguan turut direkod menggunakan borang skor mingguan
yang direkodkan pada hari terakhir pelaksanaan strategi tindakan untuk setiap
minggu. Borang skor mingguan ini adalah untuk memudahkan saya melihat
perkembangan semasa subjek kajian dan jadual yang diterjemahkan daripada 4
borang skor mingguan adalah seperti gambarajah 6 di bawah ;
Gambarajah 6 : Perkembangan subjek
kajian mengikut minggu yang dicatatkan menggunakan borang skor
Daripada
gambarajah di atas, dapat diperhatikan peningkatan yang dilakukan oleh kesemua
subjek kajian daripada minggu ke minggu. Bermula dengan skor yang kurang
memuaskan pada minggu pertama, kesemua subjek kajian mendapat skor
sekurang-kurangnya 4 pada minggu terakhir pelaksanaan strategi tindakan.
Daripada kesemua data pada dapatan kajian di atas, telah terbukti bahawa kaedah
latihan “Pass It-Right” telah meningkatkan kemahiran tendangan leret
menggunakan bahagian kaki untuk menghantar bola kepada rakan di kalangan subjek
kajian dan kaedah ansur maju dengan menerapkan elemen inovasi menggunakan kayu
berbentuk “L” turut boleh digunakan secara meluas pada masa akan datang untuk
mengajar kemahiran ini di kalangan murid-murid sekolah rendah terutamanya.
REFLEKSI
Perancangan strategi tindakan yang tepat, bersesuaian
dan menarik merupakan faktor penentu kepada kejayaan strategi tindakan itu
sendiri. Selain itu, penggunaan inovasi untuk menarik minat subjek kajian juga
merupakan satu langkah yang baik bagi memberi motivasi kepada subjek kajian bagi
mempelajari dan mengaplikasikan teknik yang betul bagi melakukan tendangan
leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, saya telah belajar tentang perbezaan
individu di kalangan subjek kajian. Setiap individu berbeza daripada segi
perkembangannya sebagaimana yang diperkatakan oleh teori perkembangan individu
Erikson. Saya juga dapat melihat bahawa perkembangan antara setiap subjek
kajian adalah berbeza dan ini jelas nyata berdasarkan jangka masa yang
diperlukan oleh setiap subjek kajian bagi menguasai kemahiran yang dikehendaki.
Berbekalkan dengan maklumat inilah yang seringkali menjadi panduan dan dorongan
bagi saya untuk terus bersabar ketika mengajar subjek kajian teknik perlakuan yang
betul bagi strategi pelaksanaan yang dijalankan.
Kajian tindakan ini juga mengajar saya agar tidak
mengharapkan sesuatu yang terlalu sukar untuk dicapai daripada subjek kajian.
Saya telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi sebelum mula menjalankan
strategi pelaksanaan namun setelah menjalankan strategi pelaksanaan untuk
minggu yang pertama, saya menyedari bahawa saya telah meletakkan satu penanda
aras yang terlalu sukar untuk dicapai oleh subjek kajian. Oleh itu, saya telah
menukar strategi saya dan menambah sedikit inovasi ke dalam langkah ansur maju
yang digunakan untuk memberitahu teknik perlakuan yang tepat kepada subjek
kajian.Saya percaya bahawa setiap subjek kajian mempunyai kelebihan
masing-masing dalam menguasai kemahiran yang dikehendaki iaitu kemahiran
tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam
kaki dan saya dapat melihat ada di kalangan subjek kajian merupakan penunjuk
cara yang amat baik kepada subjek kajian yang lain. Oleh itu, saya sedaya-upaya
berusaha untuk memanfaatkan setiap kelebihan yang terdapat di dalam diri setiap
subjek kajian untuk memastikan mereka mendapat pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang dikehendaki pada tahap yang maksimum. Kaedah latihan “pass
it-right” merupakan kaedah yang saya lihat dapat menarik minat subjek kajian
untuk turut serta dalam sesi latihan tersebut kerana mereka gemar untuk
bersaing sesama mereka namun seringkali juga saya ingatkan bahawa saya hanya
menggalakkan persaingan yang sihat sahaja di dalam setiap sesi strategi
pelaksanaan dijalankan. Kaedah latihan ini menggalakkan subjek kajian untuk
bekerjasama sesama sendiri dan memanfaatkan kelebihan setiap individu untuk
mencapai hasil yang optimum.
Kesimpulannya, sepanjang melaksanakan kajian tindakan
ini, saya banyak mempelajari perkara yang saya boleh jadikan bekalan untuk
kajian pada masa hadapan. Bermula daripada perkara yang asas kepada perkara
yang lebih besar telah saya harungi sepanjang menjalankan kajian tindakan ini
dan saya berharap pengalaman ini dapat saya jadikan panduan dan dorongan untuk
terus melakukan kajian tindakan pada masa akan datang. Di samping itu, saya
juga berharap agar setiap dapatan kajian dan ilmu baru yang diperolehi sepanjang melaksanakan kajian
tindakan ini dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sukan bola sepak negara kita
yang semakin merundum prestasinya sejak kebelakangan ini.
CADANGAN
KAJIAN SETERUSNYA
Apakah
penambahbaikan yang perlu dilakukan?
Pada kajian seterusnya, saya mencadangkan untuk dilakukan
penambahbaikan daripada aspek ansur maju agar lebih mudah untuk difahami oleh
subjek kajian. Sedikit masalah yang timbul semasa menjalankan ansur maju
menggunakan inovasi kayu berbentuk “L” ialah subjek kajian tidak memahami
indikator perlakuan kerana tidak ada penanda yang boleh dilihat oleh mereka.
Sebagai contoh, apabila saya menyuruh mereka untuk membuka kaki seluas bahu dan
kaki menunjuk ke hadapan, ada sesetengah mereka berdiri dengan kaki menunjuk ke
tepi. Penambahbaikan yang dimaksudkan adalah dengan menggunakan teknik jam
ataupun “clock-face” bagi memudahkan subjek kajian lebih memahami indikator
dengan adanya teknik jam, penambahbaikan ini akan menjadikan ansur maju lebih
berinovatif kerana ianya turut dibantu oleh kayu yang berbentuk “L”.
Bagaimanakah
ianya akan dilakukan?
Ansur maju menggunakan inovasi teknik jam ini dilihat
mampu memberikan indikator yang lebih mudah untuk difahami oleh subjek kajian. Sebagai contoh, indikator bersedia dan
sebelum menendang bola ialah ;
Langkah 1
i.
kaki dibuka seluas bahu dan
menghadap ke hadapan dengan kaki kanan menghadap pada pukul 1 dan kaki kiri
menghadap pukul 11.
Gambarajah 7 : Contoh inovasi ansur maju menggunakan teknik jam – fasa
persediaan
Jika ditambah
elemen inovasi menggunakan kayu berbentuk “L” pada teknik jam di atas, ianya
akan menghasilkan ansur maju berinovasi seperti di gambarajah 8 di bawah ;
Gambarajah 8: Contoh inovasi ansur maju gabungan menggunakan teknik jam
dan kayu berbentuk “L”
Oleh itu, adalah diharap bahawa pada masa akan datang,
inovasi ansur maju menggunakan teknik jam ini boleh dijalankan bersama dengan
ansur maju menggunakan kayu berbentuk “L” agar dapat melihat sejauh mana
keberkesanannya terhadap penguasaan kemahiran ansur maju kemahiran tendangan
leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.
Pelaksanaan ansur maju menggunakan teknik jam ini merupakan satu idea percubaan
yang menarik untuk melihat sejauh mana impak yang boleh diberikan kepada
penguasaan teknik tendangan leret yang betul.
RUJUKAN
Blom, L. B. (2009). Survival
guide for coaching youth soccer.
Chow F.M & Jaizah,
M. (2004). Panduan 2004. Perlis: Jabatan Penyelidikan Dan
Profesionalisme IPG Kampus Perlis.
Dapena, J. L. (1998). Comparison
of kinematics of the full-instep and pass kicks in soccer. Medicine &
Science in Sports & Excercise.
Jim S.M & Kurt, A.
(2007). Coaching kids to play soccer. New York: Simon & Schuster
New York.
Kristensen L.B, A. T.
(2007). Comparison of predision in the toe and instep kick in soccer at
high kicking velocities. Denmark: department of Sport Science.
Paul, W.I et all.
(2006). Teaching games for understanding in primary and secondary physical
education. New Zealand: Faculty Of Education, University Of Wollongong.
Rampinini, E. et all.
(2008). Medicine And Science In Sports And Excercise. Effect of
match-related fatigue on short-passing ability in young soccer players.
Sang, M. S. (2009). Siri
Pengajian Profesional : Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)